View: 2936|Reply: 2
|
PDRM uji Proton Inspira dengan sistem enjin hibrid REVOLO
[Copy link]
|
|
PDRM uji Proton Inspira dengan sistem enjin hibrid REVOLO
Baru-baru ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan Rangka Tindak Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Hijau seiring dengan inisiatif Go Green PDRM yang diperkenalkan pada 27 Disember 2012. Majlis tersebut disempurnakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara PDRM dengan DFRAN Research Technologies Sdn. Bhd. (DFRAN) yang menyediakan sistem enjin hibrid REVOLO untuk dipasang pada kenderaan polis dan Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia (MGTC) yang akan menyediakan khidmat nasihat berhubung amalan dan aplikasi hijau..
Enjin hibrid REVOLO telah dipasang pada sebuah Proton Inspira polis dan ia akan diuji untuk jarak 10,000 kilometer atau selama dua bulan. Hasil ujian akan membantu PDRM membuat keputusan sama ada mahu memperluaskan penggunaan enjin tersebut untuk lebih banyak kenderaan polis pada masa depan.
Pengerusi Eksekutif DFRAN, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Tahir berkata, penggunaan enjin hibrid REVOLO dapat mengurangkan penggunaan minyak sebanyak 35 peratus, mengurangkan pengeluaran karbon sebanyak 40 peratus, menjimatkan kos penyenggaraan selain menambah baik enjin.
Revolo merupakan teknologi parallel hybrid sambungan terus yang membolehkan motor dan enjin untuk berfungsi serentak untuk mendapatkan penjimatan minyak selain menjadikannya kereta mesra alam. Inovasi ini termasuklah sitem pengurusan bateri pintar, perisian dan pemasangan mekanikal. Revolo menjadikan kereta hibrid lebih mampu milik untuk semua.
|
|
|
|
|
|
|
|
lps ni semua kete biasa leh convert jd hibrid la.
terbaik..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|