CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11008|Reply: 72

KELIRU MAHU MENAMATKAN ZAMAN BUJANG

[Copy link]
Post time 24-1-2014 10:32 PM | Show all posts |Read mode
apa kabar kwn2 semua. boleh panggil saya karl
saya mengaku daftar nickname baru semata2 nak buat posting ni
(harap benda ni tidak dijadikan isu dan perlian ye, dan fokus kpd permasalahan saya )
maaf panjang sikit, harap sudi baca sampai habis dan berikan respon ikhlas...

saya nak mintak pendapat/komen/teguran
(cacian/kejian pun boleh, tapi tolong berhemah ye, hehe)
terhadap apa yang terjadi kepada saya. straight to the point la ye. ceritanya macam ni:

saya ni belum berkahwin, umur awal 30-an, asal selatan, sekarang keje dan tinggal
kawasan serdang, selangor. saya rasa mungkin salah satu sebab lambat kawen ialah
kerana memilih sgt kut, hehe

saya anak last dlm keluarga dan dalam apa jua keadaan saya mmg independent dan
akan buat keputusan sendiri maksudnya, mmg jarang saya dapatkan pandangan
keluarga bukan sebab mengenepikan mereka atau tidak mempunyai hubungan baik
dengan keluarga (keluarga saya bahagia), tapi mmg keluarga memberikan
sepenuh kepercayaan kepada saya untuk tentukan laluan hidup saya sendiri.
malahan mereka amat sangat jarang sekali bertanyakan kepada saya tentang
teman wanita/perkahwinan saya. ni pun saya rasa salah satu sebab lagi kenapa
saya lewat kahwin. takde tekanan/pressure daripada keluarga kut.
selalunya yg menyibuk bertanya tu pakcik/makcik je. haih

seperkara lagi, saya ni jenis introvert dan lebih cenderung suasana sunyi drpd
bising dan hiruk pikuk. saya boleh duduk di rumah sepanjang hari tanpa keluar.
just kat rumah tgk tv, main internet, makan, tido - saya boleh hidup begini.
dan kalau nak keluar rumah pun saya lebih suka keluar sorang. saya ok dan
takde masalah kalau tgk wayang sorang2. ada ketika kwn2 ajak keluar tgk wayang ke,
makan2 ke - ada yg saya ikut dan kebanyakannya saya menolak sebab malas
nak berada di luar rumah.

saya ada kerja yg stabil, kewangan stabil, ada kereta sendiri, ada rumah sendiri.
pendek kata kan, hidup saya lengkap
cuma belum lengkap sepenuhnya sebab saya belum mempunyai pasangan hidup

so sejak beberapa bulan lepas, aku mula memikirkan secara serius utk berumahtangga
bukan atas desakan sesiapa tapi aku rasa aku perlu mula memikirkannya secara serius
jeles pulak tgk kawan2 yg ada anak sendiri, ada pasangan hidup,
hidup lebih lengkap dan bahagia

nak dijadikan cerita, 2 minggu lepas aku berkenalan dengan seorg gadis,
berumur 24 tahun (aku namakan dia Z), aku hantar utusan pd dia (hehe) d
an dlm utusan tu aku letak nombor henfon aku. lepas seminggu mcm tu, dia whatsapp aku
so kami pun jadi kawan dan berborak mcm biasa di whatsapp/sms (call belum pernah lagi).
niat asal aku nak kenal dgn Z ni adalah sbb nak jadikan dia suri hidup aku,
kalau kami sesuai (dlm tempoh perkenalan). selepas mengenali Z ni lebih kurang seminggu,
hati dan perasaan aku mcm berbolak balik pulak sama ada nak teruskan perhubungan serius dgn Z
atau kekal sbg kawan sahaja. dari segi respon pulak, aku tgk respon Z ni agak positif la,
maksud aku layan whatsapp/sms dgn baik takde la dingin atau lambat reply. cuma aku yakin
kalau mungkin aku nak perhubungan kami serius setapak ke hadapan dan aku
jelaskan hasrat aku ni pd Z, insya Allah peluang tu cerah

cuma, mcm yg aku ckp la, lepas seminggu kenal Z ni, tiba2 banyak pulak
benda bermain-main di fikiran aku:

1. dia asal utara (kedah), aku asal selatan. kalau raya nnt malasnya nak balik
kampung masing2 - jauh, penat, jalan jammed, kos tinggi dll

2. dia keje kat utara nun. aku keje central. kira perhubungan jarak jauh la kan.
bolehkah aku bertahan menghadapi cabaran? dan katalah ditakdirkan jodoh kami nnt,
adakah kami akan terpisah jugak sbb dia keje swasta dan takde cawangan tempat lain

3. dia keje biasa2 je, kerja kerani. kalau tak silap dia kelulusan spm.
aku pulak ada degree dan keje aku alhamdulillah memuaskan

4. aku rasa aku lambat/lengah2kan kahwin ni sbb mungkin aku jenis yg susah kut
nak beri komitmen atau commit kpd any commitment yg melibatkan perhubungan hati perasaan
(tp tidaklah sebab aku tak puas enjoy bujang since aku suka duk rumah je)

benda2 yg aku senaraikan kat atas ni, nampak mcm lah remeh/ringan je.. tapi itulah yg
aku rasakan dan fikirkan. nampak mcm tak matang ek? hehehe

sejujurnya aku takut dgn kehadiran dia nnt dlm hidup aku, mcm lebih menyusahkan pulak aku.
well, korang mesti kata aku pentingkan diri sendiri kan. tapi itulah yg aku rasa. aku akuinya,
jadi korang nak marah aku pun dipersilakanlah. hehe. tapi pd masa yg sama aku rasa
mcm nak cuba teruskan perhubungan lebih serius dengan Z. tapi bila aku fikir2kan masalah
yg aku senaraikan kat atas tu, jiwa jadi kacau pulak sampai satu masa aku sendiri pun
mcm keliru apa yg aku nak ni sebenarnya? (ya, sila lempang dan luku kepala aku!!)

jadi kepada sesapa yg nak bagi respon, aku alu-alukan. boleh kongsi pendapat/komen korang
dan kpd sesiapa yg mungkin pernah lalui situasi yg sama, bolehlah share pengalaman korang
dan apa tindakan yg korang buat utk selesaikan masalah seperti ini. apa sahajalah aku sudi
menerimanya dengan hati yg terbuka dan berlapang dada...

atas kesudian korang beri respon, aku ucapkan terima kasih sgt2.
Tuhan jua membalas kebaikan korang. ^karL













Last edited by karlander on 24-1-2014 10:32 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-1-2014 10:37 PM | Show all posts
alahai, kejap saya, kejap aku.. abaikan je la yer
fikiran tgh rungsing masa tulis..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 10:45 PM | Show all posts
Baru nak tegur yg tu... Aku ke saye... Hehe..

Frankly, i rase, die bukan jodoh u kot... Kalau tak, sure u tak kisah jarak etc... Keje die rasenye shld be no problem untuk resign dan cari keje dekat ngan u dah kawin nanti..no issue...nak seribu daye, tak nak seribu dalih.. Tu yg u create so many reasons... Kalau jodoh u ngan die, Allah mudahkan... Nasihat i... Solat istikharah la...  
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 10:50 PM | Show all posts
mcm ni la ko x yah kawen la smpi bila2. senang abes cerita..

kalo terlalu bnyk sgt soalan, apa pun x bleh jd. org kata nak seribu daya, x nak seribu dalih.

apa yg aku nmpk niat ko x bulat lg. ko masih blm bersedia...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko blm sedia nk kawin aku rasa..cuma sbb org lain dh settle down,ko pn nk settle down..sbb tu ko boleh list byk mcm tu wpn baru kenal seminggu..klau dh sayang,list tu dh x wujud..haha..list no 1 tu klau dh jodoh org jauh nk wat cmne..no 2 tu depends pd pasangan tu sndr..cuma klau lps kawin pn pjj susah la..no3 tu tgk cara pemikiran la..kdg2 bila byk bergaul..pemikiran dia ok lagi dr budak degree..yg kdg2 xde la gempak mane pn Last edited by tiramisuu on 24-1-2014 11:11 PM

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape susah
Ko blom pon ckp dgn Z kan

Cariklah org dekat klu susah sgt
Yg agak2 sepelaung je dr rumah/ tmpt keje ko
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2014 11:52 PM | Show all posts
1. hai belum apa2 dah pikir pasal balik raya . umah aku kat perak , abang ipar terengganu kahwin dengan kakak . katanya jauh2 baru fell nak balik raya . jem2 tu biasalah tak boleh lari la bro .

2. apa susah kau dah ada rumah,kereta, duduk la sekali . suruh dia berhenti kerja . kewangan kau stabil kan . so takde masalah . masalah kalau dia tak nak berhenti kerja la .

3. takkan tu pun nak berkira . itu pasal allah cipta kita berpasangan . apa yang pasangan kita kurang kita boleh lengkapkan . kalau dia gaji tak seberapa . awak lah lengkapkan .

4. no komen la no 4 nie . istikarah itu lebih bagus . jawapan dia angkat tangan je doa . kalau dapat klu tu teruskan kalau taknak lepaskan .
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 11:53 PM | Show all posts
bahahahha sunyinye hidup...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2014 11:57 PM | Show all posts
Masa saya remaja dulu, saya pernah terbaca..

Kalau si lelaki tu tak terus ajak kahwin maknanya dia tak jatuh cinta dengan si perempuan.

Sebabnya kalau dia dah jatuh cinta, dia akan terus ajak kahwin walaupun baru kenal.

Jadi pada pendapat saya, TT ni belum tahap jatuh cinta di awek tu.



Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2014 12:27 AM | Show all posts
relaks la bro. jangan rasa desprado hanya kerana umur dah makin kertu dan bibit-bibit jeles pada kengkawan yang dah settle down tu. benda kawen bukan sweet escape, bukan gamble. Kalau rasa diri ko belum teringin nak kawen, tak perlu paksa diri. Jangan nanti akan timbul rasa kesal apatah lagi wanita itew tak menepati konsep hidup ko.

aku rasa ada betulnya komen forumer kat atas tadi. kalau wanita itew jodoh ko, semuanya akan jadi smooth. serasi dan serba elok jer.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2014 02:58 AM | Show all posts
love is unconditional.....cinta x bersyarat.....kalo ngko banyak bunyik camni sampai ke tua la ngko membujang.....sebab pada setiap org tu pasti ada kekurangan nya...aku dah kenal byk org hebat2 senior dlm bidang masing2....business specialist,lawyer,geologist....bila aku pikir setiap seorang ada kebaikan dan kekurangan masing2..... so part yang kureng tu ngko kena tadah gak if u love that somebody....
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2014 06:24 AM | Show all posts
Betullah, rasanya rasanya TT belum sepenuhnya jatuh cinta dan ada hati kat dia.

Macam nilah, bagi masa sikit untuk kenal hati budi masing2. Kalau ada keserasian, teruskan. Kalau xada keserasian, boleh tarik diri awal2.

Setuju komen di atas, kalau kita ikhlas dan betul2 nak jadikan seseorang tu sebagai pasangan hidup, mesti x akan rasa susah walau jarak jauh beza dan jurang pekerjaan. Maybe si dia belum jodoh anda kalau masih ada perasaan susah hati gini
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2014 06:42 AM | Show all posts
yep same macam pendapat orang lain..

kau sebenarnya bukan jatuh cinta pun, cuma kau sunyi dan nak ikut orang.. semua kawan2 dah kawen, ade ank, kau sorang2 je so kau nak teman..
tapi dengan awek tu kau tak jatuh cinte pun.. kau just sunyi je.. nak isi kekosongan je.
sebab kalau dah jatuh chenta, takda langsung la list2 ni.. buang dah semua..

aku ni macam kau je.. tapi aku pompuan la.. anak bongsu.. bleh hidup terperap dalam rumah..
buat keputusan sendiri.. bla3... memilih yg amat la.. brapa ramai yg masuk ditepis2..
tapi suami aku ni.. (baru je kawen awal bulan ni.. hehe) dah ler mude dari aku...
diploma je aku degree...
pastu garang, tegas... kulit tak putih (ex aku dulu sume putih2), bukan jenis yg bleh buat lawak..
kira byk ciri2 yang aku list slame di wujud pada ex2 aku, tapi tak wujud pada suami aku...

tapi mase aku decide nak terima dia, aku mmg tak pandang keburukan dia yg lain..
mcm tak nampak je semua tu.. malah sifat garang dia tu aku rasa mcm protective plak..
cepat kecik hati dia tu aku nampak dia as sorang yg sgt halus hatinya..
dan bla bla bla lagi kekurangan dia yg aku nampak as kelebihan sebenarnya...
100% in love... dgn ex2 aku dulu rilek je aku buat prangai.. dengan dia ni aku respect sgt3..
so kesimpulannya (hahah panjang berleter), kalau kita dah jumpa pasangan kita, dah tak kisah apa2pun halangan kampung jauh ka, spm ja ka...
yang penting kita nak grow old sama2 dengan dia..

ok. good luck mencari
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2014 07:38 AM | Show all posts
tengok gaya macam tak ada rasa sayang kat Z.
Kalau ada perasaan rindu & sayang/cinta baru la ajak dia kawin
Jangan seksa orang tu kalau tak sayang
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2014 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rs ko blm bebetul tgkap cintan kt dia. Sbb tu ko pk mcm2 masalah kalo ko kwen ngn dia.

Kalo pn org sekampung, blaja tggi, gaji bayak tp xsekepala ngn ko cene??
Sikap manusia ni mcm2 peel dik. Ko cr la org yg ko rasa blh idup ngn dia smpai ke tua n mati. Betul aku ckp ni. Masalh yg ko pk skg xkn jd mslah bl ko bahagia ngn dia.

Jodoh kite ni kan..kita akan rs selesa bl kte ngn dia. Kita rs senang hati. Laki aku pn xckup syarat cam aku nk. masing2    ada kekurangan. Tp kami saling melengkapi. Yg ptg restu ibu bapa kne ada

Lg 1..ko pk syarat ko kt org je.. ko ada pk x ape syarat org kt ko plak. Renung2kan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2014 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dlu masa nak kawin tak sempat nak fikir pasal ni wp aku dan suami ni kampung jauh. Mak aku nak orang senegeri..aku pulak dah tersuka kat hubby aku. So aku go on je... janji dah suka dah rasa nak hidup dgn dia.... hat blakang blakang tu BELAKANG kira janji aku dah tangkap cintan sama dia dan nak hidup dgn dia..... hehe

skang dah 6 tahun aku kawin, x de pun gaduh bab nak balik raya... toleransi ler.  Bab kerja pulak aku keja gomen kena hantar jauh dia keja swasta.  Sempat gak pjj setahun tp tak daya dia berhenti keja dan buat bisnes sendiri sbb nak duk dekat dgn aku. Alhamdulillah ok. Bisnes makin maju.

ko ni belum betul betul sebulat hati nak si Z tu...tu yg boleh pk macam macam..

so fikir fikirkan lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2014 06:28 PM | Show all posts
1 jea..

ko nak tak nak..

nak seribu daya, tak nak seribu dalih..

muhasabah diri adalah jalan terbaik dlm bt keputusan..

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2014 11:21 PM | Show all posts
Ang x sampai seru lagi la tu..jgn kawen sbb tgk org sekeliling kawen ..depa tu dah sampai seru n jodoh masing2..

aku mcm ang...asik duk umahh ja..balik kg pun mls..nasib kat kg tu ada kak ipaq n abg ipaq saja..kalau nak balik kg kdg2 laki aku balik sorang ja..sbb aku mls nak besesak2 kt jln raya , duit minyak n mentenen keta tu  
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2014 12:04 AM | Show all posts
Banyak pula yang kau fikir pasal Z. Takde ke orang yang sepejabat ke, sekampung dengan kau ke yang kau berkenan? Z ni pun kau baru je kenal.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2014 12:19 AM | Show all posts
Jauh la seronok...boleh tengok tempat orang dan baik untuk genetik keturunan kita...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.106692 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list