View: 2759|Reply: 10
|
JANGAN FIKIR PERASAAN KITA SAHAJA...
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum & selamat sejahtera semua ☁ ☀ ☁
Dalam kita berurusan dengan orang kadang-kala kita lupa tentang hati & perasaan orang lain. Jadi...
JANGAN FIKIR PERASAAN KITA SAHAJA...
Seorang doktar bergegas ke hospital setelah menerima panggilan untuk pembedahan kecemasan. Beliau menukar baju dan terus ke bilik pembedahan. Beliau nampak bapa seorang budak sedang mundar-mandir di bilik tersebut menunggu kehadiran doktor.
Selepas nampak doktor datang, bapa itu menjerit: “Mengapa lambat sangat? Doktor tak tahu nyawa anak saya dalam bahaya? Doktor tak ada rasa sebarang tanggungjawab?”
Doktor tersebut tersenyum dan menjelaskan, "saya mohon maaf. Saya tiada di hospital dan saya telah datang secepat mungkin… sekarang saya perlu saudara bertenang supaya saya boleh melakukan kerja saya.”
“Bertenang! Mudah cakap. Bayangkan kalau anak doktor yang di dalam sana! BOLEHKAH DOKTOR BERTENANG?JIKA ANAK SAYA MATI, APA YANG DOKTOR NAK BUAT?” jerit bapa budak itu lagi.
Doktor tersebut bersenyum dan berkata, “saya akan berpegang pada ajaran Islam - dari tanah kita datang kepada tanah kita dikembalikan… Doktor tidak boleh memanjangkan umur, hanya Allah boleh. Pergi berdoa untuk anak saudara dan kami akan cuba lakukan yang terbaik. InsyaAllah.”
Bapa itu masih tidak berpuas hati dan berbisik dalam hati, “mudah bercakap nasihat bila tak kena batang hidup sendiri.”
Pembedahan itu mengambil masa beberapa jam… doktor keluar dengan senyuman lebar dan ceria.
“Alhamudillah. Anak saudara selamat!”
Tapi tanpa mendengar jawapan bapa tersebut, doktor terus berkata, “Ada apa-apa tanya jururawat saya.”
Bapa budak tadi tersinggung, “Mengapalah doktor tadi sombong sangat? Tak bolehkah tunggu dua tiga minit untuk berbincang mengenai keadaan anak saya?” kata bapa itu kepada jururawat…
Jururawat itu tiba-tiba menangis dan berkata, “Anak doktor Hisham meninggal semalam… kemalangan... beliau tadi di majlis pengkebumian ketika kami menelefon beliau untuk membedah anak encik. Selepas habis bedah, doktor kena bergegas untuk balik urusan keluarga bersama saudara mara dan kenalan anaknya.”
Bapa budak tu tersentak.
Manusia biasa melihat atas, melihat bawah, melihat kiri dan kanan… ada pula yang pandai melihat dari atas dan melihat dari bawah terhadap sesuatu perkara….
Tapi mereka sering terlupa untuk melihat diri sendiri.
Cc : Dr Zubaidi
|
|
|
|
|
|
|
|
sediah pulak baca..doktor tu seperti tabah orangnya |
|
|
|
|
|
|
|
itulah kehidupan, kadang-kala kita sentiasa terasa dalam kesempitan & kesusahan tetapi lupa sebenarnya ada orang yang lebih susah. peringatan buat diri sendiri & anda semua |
|
|
|
|
|
|
|
Walu da pnh bc sbb mmg follow blog dr ni..tetap sedey jugak... |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih plak baca..semua orang ada masalah sendiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya kisah ni....macam kisah benar jer...bukan doktor tu doktor pakar kat husm kubang kerian ke? sebab sama macam kisah ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
pengajaran untk smua....crita yg byk pengajaran.sayaakn ingt bnda ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa moved ke sini? Mcm xde kaitan dgn cinta&emosi pon..? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|