CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15384|Reply: 1

Festival Love4U - PROGRAM “CANCER AWARENESS”

[Copy link]
Post time 12-5-2014 05:26 PM | Show all posts |Read mode


12 MAY 2014 – Satu Festival Love4U telah diadakan bertempat di Kompleks Sukan Dan Belia Wilayah pada 10 dan 11 May 2014 yang lalu. Tujuan festival ini adalah untuk mengumpul dana dan diserahkan kepada Majlis Kanser Nasional (MAKNA) untuk diagihkan kepada pesakit-pesakit kanser yang memerlukan diseluruh Malaysia.

Festival ini juga untuk memupuk minat golongan muda agar terdorong melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan. Disamping itu juga tujuan festival ini untuk menyampaikan mesej kemasyarakatan dan kesedaran tentang kanser serta menghiburkan pesakit-pesakit kanser agar mereka tahu masyarakat diluar sentiasa prihatin terhadap mereka.

Festival ini dianjurkan oleh Cari Malay Forum (CMFC) dan juga Dreamers Club. Cari Malay Forum (CMFC) adalah sebuah kelab yang ditubuhkan dari komuniti forum Cari. Manakala Dreamers Club pula adalah kelab peminat Encik Mimpi iaitu salah seorang penyanyi tempatan. Aktiviti bermula jam 11 pagi dengan acara gotong royong memasak bubur lambuk. Seramai 30 sukarelawan bergotong royong memasak bubur lambuk untuk diagihkan secara percuma kepada orang ramai yang hadir ke festival tersebut.

Pada jam 2 petang, ketibaan 40 orang pesakit kanser dari Perlis dibawah Persatuan Kumpulan Sokongan Kanser Negeri Perlis (PERKEN) . Para pesakit disambut oleh krew-krew sukarelawan dan mula mengambil tempat duduk. Acara dimulakan dengan ucapan dari pengurusi majlis seterusnya  ucapan diserahkan kepada Pengursi Cari Malay Forum (CMFC) iaitu En.Hafizuddin Bin Zakaria.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian dari Pegawai Khas kepada YB Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia iaitu En. Mohd Zairi Bin Said. Sejurus selepas ucapan perasmian, para tetamu mula menjamu selera.

Upacara diteruskan lagi dengan persembahan penyanyi-penyanyi tempatan bagi menghangatkan lagi suasana dan menghiburkan para tetamu yang hadir. Antara artis-artis tempatan yang turut menjayakan Festival Love4U ini adalah En.Mimpi, Azhar Mustapa dan kumpulan Sunday Saver. Pesakit-pesakit kanser dan tetamu yang hadir kelihatan terhibur dengan persembahan artis-artis yang terlibat.

Upacara berakhir jam 5 petang dengan sesi bergambar bersama artis.



Ucapan dari Pengerusi Cari Malay Forum (CMFC) En.Hafizuddin Bin Zakaria


Pegawai khas kepada YB Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia iaitu En. Mohd Zairi Bin Said sedang merasmikan tabung kutipan dana.






Penyanyi Azhar Mustapa menyampaikan beberapa buah lagu


Nyanyian dari Kumpulan Sunday Saver























Last edited by CariReporter on 12-5-2014 05:32 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2014 04:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.493995 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list