CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 20707|Reply: 58

Adat/Upacara/Amalan/Dharma Masyarakat Melayu yang Telah Pupus dan Hampir Pupus

[Copy link]
Post time 6-4-2014 09:30 AM | Show all posts |Read mode
Selamat Pagi,

Thread ni nak mintak tolong dengan saudara-saudara sekalian untuk membincangkan segala macam Adat, Upacara, Amalan masyarakat Melayu yang meliputi hal-hal Dharma (Melayu Hindu dan Buddha) yang telah ditinggalkan dan telah pupus serta hampir punah pada masa kini.

Dan tolong bincangkan kenapa amalan tersebut ditinggalkan.

Contoh: Upacara membuka bendang/sawah dan Upacara menuai (nama asal upacara tersebut tak tahu)---->kategori hampir punah dan pupus

Sekian,

Terima kasih.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2014 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Mandi safar !!! Hindu dulu mandi kat sungai Gangris ...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 01:04 PM | Show all posts
Bab bab adat ni tak reti.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 01:04 PM | Show all posts
Mendi 7 jenis bunge wangei! Buang cop suwey(bala) depa kata!

-pupus sbb; bunge pun dah pupus, celah mane nk kutip 7 jenis pun!
-pupus sbb; islam tak da suwey2 ni...qadak dan qadar je...
-pupus sbb; leceh nk kutip bebunge ni...kan dah ade sabun wangi bau bunga2...
suwey hilang bau badan pung hilang...bakteria pung hilang

(bunge taik ayam, bunga raye tak wangi tak layak)hhehehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 01:49 PM | Show all posts
elok juga adat besanding dhapuskan..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 09:20 PM | Show all posts
revolusi_30 posted on 6-4-2014 10:43 AM
Mandi safar !!! Hindu dulu mandi kat sungai Gangris ...

ni bukan untuk amalan org melayu je ke?

#ada ke org melayu amalkan mandi safar? mandi bunga je yg penah dengar

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2014 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
waketheladies posted on 6-4-2014 09:20 PM
ni bukan untuk amalan org melayu je ke?

#ada ke org melayu amalkan mandi safar? mandi bunga je  ...

Ada je ... Ummah nusantara terkenal dgn mandi safar ... Sampai ustaZ2 yg tolong mandikan ... Persis ummah hindu yg mandi di Gangris sana sis !!
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 10:25 PM | Show all posts
waketheladies posted on 6-4-2014 09:20 PM
ni bukan untuk amalan org melayu je ke?

#ada ke org melayu amalkan mandi safar? mandi bunga je  ...

Lirik Lagu Kereta Lembu – Helen Velu


Kereta lembu
Dari Melaka
Di tarik pula oleh
Lembu perkasa
Hah… kereta lembu
Rodanya dua
Jalannya tak laju
Sejam sebatu
( korus )
Mari oh mari
Kita naik beramai-ramai
Pergi bertemasya
Mandi safar di pantai
Hah… itulah dia
Pusaka datuk ku
Pasti kan ku jaga
Setiap waktu




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2014 10:24 PM | Show all posts
Adat menyampaikan keris panjang semasa pertabalan tu apa makna atau simboliknya?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 09:58 AM | Show all posts
Dewa19XKangen posted on 6-4-2014 01:49 PM
elok juga adat besanding dhapuskan..

Lambat citer. Kot makin kuat pengaruh Islamisasi, ingat le pupus adat sanding ni. Tak juga .... la ni sampai tahap ke hotel2 majlis sandingnya. Haaaa
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 03:45 PM | Show all posts
kenduri tolak bala pun dah tak buat...haram
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 09:09 PM | Show all posts
sekiranya ingin tahu adat2 Melayu zaman lampau datang ja ke Borneo... adat2 itu masih diamalkan tp tak lah secara besar2an. Ilmu Sajin dgn sembahan 7 helai sirih, kapur, pinang segala ada ja yg amalkan kat pahang tu....yang di lakukan upacaranya pd malam jumaat dan malam Isnin... try tanya nenek2 or atuk2 kat kg2...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 04:05 PM | Show all posts
Upacara lenggang perot utk wanita mengandong....aku besa tengok masa aku kecik2...bulan ke berapa pregnancy aku tak pasti....tapi masa tu mak su aku punya perot mmg besaq dah....dia barin ataih lantai.....mak bidan akan golek nyok muda dari ataih perot mak su aku tu....kalu nyok tergolek belah kanan...anak lelaki, kalu terolek belah kiri, anak pompuan....satu lagi upacara ni dibuat utk membooking mak bidan terlibat....macam tu lah...

Last2 mak su aku beranak, bidan kerajaan yang mai pasai beranak tengah malam....mak bidan kampong dok jauh...dalam 5 batu lagu tu.....tak dan pak su aku nak kayuh basikal nak pi jempot mak bidan tu...last2 naik basikal, pi jemput mak bidan kerajaan yang tak sampai 10 minit dari rumah dia....TAPI...ramalan jantina mak bidan kampong tepat sekali...mmg mak su aku beranak anak laki2 seperti ramalan mak bidan tua itu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 11:29 PM | Show all posts
revolusi_30 posted on 6-4-2014 10:43 AM
Mandi safar !!! Hindu dulu mandi kat sungai Gangris ...

satu lagi adat yg aku jangka akan hilang dari persada budaya melayu dlm masa 20 tahun akan datang ialah upacara membotolkan air yassin.

dulu ramai gak ustaz2 & imam2 jadi tukang baca doa utk mandi safar.  imam masa tu yg ilmu x begitu tinggi, terikat dgn adat. bersungguh2 pertahankan adat.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 11:32 PM | Show all posts
revolusi_30 posted on 6-4-2014 09:31 PM
Ada je ... Ummah nusantara terkenal dgn mandi safar ... Sampai ustaZ2 yg tolong mandikan ... Persi ...

dulu ramai juga yg mengagung2kan Ayatollah Komeini hatta menggantungkan gambar ketua syiah ni di rumah2 mrk. Ustaz2 pun buat lagu tu. skrg bila mrk dah tahu penganut khomeni ni tolak hadis lagi teruk dari kassim ahmad maka perlahan2 mrk tinggalkan 'pemujaan' terhadap Khomeini & agama imam 12 dari Iran.

baguslah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2014 12:52 PM | Show all posts
waketheladies posted on 6-4-2014 09:20 PM
ni bukan untuk amalan org melayu je ke?

#ada ke org melayu amalkan mandi safar? mandi bunga je  ...

Melayu Sumatera masih amalkan Mandi Safar...Bugis Selangor panggil Mandi Buyong/Tolak Bala


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2014 12:57 PM | Show all posts
popjack posted on 6-4-2014 01:04 PM
Mendi 7 jenis bunge wangei! Buang cop suwey(bala) depa kata!

-pupus sbb; bunge pun dah pupus, ce ...

Mandi bunga ni dgn 7 jenis warna...salah satu warna yang x da pada bunga boleh digantikan dengan warna lain...contoh hitam digantikan dengan ungu..

Melayu Buddha selatan thai tu tahu la adat Melayu ni....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2014 01:04 PM | Show all posts
MANDI Bunga merupakan ritual orang Melayu tradisional suatu ketika dulu, namun ia masih diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum sehingga hari ini.
Pada masa dulu, upacara mandi bunga dipercayai berasal dari istana yang diamalkan semasa istiadat pertabalan Sultan.
Raja atau sultan dan permaisurinya biasanya diberi mandi bunga semasa melawat kampung.

Menurut kepercayaan lama juga, seseorang yang mandi bunga dipercayai dapat mencari pasangan hidupnya. Mengikut adat resam Melayu, pasangan akan mandi bunga tujuh hari sebelum upacara pernikahan.
Ia juga dikaitkan dengan penyucian diri dan pembersihan badan seseorang daripada segala perkara yang tidak elok atau jika ditimpa sebarang musibah.
Selain itu, mandi bunga turut dijalankan ke atas bayi yang baru dilahirkan. Yang pastinya badan bukan sahaja harum selepas menjalani mandi bunga, malah ia dipercayai bagus untuk kesihatan dalaman selain membersihkan tubuh badan kita.

Bagaimanapun, mandi bunga hari ini merupakan amalan biasa di spa-spa atau pun pusat rawatan kesihatan yang menyediakan pakej mandi bunga untuk para tetamunya.
Di pusat peranginan Tanjong Jara Resort, Terengganu misalnya, para tetamu berpeluang untuk menjalani proses atau adat mandi bunga dengan cara yang unik dan tersendiri.
Pasangan kekasih atau suami isteri diarak dari lobi ke Spa Village di hotel berkenaan untuk tujuan tersebut.
Ahli alamiah (naturalist), Tanjong Jara Resort, Kapten (B) Mokhtar Mohamad yang mengetuai perarakan mandi bunga itu berkata, ia bagi mendedahkan adat unik tersebut kepada para tetamu lain.
Katanya, ia melibatkan tujuh lelaki berpakaian pendekar membawa balang air atau buyong masing-masing untuk mengutip atau mengumpulkan air dari tujuh balang yang diletakkan di tempat berasingan.
Air dalam tujuh balang itu melambangkan tujuh sumber air berlainan iaitu, air hujan, perigi, sungai, mata air, air terjun, tasik dan anak sungai,” jelasnya kepada Mingguan mStar.
Mengulas lanjut, Mokhtar memberitahu, setiap sumber air mencerminkan rahmat atau restu tersendiri.

Air hujan melambangkan kesucian, air perigi (keikhlasan dan kesihatan), air sungai (keikhlasan), mata air (kecantikan), air terjun (kegembiraan), air tasik (kemakmuran) dan air air anak sungai (usia yang panjang).
Sebelum perarakan bermula, pasangan mandi bunga ditatariaskan terlebih dahulu. Lelaki dipakaikan tengkolok sementara wanita pula dikenakan selendang dan disisipkan bunga raya pada telinganya.
Perarakan diketuai sebanyak lima orang pemain gamelan mengalunkan irama mengasyikkan. Biasanya, 20 hingga 30 orang terlibat. Adalah dipercayai lebih ramai pemain dapat menghasilkan bunyi yang lebih baik.
Mereka diikuti wanita membawa sirih junjung dan disusuli pasangan yang diraikan dalam perarakan mandi bunga.

Sebanyak tujuh wanita pula membawa tujuh jenis bunga yang wangi dan berwarna-warni antara lain bunga mawar, melur, cempaka dan lain-lain. Tujuh lelaki membawa tujuh balang untuk diisikan dengan air.
Kemudian, setibanya di Spa Village, tujuh lelaki yang membawa pasu air tersebut akan menuangkan air ke tiga balang berusia 173 tahun, diperolehi dari bangkai kapal Desaru.
Air dalam tiga balang tersebutlah yang akan digunakan untuk memandikan pasangan tersebut.
Menurut Mokhtar lagi, hanya tujuh cedokan air digunakan untuk memandikan mereka.
“Setiap kali air dicedok untuk membasahkan mereka dari kepala hingga ke jari kaki, pekerja akan melafazkan ‘untuk kesucian, untuk keikhlasan, untuk kesihatan, untuk keikhlasan, untuk kecantikan, untuk kegembiraan dan untuk kemakmuran.
“Bagi cedokan ketujuh, pekerja tidak akan berkata apa-apa. Sebaliknya, pasangan itu diminta memasang hajat atau impian sebelum mereka dibasahkan dengan cedokan air buat kali ketujuh,” katanya.




http://www.mstar.com.my/artikel/ ... guan/20110423201735

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 08:17 PM | Show all posts
subee posted on 12-4-2014 04:05 PM
Upacara lenggang perot utk wanita mengandong....aku besa tengok masa aku kecik2...bulan ke berapa pr ...

lenggang peot dah tukar jadik BABY SHOWER
dah start diguna pakai secara gigih orang2 tanah melayu skrg

Baby shower ganti lenggang perutOleh SHOLINA OSMAN
Gambar HALIM KHALID dan sumbangan ANNA JOE

INTAN Suhana juhari bersama anaknya, muhammad luqman wazif yang melakukan majlis baby shower.


BABY SHOWER. Kalau diterjemah secara tepat ke bahasa Melayu 'mandi bayi' memang kedengaran agak janggal memandangkan ia berasal dari budaya orang Barat.

Secara jelasnya, baby shower atau membawa maksud 'sirami bakal ibu dengan hadiah' adalah majlis untuk meraikan bakal ibu yang mengandung sulung ketika usia kandungan mencecah tujuh hingga lapan bulan

Di Malaysia, majlis baby shower masih baru sekalipun ada segelintir masyarakat Melayu yang telah menganjurkannya.

Dalam dunia artis pula, Erra Fazira dikatakan antara yang paling awal terlibat dalam majlis baby shower iaitu pada 9 Februari 2009.

Dituruti pula dengan Dynas Mokhtar pada 17 Mac 2010 dan terbaru Sazzy Falak pada 18 Mac lalu di mana banyak gambar sekitar majlis baby shower telah dipaparkan di dalam blog-blog tempatan.

Sekali gus ini menunjukkan petanda majlis baby shower mula mengambil alih peranan adat melenggang perut atau mandi tian dalam adat Melayu.

Melenggang perut atau mandi tian yang mempunyai pengaruh adat Hindu ini kini dipinggirkan memandangkan ia dikatakan ada unsur kurafat yang bertentangan dengan Islam.

Baby shower dilihat lebih baik berbanding adat melenggang perut kerana majlis ini boleh diubah suai mengikut budaya negara masing-masing.

Pengertian memberi hadiah kepada ibu juga bukan menjadi matlamat penganjuran upacara ini sebaliknya ia merupakan sebuah majlis kenduri bagi meraikan ibu mengandung anak sulung dengan rakan-rakan.

Disebabkan majlis baby shower masih kurang dianjurkan di negara ini maka tidak ramai yang boleh diajak berkongsi pengalaman bagi menganjurkan majlis ini.

Tetapi tidak sukar untuk mendapatkan maklumat baby shower kerana ia boleh didapati dengan banyak di Internet iaitu penyediaan dari peringkat awal sehingga akhir.


Intan Suhana Juhari atau lebih dikenali sebagai Su Anna Joe juga mendapat tahu upacara baby shower hasil dari melayari Internet.

Segala maklumat mengenai upacara baby shower memang menarik sehingga membuatkan Anna, 29, sangat teruja untuk melakukan baby shower.

Lagi pun Anna memang mengimpikan untuk melakukan satu majlis yang boleh dijadikan sebagai kenangan manis ketika mengandungkan anak sulungnya.

''Budaya ini memang dari Barat dan maklumat yang banyak mengenai baby shower ini telah membuatkan saya tak sabar-sabar untuk merealisasikannya,'' katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Bagi Anna apa salahnya dia menganjurkan majlis ini walaupun namanya 'berbau kebaratan' tetapi berlangsung dalam suasana seperti kenduri biasa yang tidak melanggar ajaran Islam.

Lagipun katanya, para jemputan hanya terdiri daripada kaum wanita yang dibuat dalam satu majlis tertutup.

Anna bernasib baik kerana niatnya untuk melakukan baby shower ini mendapat sokongan daripada suaminya seorang peguam, Mohd. Hafiz Zainol Abidin.

''Memang banyak persiapan yang perlu dilakukan supaya majlis yang bakal diadakan itu benar-benar menepati ciri-ciri majlis baby shower walaupun ia tidak mencapai tahap seratus-peratus,'' katanya.

Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh Anna adalah memilih tarikh dan tempat mengadakan baby shower sebelum merancang persiapan selanjutnya.

''Saya tetapkan majlis baby shower diadakan pada 16 Januari 2010,'' katanya.

Kata Anna, tarikh ini sesuai di mana cuma ada masa tiga minggu lagi sebelum dia dijangka melahirkan bayi pada 8 Februari 2010.

Semenjak itu Anna mula merancang senarai jemputan kira-kira 50 orang selain memilih menyediakan makanan, hadiah dan permainan.

Selain itu kata Anna bagi menepati konsep majlis baby shower maka hiasan dalaman rumah juga perlu diubah.

Oleh kerana Anna telah dimaklumkan akan melahirkan anak lelaki, maka barang-barang untuk hiasan utama seperti belon, bendera dan pakaian bayi yang digantung pada majlis baby shower itu hanya dalam warna biru, kuning dan putih.

Beliau juga tidak dapat melupakan perisitiwa tidak tidur hingga pukul lima pagi hanya kerana hendak menyiapkan sebuah kek dari pakaian bayi, tuala dan juga selimut yang juga termasuk dalam persiapan untuk majlis itu.

''Saya tidak menyangka ramai rakan-rakan yang dijemput hadir ke majlis ini dan paling menyeronokkan antara tetamu itu ada yang sedang mengandung dan turut membawa anak masing-masing,'' katanya.

Anna juga menempah sebiji kek tiramisu warna putih di mana bahagian atas dihiasi dengan patung kecil wanita mengandung dan bendera kertas yang dihasilkan beliau sendiri yang ditertulis perkataan can't wait to see you, a bun in over dan oh boy.

Jelas Anna, majlis itu juga dimeriahkan dengan acara memotong kek bersama suaminya.

Paling riuh kata Anna ketika diadakan acara mengukur perut yang merupakan antara bentuk permainan yang diadakan serta menjadi kemestian ketika menganjurkan baby shower.

Anna menambah walaupun dalam tradisi majlis baby shower tetamu akan menghadiahkan pakaian dan barangan untuk bakal bayi tetapi itu semua bukan matlamat utama.

''Apa yang penting majlis ini membolehkan saya bertemu semula dengan rakan lama malah bertukar-tukar pengalaman dengan mereka yang telahpun melahirkan anak,'' kata Anna.

Selain itu tambah Anna, beberapa hari sebelum baby shower itu pihak keluarganya telahpun mengadakan majlis solat hajat dan bacaan doa untuk keselamatan beliau dan kandungannya.

Anna telah selamat melahirkan Muhammad Luqman Wazif pada 5 Februari 2010 dan kini bayi lelaki yang comel itu telah berusia setahun dua bulan.


Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 08:56 PM | Show all posts







Baby Shower versi dulu-dulu

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.065470 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list