CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3253|Reply: 1

HANTU EROPAH vs HANTU RAYA

[Copy link]
Post time 25-11-2013 02:02 AM | Show all posts |Read mode
Terdapat pelbagai kisah hantu di dunia . Setiap negara mempunyai kisah hantu berdasarkan budaya dan kaum. Dua kisah hantu eropah yang aku paparkan di bawah mempunyai sedikit persamaan dengan kisah Hantu Raya dalam masyarakat Melayu. Jom baca!

Kisah terjadi pada tahun 1800 apabila Keluarga Cranwell mengambilalih kediaman di Groglin yang terletak di Pertengahan Cumbria, England.



Suatu malam, Lady Cranwell meninjau dari tingkap dan terlihat lampu aneh di taman.  Tidak fikir apa-apa dia terus tidur, sehingga dia terjaga semula dan terlihat lampu itu sudah berada di luar tingkap.
Yang disangka lampu itu sebenarnya adalah sepasang mata bercahaya. Lady Cranwell terpaku dalam ketakutan kerana dia melihat sesuatu di luar cuba membuka tingkap .
Dia melihat satu tangan yang busuk masuk melalui tingkap dan membuka selak.




Abangnya terdengar jeritannya dan berlari untuk membantu beliau. Sampai tepat pada masanya dan melihat leher Lady berdarah . Dalam masa yang sama terlihat satu lembaga melompat keluar ke dalam kegelapan. Abangnya memutuskan untuk membunuh makhluk itu.

Beberapa ketika kemudian, mereka kembali semula ke kediaman itu dan memasang perangkap.

Lady Cranwell berpura-pura tidur di dalam bilik yang sama serangan asal berlaku .Apabila makhluk itu datang sekali lagi melalui tingkap, abangnya melompat keluar dengan pistol dan menembaknya. Ia menjerit dan melarikan diri dalam kegelapan malam.

Keesokan hari, abangnya mengumpulkan orang dan mula memeriksa tanah perkuburan.



Akhirnya mereka menemui sebuah makam lama. Di dalam ditemui beberapa keranda. Dan satu darinya telah terbuka yang mengandungi mayat busuk dengan luka terkena tembakan baru.Tidak perlu penjelasan lanjut.
MEREKA MEMBAKARNYA!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2013 09:38 AM | Show all posts
a ah...  hantu dia  lebih kurang gak ngan hantu kita...

toyol = goblin, kecil, warna hijau, goblin sukakan duit syiling emas... lebih kurang macam toyol gak le...

pontianak-langsuir  = banshee, rambut panjang, baju putih, suka mengilai...




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.035134 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list