View: 18120|Reply: 51
|
[SERAM PENDEK]Pengalaman Seram Kaki Ekor..
[Copy link]
|
|
Ok kat sini ai nak cerita kisah2 orang kampong ai yg xde kerja pastu gila maen nombor ekor. macam2 cara diorg nak dptkan nombor ekor antaranya yang sempat ai dengar Dari makcik2 kat kampongg ai tentang peristiwa yang terjadi ialah;
-hantu pokok pisang rumah faiz
-pontianak rumah kosong dalam kebun getah
-hantu kubur cina
-hantu bungkus cawangan tnb
-pontianak pokok nangka
-lembaga kepala perempuan kilang kayu
Part 1- hantu pokok pisang rumah faiz
Faiz ngan ali ni adalah penganggur tegar dalam kampong ai. Umo dalam lingkungan 20an masa tu. Kerja diorg ni hari2 maen daun terup, melepak dan kira nom ekor je kerjanya 24jam.
Satu hari ntah camne ntah ali ni dengar cerita dari otai kaki judi kampong sebelah pasal mintak nom ekor dekat pokok pisang. Keterangan teperinci dari ali dengan penuh eksennya pada faiz cara2 camne nak mintak nom ekor pada pokok pisang., mula2 kena cari pokok pisang yang jantungnya belum terbuka. Pastu lilit jantung kuat2 dengan tali repia dengan batang2nya sekali pada malam jumaat. kemudian baki tali tu kena pegang waktu mlm. Kalo dengar suara org menangis dan tali bergerak2, terus pi dekat pokok pisang tu. Kemudian ugut.. kalo nak lepas sila bagi nom ekor 1st prize katanya dengan penuh yakin..
Faiz hanggukkan aje walaupon 1 mende tak paham apa yang ali cakap. Lgpon ali yang uruskan semua tu, faiz mengikut saje arahan ali nanti. Kalau kena nanti duit bahagi sama rata.
Seperti hari yg dijanjikan faiz ngan ali ni pon pi la cari pokok pisang yang jantungnya belum terbuka disekeliling rumah masing2.. memang dikatakan reseki diorg pada masa tu. ada plak sepohon pokok pisang yg baru berjantung di belakang rumah faiz masa tu. Jarak antara pokok pisang dengan bilik faiz lebih kurang 50meter. Kira dah cantik la tu kata ali.. Seperti yang dirancang. Maka diorg ni cadang nak ikat jantung tu lepas maghrib bagi mengelakkan diketahui oleh mak faiz.. nanti org tua tu bising...
Maghrib pon tiba, faiz ditugaskan untuk coverline takut2 maknya nampak nanti. dan ali ditugaskan mengikat jantung pisang tu. Memang ketat juga ali mengikat jantung pisang tu sampai keluar getah bagai dan dibelit2 tali lebihan ke pohon pokok pisang tadi hingga ke tingkap bilik faiz. Settle dah.. tunggu resultnya plak jam 1 atau 2 pagi nanti..
Seperti biasa, orang tua kat kampong mmg jenis tido awal, jam 10mlm dah berdengkur. Lampu2 dalam rumah diwajibkan tutup. Jimat elektrik katanya. Sunyi sepi dan Bunyi cengkerik je time2 camtu.. ali dan faiz masih gigih menunggu rintihan dari pokok pisang tersebut didalam bilik. Sambil2 menunggu masa, diorg maen daun terup bawah cahaya pelita minyak tanah untuk menghilangkan ngantuk.
"Kalau aku bukak lampu kang mak aku sedar. Orang tua tu memekak kang ckp aku hisap dadah pulak mlm2 tak tido" bisik faiz pada ali. Jadi terpaksa la diorg bertemankan pelita tengah2 malam tu. Dah la sunyi gelap plak tu. Ali nampak cuak juga masa tu. Sambil layan daun terup dalam keadaan berbisik, diorg pon sambil pasang2 telinga juga kalau2 ada orang mintak tolong tengah malam tu. Jam 2 pagi pon masih belum ada respon dari pokok pisang sampai mata faiz naik mengantuk menunggu. Lelap juga akhirnya dan siap pesan pada ali kalo terdengar pape nanti kejutkan dia.
Tunggu punya tunggu takde jugak dengar apa2 selain bunyi cengkerik diluar rumah. Mata ali pon dah rasa mengantuk juga masa tu. Di ambilnya tali repia tadi dan diikatnya dijarinya bg mengelak dari terlepas peluang.
Jam 3pg.. dalam tido2 ayam tu ali perasan juga jarinya bergerak2. Tapi tak dengar suara. Ali cuba amati dalam keadaan cahaya samar dalam bilik tu kalo2 ada terdengar orang minta tolong. Sambil2 tu dikejutnya faiz pelahan2. "Faiz ko dengar pape tak?" Bisik ali pada faiz yang dalam keadaan mamai..faiz cuba amati btol2 kalo dia ada terdengar apa2 ke.. sampai terlelap jua faiz kesudahannya.
Tolonggg..... ngee ngee
Tolong......
Dua kali terdengar Suara amat halus dan pelahan kadang2 tenggelam dek bunyi cengkerik. Tenyata suara perempuan yang mintak tolong, ali yg dengar masa tu. Dikejutnya faiz tak sedar langsung. mimpi apa pon tak tau masa tu sampai terlena sungguh. Tinggal la ali kesorangan mlm tu. Ditekapnya telinga ke dinding bilik faiz kalo2 terdengar suara yang mintak tolong tadi memanggil lagi. Tali yang di ikat pada jari dah tak bergerak. "Agaknya hantu pisang tu dah mati kot" xde pape respon pon. Kata ali pada dirinya sendiri nak sedapkan hati.
Ali cuba beranikan diri, dibukanya sedikit tingkap papan dalam bilik faiz tu untuk melihat dengan cahaya samar2 bulan kalo2 ada apa kat pokok pisang yang diikatnya Senja tadi. Nampak mcm ada orang melambai2. Diamatinya btol2 dalam keadaan cuak juga masa tu.. pelahan-lahan ali keluar ikut tingkap menuju ke pokok pisang tersebut. Rupanya2 yang melambai2 tu daun pokok pisang. Bukan orang seperti yg disangkakan. diperhatikan sekeliling kawasan mmg tiada apa yg meragukan. Putus asa juga masa tu sebab tak berbuahkan hasil. Maka kembali lah ali semula ke tingkap bilik faiz untuk masuk dan sambong tido dalam Keadaan kecewa.
Dipendekan cerita, Ali jatuh tingkap terus pengsan. Sebab nampak pocong berdiri betol2 depan tingkap bilik faiz. Tekejut katanya. Itupon mak faiz yang perasan nampak pisang kena ikat masa bagi ayam makan pagi2 buta. Sambil beleter sape punya kerjalah ikat pokok pisang dia mlm tadi. Teperasan plak tgk ali tido terkangkang diluar tingkap faiz.. sah inilah dia punya keje. Kecoh 1 kampong jadi bahan gelak sbb ali tido terkangkang depan tingkap faiz bukan kecoh pasal hantu pocong yang ali nampak. Walaupon ali bersungguh2 ckp dia nampak pocong masa tu. Sorang pon tak percaya.. kesian ali..
part 2..
Pontianak rumah kosong dalam kebun getah..
Bersambung...
Last edited by BabeYSHa on 11-12-2013 11:19 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-12-2013 01:42 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sebelum ai sambung kisah selanjutnya. Ai nak bgtau skit keadaan kampong ai ni mcmana. Senang uols nak imaginasi rupa bentuknya. Ok kampong ai ni berada di satu kawasan pendalaman di pahang. Suasana tenang dengan pokok getah dikiri kanan jalan tumbuh subur merimbun. Ada yang sampai menutup langit jalan.. sejuk je kalo lalu. Redup dan nyaman. Sungguh oun rimbun tapi kawasan dalam kebun getah tu bersih. Hanya daun2 kering je xde semak samun. Dan setiap kebun ada kolam kecil dan pondok tgh2 lamannya. Mungkin untuk menyimpan baja. Mesin atau sebagainya kot.
Selang kebun getah ada kawasan jirat cina kemudian dipisahkan dengan kebun getah lagi ada pulak kubur melayu. Memang pakej la kalo para hantu datang berkelah time cuti sekolah. Rumah ai kira2 150meter dari kwsan jirat cina tu. Kalau nak pi pekan beli brg2 runcit kena redah kedua2 kubur tu baru sampai kira2 2km dari umah ai. Kira jalanraya dari kwsn jirat cina tu sampai depan skit dari rumah ai ni kawasan panas. Dah lah gelap takde lampu jalan. Tak heranlah Tiap2 tahun makan nyawa. Exsiden je mesti mati. Sempat juga cina ngan melayu tanam kat kubur berdekatan sorang dua pada masa tu.
Kampong ai ni Jarak antara rumah ke rumah lain 100meter lebih kurang. Walaupon penduduk tak ramai tapi meriah juga sebab byk kilang. Ada kilang ayam, kilang kayu, kilang simen dan mcm2 kilang berat lagilah. Kdg2 pon ai taktau mana 1 orang kampong dan mana 1 org luar yang tinggal dikampong ai ni.
Ai masih ingat lagi masa umo 13 tahun mcm tu. Selalu ikut mak ngan abg2 ai masuk kebun getah tu untuk menimba ikan di parit2 kecil yang terdapat di didalam kebun getah tu. Puyu, anak seluang, ikan sepat goreng pon sodap.. itulah aktiviti2 ai lakukan dizaman sekolah dulu.
Masih ai ingat lagi waktu tu. Masa ai ikut mak ai pergi menimba. Dalam byk2 pondok dalam kebun getah disitu. Ada sebijik rumah, lebih kurang mcm pondok juga tapi tak sangka pulak ai ada org tinggal disitu. Tak silap ai akak tu berumur dalam lingkungan 30an mcm tu. Janda anak 2. Tapi nampak pelik sebab akak ni spises lain dari yang lain. Rambut panjang paras pinggang tapi beruban semuanya. Xtau la zaman tu dah ada pewarna rambut ke belum tapi ai masih ingat lagi mmg rambut akak tu putih semuanya. Mak ai kenal akak tu. Kalo dapat berbual sampai tak jadi menimba ikan kekdahnya. Mak ai cakap lagi akak tu keje kilang ayam. Tu je ai ingat..
Akak janda rambut beruban tu x lama juga tinggal dalam kebun getah tu. Setahun kemudian dia pindah taktau kemana. Rumah tu kosong dan suasana makin semak sebab tak berjaga.. kalau lalu pegi pekan mesti nampak rumah dalam kebun getah tu. Suram dan menyeramkan. Lagi2 kalau lalu waktu mlm.. errr.. meremang vulu tengkok.
Part 2- pontianak rumah kosong dalam kebun getah..
Masa ni faiz dah xde kat kg dah sbb dia sambung belajar kat politeknik. Ali pon dah keje kat kilang kayu dalam kampung tu jugak. Ali masih belom taubat dengan peel lamanya maen nom ekor tapi takdelah sesewel atan yang memang dikenali sebagai gila nombor dalam kilang kayu tempat ali bekerja tu.
Atan ni bukan orang kampong ai tapi hensem orangnya. Umo dalam lingkungan awal 30an. Muka atan ni manis sebab selalu tersenyum, kulit gelap2 skit badan pon sedap2 tapi tu la silapnya atan ni.. pandang kiri nampak nom, pandang kanan nampak nom. Apa saje la atan ni buat mesti mulut terkuma kamit kira nombor lepas tu senyum sorang2.. pakej sangatkan aksi atan ni..
Penah sekali atan ikut abg ai balik rumah tgk bola. Masa tu ai tau perangai atan ni mcmana. Orang tgk bola dia leka tgk nom kat jerrsey pemain. Pandai pulak dia pusing2kan nom tu pastu senyum. Bola kemana atan pon ntah kemana time tu.. sungguh pon atan mcm tu dia tak kaco org, dia tak pedulikkan apa org nak ckp tentang dia. Yang penting nombor nombor nombor.. tu je la kehidupan atas seharian. Dengan perangai atan yang ntah apa ntah tu lah ali tak berapa ngam dengan atan ni. Gua takleh layan katanya...
Tiba2... Atan beli kereta perdana. beli cash lagi... apek2 keje dlm kilang kayu tu bergosip... patutlah atan dan 3 minggu menghilang x dengar berita. Semua orang ingat atan dah kena tangkap dan masuk tanjung rambutan. Ali tenganga juga dengar apek2 kilang tu bergosip dalam versi mendarin.. "cong ceng cong ceng atan sewel.. cong cong ceng keleta perdana balu maaa.. cong ceng cong cxxxi nombor kena 1st prize" Walaupon ali tak paham apa apek tu borak tapi bley tangkap skit2 la ayat melayu versi pelat yang keluar dari mulut apek tu. Atan kena nom? Makin bengang la ali time tu..
Balik keje, ternampak pulak ali kereta perdana yang dimaksudkan depan kuaters pekerja. Atan dalam bilik tengah mengemas barang2nya. Lagipon esoknya adalah hari terakhir atan berada disitu sebab nak berhijrah tempat lain.
Malam tu, ali dengan abang ai pergi la ke bilik atan, konon2nya nak ucap selamat tinggal padahal nak cungkil rahsia camne atan bole dapat nom 1st prize tu. Asalnya atan ni mmg taknak bagitau tapi sebab didesak dan diugut bagai akhirnya atan pasrah juga dan bgtau citer yg sebenarnya.
Ahad ( hari cuti ) jam lebih kurang 5ptg mcm tu.. atan ni pergilah memancing sorang diri dalam kebun getah yang ai maksudkan sebelum ni. Spises atan ni bukan pikir pasal ikan pon melainkan mencari ketenangan untuk memusing2kan nombor ekor sebenarnya. Lagi2 dalam kebun getah yang sunyi sepi tu.. dalam dok berkhayal tu tiba2 hujan turun dengan lebat siap kilat bagai. Atan ni masa tu nak belari balik rumah tak sempat lagipon dengan kilat petir bagai. Nak atau tak, kena la berteduh dalam rumah kosong yang terdapat dalam kebun getah tu.
Keadaan yang Semak, usang, dinding habis dimakan anai2.. yang paling best dalam rumah kosong 1 bilik tu ada plak busut jantan setinggi paras pinggang atan. Dalam keadaan gawat camtu mana la atan ni ada masa nak fikir pasal hantu.. pasal nombor pon atan tak abih fikir lagi..
Sambil tunggu hujan reda, sambil tu juga atan ni tulis nombor2 di debu lantai dengan ranting kayu. Penat menulis di lantai dicontengnya pulak di dinding. Hari makin senja, hujan makin lebat. Nak redah kang mati pulak kena panah petir... nak atau tak, kena tunggu je la..
Busut jantan adalah destinasi terakhir atan mencoret hasil nukilan nombor2nya sebelum terlena.. entah bila terlena pon dia taktau, samaada dalam dalam mimpi atau dalam sedar tu la atan cakap pada ali dgn abang ai dia terpandang atas kayu para atap btol2 atas busut jantan tu ada benda putih mcm mencangkung. Atan Nak menjerit tak boleh, nak bangun pon tak boleh, seakan-akan dipukau masa tu. Dalam keadaan separa sedar tu atan nampak benda putih yg mengcangkung tu melekap pulak pada dinding rumah tu. Masa tu nampak jelas skit apa makhluknya.. bersopak-sopak mukanya... atan terus pengsan.. pastu apa jadi xtau..
Pagi tu atan sedar pon sebab penoreh getah yang kejutkan. Nampak atan tido atas busut jantan tu.. atan balik umah terus demam.. dalam demam2 tu kepalanya asyik terbayangkan nom yang diukirnya pada busut jantan sebelum ni. Pandang kiri nampak benda yg sama, pandang kanan pon sama. Tekad.. comfirm 1st prize magnum 4D..!! Begitu la gigihnya atan walaupon time demam sekalipon..
Berkat kegigihan atan tu la nom yang ditulis kat busut jantan tu mmg naik 1st prize.. ratus2 ribu juga atan dpt masa tu.. deswai lah atan beli kete perdana cash dan siap bagi abang ai ngan ali rm1k sorang tanda ucapan terima kasih sbb tolong dia masa tengah susah dulu..
Keesokkan harinya...
Atan dah blah dari kilang utk selama2nya bagi mencari kehidupan baru. Kemana pergi pon ai xtau. Yang pasti petang tu ali ajak abang ai pegi kerumah yang dimaksudkan oleh atan mlm tadi.. untung2 ali dapat nom 1st prize juga.. meremang juga diorg masuk ke dalam rumah kosong tu. Tapi yang pelik... mana busut jantan yang atan maksudkan? Mesin uli getah je ada... hampeh punya atan... bengang btol ali time tu terasa ditipu hidup2 dengan atan....
Next part 3 nanti ai taip ye..
Last edited by anishacute on 6-12-2013 02:09 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-12-2013 01:43 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edi adalah abang kepada faiz dan kawan 1 kilang dengan ali dan satu2nya penagih tegar dalam kampong ai masa tu. Orangnya tinggi, kurus, rambut panjang.. rock katanya.. sungguhpon 1 kampong, edi ni tak tinggal sekali dgn maknya. Pantang bertemu muka.. mesti betekak 24jam. Edi ni pulak kuat melawan ckp mak dia. Semua tu angkara penyakit misteri yang dihadapi oleh edi sehingga meragut nyawanya sendiri.
Penyakit misteri yang hidapi edi ni bukanlah sejak azali asalnya Mak ai cakap.. edi ni masa umur dia dalam darjah 5 atau 6 mcmtu disuruh maknya beli tepung kat pekan sbb nak buat kueh. Berbasikal la edi ni pi pekan tergesa2 sbb takut kedai tutup memandangkan hari dah petang. Uols sediri tau kan nak pi pekan dari kampong ai ni tempuh kubur cina pastu kubur melayu lagi disamping kiri kanan penuh dengan rimbunan pokok getah. Dan masa perjalanan pulang edi berbasikal tu dari pekan hari dah mula senja. Maka edi ni kayuh la basikal tu selaju2nya sbb takut hari dah gelap.
Seperti apa yang dicerita oleh mak dia pada mak ai. Masa edi dok sibuk mengayuh basikal dalam suasana samar2 bayangan tu la edi jatuh tersungkur terlanggar sesuatu dan kepala terhantuk kat salah 1 kubur cina lama sampai pengsan tak sedarkan diri itupon dijumpai oleh orang2 kampong bergotong royong mencari dia sbb dah lewat mlm tak balik2 rumah.
Sejak kejadian tu edi selalu meracau dan sering sawan babi. Penyakit sawan babi tu la kekal sampai keakhir hayatnya. Mungkin sbb penyakit tu kot edi menyalahkan emak dia.. entah la..
Sawan babi edi ni menyerang tak tentu masa. Tgh dok melepak ke, makan ke, tgh berak ke time tu jugak la dia mengelupur dengan mulut berbuih. Penah sekali tengah dok melepak main gitar dengan ali dan member2 lain tepi parit depan jalan raya. Edi mengelupur sampai terjun dalam parit sebab sawan babinya. Nasib baik la lepak ngan member, ada juga la org tolong selamatkan masa tu. Tapi dah tertulis ajal edi ni pergi buat selama-lamanya jatuh perigi sebab sawan babinya masa tengah mandi pagi.
Setahun Sebelum edi meninggal ada juga la kenangan manisnya bersama ali ni tentang nom ekor.. kisahnya begini..
Part 3- hantu jirat cina
Masa ali keje kilang kayu tu. Edi mmg sedia maklum tentang kemaruknya ali tentang nom ekor ni tapi xdelah sehebat kemaruknya atan. Lagipon edi ni takleh nak layan sangat kepala atan yg ala2 skema jadi ali lah kawan utk borak2 ala2 rockers.
Masa dok melepak borak2 Edi ada bgtau Ali skit tips2 cara nak dpt nom ekor dengan cara agak kurafat skit. Tapi 70% berjaya katanya. Entah btol atau tak agaknya. Tapi yang ai dengar dari abg ai masa tu. Ali ada ajak abg ai join sekali tapi abg ai taknak sebab apa ntah.. tapi mmg abg ai tak join diorg masa tu.
Seperti yang edi bgtau ali dan ali sampaikan pulak kat abg ai katanya nak pi memuja kat jirat cina. Cina mati kena panah petir. Dengan syarat kena bawak dulang tembaga, ayam panggang, pulut kuning, arang dan colok cina semayang.. mungkin sebab tu kot abg ai menolak.
Ali yang gigih nak dapat nom ong ni pon gigih la sedia bahan2 yg disebut oleh edi tu. Maka pi la diorg berdua pada malam lusanya. Ali pon xtau mana 1 jirat cina yg mayatnya mati kena panah petir. Ntah camne edi tau pon xtau. Ali ngikut je la.. yg penting dia dpt nom 1st prize.
Edi yg serabai tu mmg berani dari ali. Mungkin time tu kepala dia tengah stone kot. Ditengah2 gelap gelita hanya diterangi samar sinar bulan maka Di hidangnya la oleh edi pulut kuning dalam dulang dan tengah2 pulut tu diletaknya sekor ayam panggang tanpa sos. Untuk hiasan kasi nampak cantik dicucuknya plak colok cina tu 6 batang. Xtau la kenapa 6 batang. Mungkin 6 kali kot kena panah petir baru mati cina ni. Mungkin camtu la kot dalam fikiran ali.
Hidangan tadi diletaknya ditengah2 simen jirat cina tu dan arang pulak diletaknya sebelah dulang tu sambil edi jampi 6 kali "latok oh latok, ini pulut sama ayam panggang lu kasi hantam, sula makan kenyang itu alang kasi tulis itu numbur ong punya maa, nanti skit jam wa mali angkat. Tq" bepeluh jugalah ali mendengar jampi dari mulut edi masa tu.. ntah mana la edi menuntut ilmu camni. Layan je la.. lepas upacara tersebut diorg pon blah dari kubur tu dan akan datang semula 1 jam kemudian untuk kutip hasil persembahan..
Sementara menunggu ali lepak dalam bilik edi. Lagi pon jarak antara tempat edi x jauh sgt dengan kwasan jirat cina tu dibandingkan dari rumah ali. Sambil menunggu edi layan stone dan borak2 kosong sambil berangan kalo menang nombor nanti nak plan beli itu ini..berbunga2 la kot muka masing2 x dapat menahan keseronokan sbb byk duit nanti. Lagi2 si edi yg tengah stone tu bagai kan kesurga katanya.
Detik masa makin hampir 1jam. Masa dinanti sudah tiba. Dengan berlampu suluh dan berkayuhkan basikal bmx masing2 menuju ke kawasan jirat cina yang sunyi sepi tu. Keadaan samar2 bayangan. Walaupon kawasan pekuburan tu tepi jalan besar. Sebiji motor pon tak lalu. Kereta apatah lagi. Bunyi anjing melolong dari kilang berhampiran sahut menyahut. Walaupon x kuat tapi dengar jugalah suara anjing tu. Lagipon jam hampir 2pg masa tu. Ali ni berani sebab ada edi je kalo tak jangan harap la. Edi pon takrau berani atau tak tapi sebabkan otai rockers kat kampong ai terpaksa la kot tunjuk berani depan ali tu.
Sampai saja di jirat yang diorg puja tadi. Berbekalkan dengan lampu suluh.. Kelihatan dulang tembaga tadi jatuh dan pulut kuning berselerakkan diatas tanah.. ayam panggang hilang. Kedudukan arang berubah skit dari tempat asal. Edi ngan ali pon duduk la mencangkung sambil menyuluh dengan teliti disekiling simen jirat cina mati kena panah petir tu. Suluh punya suluh tertiba edi mengelupur dengan mulut berbuih sbb tersuluh hantu cina mcm dalam citer kungfu tu tegak berdiri btol2 kat batu nisannya. Berdiri je tak meloncat pon hantu tu. Masa tu ali tak nampak sbb dia leka suluh tempat lain.
Cuak sungguh ali masa tu tengok edi mengelupur dengan mulut berbuih. Time2 ni la sawan babi ko datang. Dalam keadaan kelam kabut tu ali tinggalkan edi sendirian dan menuju kat rumah ai untuk mintak bantuan dengan abg ai.
Abang ai ni penakut juga bila dah tau edi mengelupur kat jirat cina tu. Nak tak nak pergi juga la nolong sbb ali sampai nangis desak abg ai masa tu. Abang ai dah boleh agak dah pekara ni akan belaku. Sawan babi edi ni menyerang tak kenal masa. Teragak nak sawan, sawan la dia..
Sampai di jirat cina yang dimaksudkan. Ali ngan abg ai ni pun suluhla dan Nampak plak edi duduk mencangkung atas jirat cina tu dengan kepala toleh kebawah seperti orang lalok. Diam je bila abg ai ngan ali panggil. Banyak kali jugak diorg panggil nama edi soh balik. Edi tetap diam je atas kubur tu tak kata apa2.. pandang pon tak. Siap ali ugut2 lagi kalo xnak balik ko duduk la sini sampai siang. Puas sesi pujuk memujuk tapi takde jugak respon abg ai ngan ali pon amik keputusan balik je dan tinggalkan edi kat situ. Lagipon jam dah nak hampir 4pg masa tu.
Masa nak balik tu la ali baru perasan yang basikal bmx edi takde. Seingatnya mmg dia ngan edi parking basikal bmx masing2 tepi pagar kubur tu masa datang tadi. Ali ngan abg ai amik keputusan patah semula untuk jumpa edi atas kubur tu konon2 nak bgtau edi basikal bmx dia dah hilang. Mungkin dengan cara tu kot edi boleh bangun dari atas kubur tu dan cari basikal dia.
Lebih kurang 10 meter nak sampai jirat tempat edi mencangkung tu. Abg ai ngan ali suluh. Xde sesape pon disitu. Kelibat edi pon tak nampak. Jam2 tu la bau colok cina semayang diorg terhidu. Meremang bulu roma diorg berdua dan tanpa berlengah lagi belari pecut la diorg sampai kat umah.. basikal tinggal sbb takut punya pasal. Esok amik papehal selamatkan diri dulu.
Lelah juga la kot belari non stop sampai rumah ai. Tetiba edi menyapa abg ai ngan ali depan umah dengan menjenjeng dulang tembaga. Lu pi mana? Wa tunggu lama dah ni beb. Wa dtg sini tanya lu pasal ali, tadi masa wa sakit tgk ali takde. Wa ingat dia pi umah lu. Wa dtg la sini cari.. 1jam wa tunggu sini Beb beb beb.. wei beb lu dengar tak?
Abang ai ngan ali pulak yang diam seribu bahasa. Puas juga edi ber beb beb beb ngan diorg.. tapi xde respon. Mungkin Malas nak bagi edi mengelupur sawan babi untuk kali kedua.. baik diamkan aje apa yang terjadi tadi.
Esoknya ali ngan kawan dia pi amik basikal tepi kubur yang ditinggalkan. Abg ai demam terkejut. Mengigil.
Last edited by anishacute on 12-12-2013 02:53 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-12-2013 01:43 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Part 4 - hantu bungkus cawangan tnb
Coming soon |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-12-2013 01:44 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Part 5- pontianak pokok nangka
Coming soon Last edited by anishacute on 5-12-2013 01:46 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-12-2013 01:45 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Part 6- lembaga kepala perempuan kilang kayu
Coming soon |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tungguuuuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
seram pulak aku baca pukul 2pg ni..
best3 |
|
|
|
|
|
|
|
aduh sakit perut tergelak tengah malam nieh ...
citer tt best |
|
|
|
|
|
|
|
best besttttt....mama terbayang Fasha Sandha dalam sini ada hantu...cantik bukan main hantu pokok pisang!! |
|
|
|
|
|
|
|
ingat dah ada sambungan part 2 tadi..menunggu ni tt..citer best |
|
|
|
|
|
|
|
hantu pun tak berani dekat ngan ali.. sbb dia lebih hantu dari hantu.....
pontianak yang diminta, pocong yang mendatang... naper tak minta nombor ekor kat pocong tu je.... |
|
|
|
|
|
|
|
check in.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-12-2013 02:47 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
mummyn80 posted on 5-12-2013 09:05 AM
ingat dah ada sambungan part 2 tadi..menunggu ni tt..citer best
Nanti ai sambung ye sis.. type direct dalam phone ni sambil ingat2 lupa |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-12-2013 02:51 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
jefrilza posted on 5-12-2013 09:27 AM
hantu pun tak berani dekat ngan ali.. sbb dia lebih hantu dari hantu.....
pontianak yang diminta, ...
Ali ni kat kg ai terkenal dgn org ckp besar je lebih tapi penakut.. kalo kena sergah dia la paling kuat menjerit. |
|
|
|
|
|
|
|
pontianak kebun tu penamat dia apa?
beli keta? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-12-2013 06:05 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
leenaz posted on 5-12-2013 05:20 PM
pontianak kebun tu penamat dia apa?
beli keta?
Blom tamat lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
ooo
ok saya menanti
|
|
|
|
|
|
|
|
anishacute posted on 5-12-2013 01:42 AM
Sebelum ai sambung kisah selanjutnya. Ai nak bgtau skit keadaan kampong ai ni mcmana. Senang uols na ...
Ha ha ha. Apek bergosip tu.....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|