CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2600|Reply: 6

panduan soalan peperiksaan exam Penolong Akauntan Gred W27

[Copy link]
Post time 12-3-2014 10:26 AM | Show all posts |Read mode
Edited by xbest at 15-10-2015 03:13 PM

Panduan soalan peperiksaan exam Penolong Akauntan Gred W27



Peperiksaan  ini  bertujuan  mengukur  daya  pemikiran  serta  kebolehan  calon
mengaplikasi  maklumat  yang  diperolehi  melalui  latihan  akademik,  bacaan  dan
pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan.
Justeru  soalan-soalan  yang  dikemukakan  meliputi  pelbagai  bidang  dan  mempunyai
skop yang luas.

Matlamat  peperiksaan  ini  adalah  untuk  mengukur  kematangan  pemikiran  calon  agar
sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Penolong Akauntan Gred W27.
Peperiksaan ini melibatkan dua (2) kertas  berasingan. Calon-calon perlu menunjukkan
prestasi  yang  baik  bagi  ke  semua  kertas.  Jika  prestasi  yang  baik  dipamerkan  pada
satu (1) kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun,
jika calon mendapat markah yang  baik  bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan
dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokuskan kepada
kertas tertentu sahaja.

Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut.
Calon-calon  yang  memenuhi  syarat-syarat  lain  yang  ditetapkan  oleh  Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ‘Assesment Centre’ akan ditemuduga.


PANDUAN UMUM

1.  Pada hari peperiksaan calon perlu membawa:
i)  Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan.
ii)  Kad Pengenalan
iii)  Alat tulis; pensel 2B, pen, pembaris, pemadam  dan peralatan lain yang
difikirkan perlu.
2.  Calon perlu mematuhi arahan Ketua Pengawas.
3.  Calon  perlu  berada  di  tempat  duduk  lima  belas  (15)  minit  sebelum
peperiksaan dimulakan.
4.  Calon dilarang  berkomunikasi dengan calon-calon lain. Sila angkat tangan jika
ada masalah atau pertanyaan.
5.  Calon  hanya  boleh  meninggalkan  pusat  peperiksaan  tiga  puluh  (30)  minit
selepas peperiksaan dimulakan.
6.  Jawapan hendaklah dibuat dalam:
i)  Kertas OMR - bagi Seksyen A dan B
7.  Nombor Kad Pengenalan pada kertas jawapan hendaklah  sama  seperti dalam
Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan.
8.  Rujukan kepada mana-mana bahan adalah tidak dibenarkan.
9.  Calon mesti berpakaian kemas, sopan, dan tidak menjolok mata.
10.  Penggunaan mesin kira adalah tidak dibenarkan.


SUKATAN PEPERIKSAAN

1.  Ujian ini mengandungi dua seksyen iaitu:
i)  Seksyen A – Pengetahuan Am
ii)  Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah



SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM


Masa      :  40 Minit
Bilangan Soalan  :  50
Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang
berlaku di  dalam negara dan perkembangan semasa. Calon dikehendaki mengetahui
secara  umum  berkaitan  dengan  ekonomi,  kewangan,  perdagangan,  teknologi,
pentadbiran kerajaan dan sosial.

Contoh Soalan:

1.  Manakah antara berikut merupakan butiran aset dalam Kunci Kira-kira?
I  Tunai
II  Kenderaan
III  Penghutang
IV  Modal Kerja

A  I dan II
B  II dan IV
C  I, II dan III
D  II, III dan IV

Jawapan: C

2.  Manakah dokumen yang menjadi sumber Buku Tunai?
A  Invois
B  Nota Debit
C  Pesanan Belian
D  Baucar Bayaran

Jawapan: D



SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Masa      :  45 Minit
Bilangan Soalan  :  40
Seksyen  ini  mengukur  daya  menyelesaikan  masalah  calon  dengan  menggunakan
item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

i)  Kemahiran Menggunakan Logik
Dalam  seksyen  ini,  calon  dikehendaki  menggunakan  segala  pengetahuan,
kemahiran  berfikir  serta  kemahiran  mengaplikasi  maklumat  yang  diberikan
untuk memilih jawapan yang paling tepat dalam menyelesaikan  masalah yang
dikemukakan.

Contoh Soalan:
1.  Antara nombor-nombor berikut, yang manakah ganjil?
     16,54,25,4,49,81,64,36,9,1

A  64
B  54
C  49
D  4
Jawapan: B
Teknik Menjawab:
Kesemua nombor adalah hasil kuasa dua kecuali 54


ii)  Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon  akan  diberikan  beberapa  soalan  penyelesaian  masalah  yang
menggunakan pelbagai data dan  perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa
data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.
Contoh Soalan:

1.  Jadual berikut menunjukkan bilangan pengunjung ke sebuah taman tema
pada  cuti  Hari  Malaysia  tahun  lepas.  Sekiranya  seorang  pengunjung
dipilih secara rawak, cari kebarangkalian pengunjung yang dipilih adalah
seorang kanak-kanak.
Bilangan Pengunjung  Lelaki  Perempuan
Dewasa  52  68
Kanak-kanak  104  136
A  1/3
B  2/3
C  1/4
D  2/4
Jawapan: B
Teknik Menjawab:
Jumlah pengunjung    = 52 + 68 + 104 + 136
= 360 orang
Jumlah pengunjung kanak-kanak    = 104 + 136
= 240 orang
Kebarangkalian pengunjung kanak-kanak dipilih  = 240/360
= 2/3


2.  Data  di  bawah  menunjukkan  bilangan  pelanggan  yang  datang  ke  kedai
serbaneka dari lima buah taman berhampiran pada satu bulan.
Taman  Bilangan Pelanggan
Murni  4,500
Jaya  2,300
Indah  2,200
Mewah  4,000
Sepakat  3,500
Cari nilai kebarangkalian bagi  seseorang pelanggan dari Taman Mewah yang
datang ke kedai serbaneka tersebut.
A  18/33
B  8/35
C  8/33
D  3/8
Jawapan: C
Teknik Menjawab:
penerangan : 4000 / 4500 + 2300 + 2200 + 4000 + 3500 = 8/33



iii)  Konsep Matematik
Konsep  Matematik  yang  digunakan  termasuklah  algebra  dan  geometri.
Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik
di  peringkat  diploma,  ini  tidak  bermakna  memberi  kelebihan  bagi  mereka
menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan
yang  dikemukakan  adalah  lebih  kepada  asas-asas  matematik  sukatan
pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).
Contoh Soalan:
1.  8  pasukan  bola  sepak  mengambil  bahagian  dalam  sebuah
pertandingan.  Jika  perlawanan  diadakan  secara  liga  (setiap  pasukan
mesti  bertemu  antara  satu  sama  lain),  berapakah  jumlah  permainan
yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?
A  28
B  49
C  56
D  62
Jawapan: A
Teknik menjawab:
8 pasukan mengambil bahagian di mana setiap pasukan  mesti bertemu
antara  satu  dengan  lain.  Oleh  itu,  setiap  pasukan  perlu  bermain
sebanyak  7  kali.  Ini  bermakna  terdapat  56  permainan.  Tetapi  setiap
pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali, untuk mengelakkan
pengiraan dua kali maka jumlah permainan ialah
(8x7)/2 = 28



2.  Terdapat 40 orang penuntut dalam sebuah kelas. 90% daripada mereka
telah mengambil peperiksaan dan 3/4 daripadanya telah lulus. Berapakah
bilangan penuntut yang lulus?
A  36
B  33
C  30
D  27
Jawapan: D
Teknik Menjawab:
90% daripada 40 orang penuntut   = 36 orang
3/4 daripada 36 orang penuntut   = 27 orang


PANDUAN MENJAWAB SOALAN

Nasihat-nasihat berikut diharap dapat membantu calon-calon dalam peperiksaan ini.
Soalan Objektif
(Soalan-soalan di dalam Seksyen A dan B)
a.  Calon  perlu  peka  bahawa  kesemua  calon  yang  menduduki  peperiksaan  ini
adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan juga
meliputi  kesemua  bidang  akademik.  Oleh  yang  demikian,  terdapat  beberapa
soalan  yang  berkemungkinan  sukar  untuk  individu  tertentu  menjawab  kerana
berada di luar bidang pengkhususan. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak
boleh  dijawab,  calon  dinasihatkan  agar  tidak  membuang  masa  dan  terus
menjawab  soalan-soalan  berikutnya.  Apabila  masa  mengizinkan,  kembali
kepada soalan tersebut.
b.  Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan di mana empat (4) opsyen jawapan
dikemukakan  dan  calon  perlu  memilih  satu  (1).  Jawapan  yang  dikehendaki
bukan  sahaja  yang  betul  tetapi  yang  paling  tepat.  Apabila  membaca  dan
mengkaji kesemua opsyen yang dikemukakan kerana yang diperlukan adalah
jawapan  yang  paling  tepat.  Dengan  meninggalkan  jawapan -jawapan  yang
difikirkan  salah,  opsyen  jawapan  akan  berkurangan  dan  ini  dapat  membantu
dalam proses pemilihan jawapan yang tepat.


c.  Bagi  merekod  jawapan,  calon  dibekalkan  borang  khas  yang  akan  diproses
menggunakan  komputer.  Ditegaskan  agar  calon  menggunakan  pensil  2B
sahaja.  Jika  alat  tulis  lain  digunakan,  jawapan  calon  tidak  diambilkira  kerana
komputer  tidak  dapat  memprosesnya.  Jika  calon  perlu  membuat  perkiraan,
jawapan contoh dan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang
yang dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan.


PENUTUP

Calon  sekali  lagi  dinasihatkan  supaya  cuba  mendapatkan  markah  yang  terbaik.  Jika lulus, calon mungkin berpeluang untuk dipanggil temuduga. Hal ini bermakna peluang
untuk dipertimbangkan ke jawatan Penolong Akauntan Gred W27 adalah lebih baik.



Powered By:  

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2014 09:37 AM | Show all posts
Edited by xbest at 15-10-2015 03:09 PM



Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Maka, soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.

Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Penolong Akauntan Gred W27.

Peperiksaan ini melibatkan dua kertas berasingan. Setiap kertas adalah penting untuk prestasi mengukur calon. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang sangat baik dipamerkan pada satu kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang menggalakkan bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja.

Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) termasuk lulus ’Assessment Centre’ akan ditemu duga.

FORMAT SOALAN :

Ujian ini mengadungi dua seksyen iaitu:

(i) Seksyen A - Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
(ii) Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah


Dapatkan : PANDUAN & CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN BERTULIS PENOLONG AKAUNTAN W27


SEKSYEN A - PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING
Masa: 40 minit
Bilangan Soalan: 50

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum mengenai ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai diploma dalam pelbagai bidang akademik. Calon-calon sering mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan berkelebihan untuk menjawab soalan-soalan ini.

SEKSYEN B - DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Masa: 45 minit
Bilangan Soalan: 40

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan;

(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.

(iii) Konsep-konsep Matematik
Konsep Matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas Matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon. Calon-calon dalam jurusan Matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep Matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).

Dapatkan Contoh-Contoh Soalan dan Tips Menjawab Soalan PEPERIKSAAN BERTULIS PENOLONG AKAUNTAN W27 di :

==> Contoh soalan penolong akauntan w27


MAKLUMAT TENTANG JAWATAN PENOLONG AKAUNTAN W27

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2015 03:20 PM | Show all posts


Dapatkan Contoh-Contoh Soalan dan Tips Menjawab Soalan PEPERIKSAAN  PENOLONG AKAUNTAN W27 di :

==> Contoh soalan penolong akauntan w27


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2015 08:49 AM | Show all posts


==> Jika boleh dicadangkan rujukan yang boleh anda rujuk, suka untuk saya cadangkan Rujukan Peperiksaan Online Penolong Akauntan W27 yang diterbitkan oleh Infokerjaya Resources. Mereka adalah ‘Team Tipsptd’ yang telah membantu ribuan calon menduduki peperiksaan memasuki perkhidmatan Awam.

Kenapa Perlu Mendapatkan Rujukan Peperiksaan Online Penolong Akauntan W27

- Segala ilmu serta informasi yang terkandung di dalamnya merupakan ilmu serta informasi yang ‘real’, yang datang dari pengtahuan serta pengalaman. Inilah satu-satunya panduan yang boleh anda gunakan bagi mencapai impian menjawat jawatan kerajaan.

- Panduan yang lengkap dimana ia menyentuh semua bahagian yang perlu dijawab oleh calon-calon.

- Ianya bukan setakat lengkap malah dihuraikan secara terperinci

- Juga dibekalkan dengan contoh-contoh soalan dan jawapan!

- Soalan berkaitan GTP banyak ditanya dalam peperiksaan kerajaan 2015. Nota khas GTP merupakan satu komponen dalam pakej ini yang bakal membantu anda!

==> Oleh itu bagi mengubah masa depan anda dengan menjadi seorang Penolong Akauntan W27, BERTINDAK SEKARANG!

RUJUKAN PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG AKAUNTAN W27

==> KLIK SINI Penolong Akauntan W27


==> Insya'Allah anda dapat menghadapi Rujukan Peperiksaan Online Penolong Akauntan W27 dengan lebih mudah dan tenang seterusnya BERJAYA dan LULUS Peperiksaan Online Penolong Akauntan W27. Cara mudah untuk LULUS Rujukan Peperiksaan Online Penolong Akauntan W27 disediakan khas untuk anda. Pilih untuk LULUS!

Selamat Berjaya!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2015 02:50 PM | Show all posts
Edited by xbest at 16-10-2015 02:53 PM



Dipanggil Untuk Sesi Exam ONLINE Penolong Akauntan 21 OKTOBER ini?

Anda perlukan rujukan ini. Ianya telah membantu ribuan calon sejak tahun 2012 yang lalu. Ini adalah versi terkini 2015 khas untuk anda.

RUJUKAN PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG AKAUNTAN W27

==> KLIK SINI Penolong Akauntan W27
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2015 09:01 PM | Show all posts




RUJUKAN PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG AKAUNTAN W27

==> KLIK SINI Penolong Akauntan W27
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-10-2015 09:44 AM | Show all posts


Dipanggil Untuk Sesi Exam ONLINE Penolong Akauntan 21 OKTOBER ini?

Anda perlukan rujukan ini. Ianya telah membantu ribuan calon sejak tahun 2012 yang lalu. Ini adalah versi terkini 2015 khas untuk anda.

RUJUKAN PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG AKAUNTAN W27

==> KLIK SINI Penolong Akauntan W27
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.047771 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list