Assalamualaikum semua...
Lama betul EmakBonda tak masuk forum kan? Hari ini EB ingin kongsikan bersama topik Mengenali dan Menjejaki Perjalananan Bangsa Melayu dan asal-usulnya. Maafkan EB sekiranya topik ini sudah dibincangkan. EB ada cari di bawah tajuk Zaharah Sulaiman dan Asal-usul DNA Melayu... Tapi takde pulak keluar. Yang keluar, adalah topik DNA melayu dari Nobito. Thus, ada perbincangan mengenai findings ini, mohon jasa baik Admin untuk merge-kan ye.
Seperti yang kita ketahui, rumpun Melayu sangat luas. Kita sedia maklum, yang Melayu juga sudah banyak bercampur. Anak-anak EB sendiri sudah bercampur Melayu-Arab, Jawa, Minang dan Bugis. Sebagai pengkaji sosio-psychology, EB juga ingin tahu dari mana datangnya bangsa Melayu.
Dengan ini, izinkan EB berkongsi findings Puan Zaharah Sulaiman seorang penulis dan pengkaji sejarah dari Persatuan Arkeologi Malaysia yang bakal diterbitkan bukunya oleh Dewan bahasa dan Pustaka. Bukan calang-calang yang hadir ke 'talk' Puan Zaharah Sulaiman pada 8 Julai lalu... Tokoh-tokoh dan pakar-pakar ilmuan, ekonomi dan sejarah Melayu, senior-senior dunia penulisan juga turut hadir.
Di sini EB juga kongsikan bersama link (terima kasih kepada Ilham Editorial) mengenai findings beliau http://youtu.be/qQreBYu8AoM
P/S: Harap bersabar kerana kualitinya tidak berapa memuaskan, namun EB yakin kita lebih berminat kepada apa yang ingin dikongsikan olehnya kan?
EB akan cuba uploadkan image2 concerning findings dia yeh...
Last edited by EmakBonda on 9-12-2013 07:23 AM
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
- Kesan dari letupan Toba 75,000 tahun dahulu (kya), debu-debu beracun itu sampai ke India dan menyebabkan populasi di sana hampir pupus. Generasi yang ada kini adalah generasi yang bangkit selepas letusan itu.
- Claudius Ptolemy pernah mengembara dan cuba menyeberangi Selat Melaka. Selat Melaka satu masa dahulu adalah sungai yang penuh dengan lumpur. Sampannya tersekat dan terpaksa dibantu.
- DNA Melayu adalah 60,000 tahun.
- Susur galur Melayu ini ternyata wujud, tidak seperti yang didakwa oleh penulis Singapura tidak lama dahulu. Last edited by EmakBonda on 8-12-2013 08:59 PM
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
OK, this is clip #05. http://youtu.be/VnStFo_pL6I
EB tak pasti kenapa tak ada clip #04.
Nevertheless... Intipati, banyak terdapat di clip # 03 sebenarnya...
Enjoy watching...
credit to: Ilham Editorial Last edited by EmakBonda on 9-12-2013 12:42 AM
Post time 9-12-2013 07:35 AMFrom the mobile phone|Show all posts
"- Claudius Ptolemy pernah mengembara dan cuba menyeberangi Selat Melaka. Selat Melaka satu masa dahulu adalah sungai yang penuh dengan lumpur. Sampannya tersekat dan terpaksa dibantu."
Assalam semua...
Dalam ramai2 tentu ada yang menidakkan Puan Zaharah Sulaiman dan tidak ramai yang boleh menerima hasil kerja pengkaji sejarah dari Ikatan Arkeologi Malaysia ini. Tidak kurang juga yang mencemuh beliau walaupun apa yang dibentangkannya adalah educational findings dan bukan petikan-petikan syok sendiri. Sebagai pakar pengkaji sejarah, beliau juga ada membuat pembentangan-pembantangan yang lain yang penuh kontrovesi. EB ada terbaca reaction pembaca The Malay Mail terhadap findings beliau - seduh tentu, not in favor of her. But, that is another topic. Buat masa ini kita bincangkan pasal ini dulu ye.
Mari kita lihat siapa associate Puan Zaharah Sulaiman untuk kajiannya ini ye:
Beliau pada mulanya telah bergabung bersama Prof Emeritus Dato' Dr Nik Anuar Nik Mahmud. Bagi yang tidak mengetahui siapa Dato' Dr Nik Anuar, beliau adalah antara tokoh sejarah yang banyak berjasa kepada negara khususnya dunia arkeologi. Namun, pada 28 September 2010, Dato' Dr Nik Anuar telah kembali ke rahmatullah.
Selepas itu, Puan Zaharah Sulaiman telah bekerjasama dengan Prof Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman yang merupakan pakar arkeologi dari UKM. Sekarang Prof Datuk Nik Hassan adalah merupakan Timbalan Pengarah Akademi Tamadun Melayu (Atma), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Pembentangan hasil kerjanya ini adalah berdasarkan penyelidikan sejak dari 2009 usahasama dengan UKM, USM dan UiTM serta badan-badan kementerian yang berkaitan. Pada awal tahun ini, Puan Zaharah Sulaiman telah membentangkan tajuk ini kepada KPT. Namun pada masa itu kajiannya belum complete lagi. Kini, kajiannya telah selesai. Hasil kajian Puan Zaharah Sulaiman bakal diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka tidak lama lagi.
Ok. Lepas ni... EB akan cuba kupas findings dia dan kita bincangkan ye...
tomatome posted on 9-12-2013 02:27 PM
no hal mmg selalu layan benang ni dari dulu SR je.. bukan sng nk dpt input camni nak baca kaji snd ...
Betul sangat. Bukan senang kan?
Tapi ramai juga yang tidak boleh menerima findings beliau.
Truth hurts... Tapi kalau dah sejarah dan terbukti secara saintifik pulak tu.
EB rasa kita perlu terima secara hati dan minda yang terbuka kan?
Last edited by EmakBonda on 9-12-2013 06:54 PM
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register