CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4411|Reply: 11

Audi, BMW dan VW ranking 10 terbawah dalam kajian reliabiliti enjin

[Copy link]
Post time 19-11-2013 02:46 AM | Show all posts |Read mode
Audi, BMW dan VW ranking 10 terbawah dalam kajian reliabiliti enjin
By AK8 / October 29, 2013


Audi, BMW dan VW ranking 10 terbawah dalam kajian reliabiliti enjin

Menurut satu kajian terbaru oleh Warranty Direct, dikatakan kereta buatan Jerman tidaklah sehebat yang disangka ramai. Warranty Direct telah mengkaji data tuntutan bagi menyusun senarai pengeluar kereta yang memiliki enjin paling “reliable”, dan mendapati bahawa Audi, BMW dan Volkswagen berada di 10 tangga terbawah daripada sejumlah 36 jenama pengeluar kereta.

Malah , satu-satunya firma yang mempunyai kadar kegagalan enjin yang lebih teruk daripada Audi adalah MG Rover. MINI pun tidaklah hebat mana, menduduki tempat ketiga dari bawah , manakala syarikat induknya BMW berada di tangga ketujuh dari bawah. Dan, walaupun memiliki reputasi reliabiliti hebat  , Volkswagen hanya mampu berada di tannga kesembilan dari bawah.





Honda berjaya mengalung pingat emas, di mana kajian tersebut mendapati bahawa hanya satu dalam setiap 344 enjin Honda gagal berbanding satu dalam setiap 27 enjin Audi. Toyota menduduki tempat kedua dan Mercedes berjaya mengatasi jenama-jenama senegaranya di tangga ketiga.

Duncan McClure, Pengarah Urusan Warranty Direct, berkata bahawa kegagalan enjin adalah yang perkara paling teruk bagi seseorang pemilik kenderaan, kerana pembaikan seperti ini boleh membawa kepada kos yang  sangat tinggi kerana komponen dan masa yang diperlukan untuk membaikinya. Tambahannya lagi, suatu kegagalan enjin pada Range Rover Evoque suatu ketika dahulu, pernah membawa kepada tuntutan tertinggi yang pernah diproses oleh Warranty Direct, iaitu sebanyak £ 13,000.

Bagaimana, apa kata anda? Tidak hairanlah jualan Honda dan Toyota hebat di Malaysia, bukan?

http://www.arenakereta.com/2013/10/29/audi-bmw-dan-vw-ranking-10-terbawah-dalam-kajian-reliabiliti-enjin/

@peYno  jgn butthurt........

@AdamBillionaire  jgn bangga sgt...!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2013 09:28 AM | Show all posts
article ni tak mengambil kira most countries...Warranty Direct ni kat US..so baper % sgt le org pakai Honda..kalau masuk Asian, Europe and Afrika countries...result dah lain...byk je unreported breakdown not reported kalau pergi kat normal workshop..most good cars ada extended coverage lepas beli..like bmw ada BSRI...so why worry so much kalau ada breakdown...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 03:42 PM | Show all posts
Dari pengalaman saya, dari lori stewong sampai lah ke kereta. enjinlah benda yang jarang rosak dengan sendirinya. Selalu mesti sebab lain yg trigger enjin rosak mcm owner kereta bingai tak maintain betul2, cooling system gagal berfungsi dan lain-lain lagi.


Satu lagi, kalo tgk Audi, BMW, diorang punya enjin ala-ala perfomance dan selalu menang award engine of the year. Tapi mungkin sbb ala-ala high perfomance, yg buat dia kena jaga lebih kot.   
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 04:20 PM | Show all posts
Proud to be Honda Owner...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 04:21 PM | Show all posts
Audi, VW, BMW rata-rata pakai high pressure turbo. Mungkin sebab tu tak tahan kut...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 05:04 PM | Show all posts
Proud to be VW owner.







Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2013 10:15 AM | Show all posts
TEKNOLOGI KERETA JERMAN TETAP HEBAT....KERETA LAIN JE YANG MENIRU KERETA JERMAN NI...KEBANYAKAN MODEL SEKARANG NI TIRU GAYA AUDI...KENAPA???
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 10:38 AM | Show all posts
peduli haper tiru ke clone ka duplicate kaa..
yg penting consumer boleh meminima kan cost maintenance kenderaan masing2...

Honda di US diowang setup kilang buat kereta dan design tersendiri bukan kilang assemble mcm kat melaka nih ..WD kan dah kasi figure %...data diowang lagi detail yg lain takat surf cari kat uncle google jah..
Saper yg bangkang tuh more to favoritism
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2013 12:06 PM | Show all posts
japs car tgh merosot penjualannya..artikel ni cuba nk meraih kembali kepercayaan pengguna kpd keta jepun..hakikatnya keta jepun sdg perlahan2 ketinggalan.

http://www.ibtimes.com/japanese- ... g-significant-gains
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 01:01 PM | Show all posts
Maybe tgk cara org tu maintain and memandu juga, so far x de problem pun pakai german cars ni. Not about favoritism, if Japanese and other car makes offer the same level of satisfaction and driving technology, ok je. But at the moment German cars still better.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 11:26 PM | Show all posts
toyota is my choice
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 10:21 AM | Show all posts
Dengar2nya after sales untuk VW kat malaysia ni teruk sangat. Ramai merungut. Sampai ada yang cakap, kalau nak beli VW, pastikan ada kereta spare

Tengo kat FB VW Malaysia ni pun cukup menggambarkan masalah ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.060811 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list