|
assalammualaikum, selamat datang ke thread ni, taktau la semenjak dua menjakk ni. aku asyik teringat dekat bekas pakwe aku yang sekrang ni dah pon bergelar SUAMI orang.. aku bukak thread ni pon sebab aku nk share ngn korang semua pengalaman pengalaman kami semasa kami bersama. okay aku mulakn dengan sesi perkenalan kami. kami kenal pon secara kebetulan, takdelah yang special pon ,okay kisahh bermulaa..
suatu petang tu.. aku teman la sepupu akuu pegi umah akak angkat diaa.. bukan hari tu jer, hari2 lain pon akuu teman jugakk, sbb sepupu aku ni selalu jugak laa pergi umah akak angkat dia nih, then, tgh rancak-rancak kami berborak, ade la sorang budak kecik ni, bagitau, akak yng baju hitam tu. ada abg baju putih nak nombor telefon. aku pon perhati laa, siapa la yang pakai baju hitam, rupanyaa aku sorang je la yang pakai bju hitam time tu.. aku pon tanyaa adik tu, abg yang mana dik, dia pon tunjuk laa dekat sorang mamat ni yang pakai baju putih, mamat tu tgh dok borak2 dengan memember diaa smbil dok usya2 kitorang, aku pon ckp la kat adik tuu, "dik bgtau abang tu.. kalau nak nombor telefon datang mintak sendiri, " . aku berkata mcm tu sebab mamat tu ada la ciri-ciri laki yang aku nakk, haha,, mamat tu chubby and smart. . aku ni jenis takleh tgk mamat yang chubby then dorang suka dressup, nampak kiut jerr,, hahahha
then lepas tu aku tertunggu2 jugakk la mamat tu datang mintak nombor telefon,,tapii tak datang2, sampai la mamat tu ngn kawan dia lalu dua tiga kali depan aku ngn sepupu aku menaiki moto. tapi yangg frussstnyaa.. dia tak berhenti pon moto and terus blah macam tu jee,. keciwa gak masa tu, tapii aku coverr,. aku pon menanggap yang mesti mamat tu nak main2 je tu... thennnnnn. tetibaa.
adik tadi tu datang balikk. dia bagi akuu sekeping kertas bernotaa,, hahhaha rupanya mamat tu yang kasii,, dalam nota tu tertulis..
awak,,
saya nak sangat kenal dengan awak,, awak comel dimata saya, ni nombor saya, **********, juz kol me johan, saya tunggu mesej dari awak.. (sampai sekarang aku simpan nota tu.)
ohhhh saat tu hatiku berbunga bungaaa.. gatall,, hahhaha. aku sebenarnya malu depan sepupu aku n akak angkat diaa.. aku pon cover2 cakap. eleh, tak gentleman lansung. macam ni ke cara nak ngorat? hahahaha .
then masa balik umah tu aku ingat nak mesej dia, tetiba,, terasa macam nak uji dia, betul ka si diaa ni betul2 nak kenal ngn aku,, terus aku tak jadi mesej diaa, almost 1 month jugakk laa aku tahan supaya tak mesej diaa, sengaja aku buat macam tu, nak tgk dia ingat lagi tak yang dia penah ngorat akuu.. hahaha. and guess what. satu hari tu..aku miskol dia.. tak mesej. teros dia kol aku. aku pon tak angkat..gabra punya pasal,,
then dia mesej aku, "kenapa awak tak angkat? or malu nak cakap ngn saya, hampir sebulan tau saya tunggu mesej dari awek baju hitam" hahaha, tergelak aku,, macam mane laa dia bole teka orang yang betul, thenn aku pon macam nak cover la, aku reply mesej dia. " eh alamak, saya salah nombor ni.. sy nak mesek kawan sy, sorry ea.." pastu dengan selamba, dia cakap awak jangan nak tipuu sy eaa, sy tahu ni mesti awk. so akuu pon macam malu, teruss tak reply mesej dia, pastu, dia ponn diam teruss mcm tu je, thenn esok tuu aku teman lagi sepupu aku pegi umahh akak angkat diaa. andd mamat tu pon ade,, aku pon gelabah bewaakk laa. tapi still lagi cover. . tgh dok sembang2, tetiba mamat tu datang depan kitorang anddddd dia kol nombor akuuuuu!! hahahahaha tak tentu arah aku,, kantoi laa segalanya kat situ, lepas dia kol tu terus dia blah, tanpa sepatah kata pon.. aku pon ingat dia marah laa, masatu satu je je yang ada dalam fikiran aku, "kalau betul dia nak kenal ngn akuu dia takkan marah aku " aku pon buat taktauu dekat mamat tu, and mamat tu ponn tak mesej or kol aku,,
malam tu, lepas magrib ade mesej dari diaa,, " assalammualaikum, hai nama saya johan bin othman, umur saya 24 tahun, saya ikhlas nak kenal dengan awak..awak sudi? akuu pon tersengih2 macam kerang busuk and reply satu perkataan je, "SUDI", start pade tu laa kitorang kenal2,, hehehehehe,, tak best mane pon cara kitorng kenal, tapi bila mengenangkan dia bersungguh2 nak kenal aku rasaa benda nii boleh dikatakan kenangan manis jugak laa,,
nanti aku cita pulakk apa yang jadi lepass kitorang kenal.. tungguu...
|
|