![](https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash2/t1/1005621_402869653164669_1257313546_n.jpg)
Sinopsis Timbalan Pendakwaraya Raeddigelar The Hangman dan Undertaker kerana tidak pernah tewas dalam perbicaraan. Adani, pelukis masyhur di seluruh dunia.Walau buta sejak lahir akibat kecacatan genetik, dia mampu melukishanya dengan menggunakan deria rasa.Takdir Ilahi mempertemukan mereka. Segalanya berubah apabila Raed mengendalikan kes Datuk Buyong, bekas menteri yang dituduh membunuh seorang pelacur kelas atasan.Buat kali pertama, Raed tewas dan kematian Datuk Buyong beberapa hari kemudian menjadikan Raed sebagai suspek utama. Dia dituduhdan dibicarakan. Di hari perbicaraan, Raed diculik.Polis sangka itu helah lalu dia diburu.Penculiknya memberi syarat paling sukar.Bunuh tiga orang dalam masa tiga hari, atau nyawa Adani jadi pengganti.Siapakah tiga mangsa Raed? Siapakah yang menculiknya?Benarkah dia yang membunuh Datuk Buyong?Bagaimana harus memburu, andai diri diburu? Bersama Raed, MENGEJAR AJAL.
![](https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/t1/1016190_402869456498022_2049503783_n.jpg)
Sinopsis Nahas kapal terbang ketika Marsyanda sedang belajar di New York meragut nyawa seluruh ahli keluarganya. Dia keseorangan pulang ke Malaysia selaku pewaris sah syarikat ayahnya, Biotechgen.Namun dia memilih menjadi selebriti, lalu terjun kedunia lakonan. Dalam kemasyhuran,seorang peguam muncul menyampaikan satu amanah. Kotak kayu berukir diterima dengan kemusykilan. Sejak itu dia diganggu memori silam tentang Adib, lelaki misteri yang muncul dari hutan di pinggir kediaman. Siapa Adib sebenarnya?Apa kandungan kotak yang diterima oleh Marsyanda? Kenapa mereka perlu bersatu tenaga menghadapi bencana angkara manusia serigala? Ini cinta dalam perang. Ini cinta tak terhalang.
![](https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash2/t1/998833_402869756497992_736272616_n.jpg)
Sinopsis Mikail Mohamed, film projectionist panggung wayang di Suria, KLCC, bangunan agam kebanggaan negara.Sepanjang 5 tahun bekerja di panggung, Mika punya partners in crime, Barak, Kechik, Afiqdan Zack. Mereka berlima tembolok punya filsuf cinta yang sama iaitu cinta mereka terhadap filem dan sinema.
![](http://3.bp.blogspot.com/-t6-pvxE80a0/UlOVO4hSnvI/AAAAAAAAIhc/NmbnyoP_AOA/s1600/1381238_216384695204001_1050011044_n.jpg) ![](http://4.bp.blogspot.com/-7rDw5edNOLs/Ued-AjftmbI/AAAAAAAAHeU/Ua3GzycVzKA/s400/64109_409838589134442_2081773516_n.png)
Last edited by chaoyunjie on 1-3-2014 09:55 AM
|