Assalamualaikum,
Disini saya ingin membincangkan tentang isu hati dan perasaan, cinta!
Saya bukan lah dr Love, tapi cuma ingin memberi sedikit pandangan. Mungkin pandangan saya berbeza dengan yang lain, tapi mungkin ada yang boleh ambil pengajaran juga. Dan saya juga bukan lah pandai sangat, bodoh ja. Jadi anda juga boleh memberi pandangan anda. Mungkin ada baiknya dimana sama2 kita boleh guna untuk memperbaiki diri sendiri. Pandangan saya ini saya rasa rata2 semua boleh guna bagi yang beragama Islam, tidak kira anda seorang duda, seorang janda, atau telah mendirikan rumah tangga, atau pun baru nak berjinak2 dalam bercinta. Saya juga ada melihat statistic kadar penceraian, kadar remaja2 perempuan yang mengandung luar nikah dan Kadar bunuh diri kerana cinta yang sangat melambung tinggi pada zaman yang serba moden ini. Ini membuatkan saya terbuka hati untuk memberi pandangan saya tentang cinta yang bagaimana yang seharusnya?
Pada saya juga, kita harus melahirkan perasaan cinta kepada Sang Pencipta, (Allah Azza Wa Jalla), perasaan cinta yang sedalam-dalamnya sehingga tidak berbelah bahagi kepada makhluknya. Kerana Allah itu Maha Penyayang sifatNya. Ia mengatasi semua makhluk yang ada. Walaupun si suami, si isteri, si bf, si gf, tetap tidak dapat menandingi sifat Cinta itu. Dan cinta itu lah yang sepatutnya kita tanam dalam hati kita. Jika ingin meraih cinta Sang Pencipta, ada contoh nya, kekasihNya (Rasulullah Muhammad S.A.W). Jadi dengan itu, terbentuklah syariat ataupun tanggungjawab. Dari tanggungjawab itulah yang akan membentuk cinta! tetapi sekiranya kita berkahwin/ berpasangan atas dasar cinta kepada seseorang, belum tentu pasangan kita itu bertanggungjawab, dan akhirnya cinta yang lama semakin pudar, dan lenyap. Maka akan timbul lah segala macam masalah seperti maksiat dan zina di rumah urut, isteri yang nushuz, dan sebagainya lah. Jadi masalah seperti ini akan menyebabkan kita patah hati, rasa seperti hilang semangat untuk meneruskan kehidupan, atau rumah tangga / hubungan itu menjadi hambar~
Niat itu adalah perkara paling utama! Dan bila berkata tentang niat, maka haruslah bermula dengan hati. Hati itu harus kita tahu, ia menjadi enjin kepada tubuh kita. Dari niat yang betul, inshaAllah perlakuan kita akan betul juga. Jadi hati ini harus diperbetulkan, renovate! Dan saya pasti, semua orang mahukan kebahagiaan, ada yang kata, rupa memberi kebahagiaan, ada yang kata, seks memberi kebahagiaan, ada yang kata, si dia dapat memberikan kebahagiaan, ada juga yang kata, ada duit, ada semua! Tetapi sebagai Muslim/muslimah, kebahagiaan itu hanya Allah sahaja yang boleh bagi. Jadi kepada Allah lah seharusnya kita meminta kebahagiaan.
Jika saya (seorang lelaki) ingin meraih cinta Allah, saya harus berpandukan sunnah Rasulullah, maka ada didalam hadis menyebut,
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِذَا تَزَوَّجَ العَبْدُ فَقَدْ كَمَّلَ نَصْفَ الدِّيْنِ ، فَلْيَتَّقِ اللهَ فِي النِّصْفِ البَاقِي “Jika seseorang menikah, maka ia telah menyempurnakan separuh agamanya. Karenanya, bertakwalah pada Allah pada separuh yang lainnya.” (HR. Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman. Dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam As Silsilah Ash Shahihah no. 625)
Maka pernikahan itu berlaku kerana Allah. Dan inshaAllah jika ditanamkan cinta kepada Allah, akan bahagia. Jadi usahlah kita mengharap kepada makhluk yang bernama perempuan ataupun lelaki dengan hati kita yang suci ini. Haraplah hanya kepada Allah. Dan jika seseorang itu mengharap hanya pada Allah, maka sebelum nikah pun dia akan membuat solat istikharah, untuk meminta petunjuk daripada Allah. Sekiranya seseorang itu bernikah kerana Allah, didalam hati nya hanya ada Allah, pasti penceraian itu susah untuk berlaku, kerana dia tahu ada kemurkaan disitu.
Maka, sama2 lah kita renovate hati kita supaya cinta kepada Allah dan Rasul sahaja.. Semua yang lain adalah sampingan semata.. Barulah hidup dan matiku kerana Allah s.w.t.
|