Ramai yang mencari peluang untuk buat duit online tanpa modal dan ramai juga yang tidak mengetahui pelbagai peluang untuk mendapatkan duit secara online. Dan jika anda bersungguh-sungguh mengusahakannya, tidak mustahil anda boleh mendapat pendapatan yang lumayan hasil dari usaha anda. Jadi, entry ini mengkhususkan mengenai topik cara buat duit online dengan menjadi seorang Freelancer.
Freelancer atau lebih dikenali sebagai “pekerja bebas” merupakan seseorang yang bekerja sendiri dan melakukan sesuatu tugasan dalam tempoh masa tertentu.
Anda boleh menawarkan khidmat untuk melakukan tugasan dalam tempoh masa tertentu. Anda boleh menawarkan khidmat tertentu seperti programmer, web developer, designer, pelukis, penulis, data entry dan pelbagai lagi.
Banyak site yang anda boleh join untuk melakukan kerja-kerja freelance sebegini dan prestasi anda adalah penting untuk memastikan khidmat anda boleh dipercayai. So jika prestasi anda baik, maka klien akan lebih yakin untuk menggunakan khidmat anda. Setakat nie, saya pernah buat kerja freelance untuk buat powerpoint slide untuk presentation. Kena buat 7 slide. So dapat la $25. Selain tue, saya juga buat satu tugas yang agak mencabar, iaitu untuk edit architectual plan. Yang nie lumayan sikit. Saya jadi seorang freelancer nie pun sebab time tue dah free sangat. Jadual kuliah pun tak padat. Tapi sekarang dah tak larat nak buat.
Antara site yang anda boleh join untuk jadi seorang freelancer adalah ODesk, Elance, Freelancer, ScriptLance, Fiverr dan Guru. Kalau nak yang lain, anda boleh google sendiri.
So far ada satu website Malaysia yang anda boleh join untuk jadi freelance worker, iaitu Jobdirumah.com
|