CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9882|Reply: 13

Bagaimana Kentut Faraj / Kentut Vagina boleh Berlaku

[Copy link]
Post time 20-5-2014 09:46 AM | Show all posts |Read mode

Kentut Faraj / Kentut Vagina

Keadaan bibir pada kemaluan wanita lazimnya bertemu antara satu sama lain dan keadaan ini menghalang udara daripada masuk ke dalam faraj. Tetapi ketika seks, pergerakan zakar boleh menyebabkan udara terkumpul di dalam saluran faraj. Udara ini perlu dikeluarkan kerana secara lazimnya tiada udara berada di dalam saluran faraj. Kedua-dua dinding faraj bertemu dan menutup jalan, menghalang kemasukan barang asing, udara dan air ke dalam faraj, seterusnya ke dalam rahim dan ke dalam peritoneal cavity (perut). Oleh itu, “kentut faraj / kentut vagina” ini berlaku apabila kumpulan udara ini dikeluarkan daripada faraj yang boleh berlaku ketika ataupun setelah melakukan seks. Perkara ini lazim berlaku dan tidak sepatutnya merisaukan wanita, walaupun ramai wanita merasa malu dan rendah diri. Diharapkan setelah mengetahui sebab dan keadaan berlakunya kentut faraj / kentut vagina ini, pasangan tidak lagi mempunyai sangkaan buruk dan wanita tidak lagi berasa malu dan rendah diri In Shaa Allah.

Angin dalam faraj adalah udara sekeliling yang masuk ke dalam faraj. Keadaan ini lazim berlaku apabila seseorang wanita sudah menopaus selain ketika atau selepas melakukan seks. Setelah melahirkan anak, faraj akan mengembang dan akan menjadi lebih teruk apabila menopaus, kekenduran tisu pada faraj dan bibir di permukaan faraj berlaku kerana hormone kewanitan (estrogen dan progesterone) sudah tidak lagi dikeluarkan oleh kedua kilang ovari. Ini akan menyebabkan bibir di permukaanfaraj renggang dan udara dapa memasuki ke dalam faraj terutamanya dalam posisi menonggeng / sujud. Keadaan ini boleh diatasi dengan melakukan senaman bagi menguatkan otot-otot yang terdapat pada pelvis (senaman kemutan) – “Kegels exercises”.

Oleh kerana angin itu adalah udara di sekeliling, jadi tidak berbau, walaupun kadang-kadang berbunyi macam “kentut”. Manakala kentut pula, adalah gas yang terhasil daripada proses pencernaan makanan di dalam usus manusia. Lazimnya kentutu berbau busuk disebabkan oleh gas seperti sulphur. Untuk mengurangkan masalah kentut yang terlalu kerap, elakkan makanan yang mengandungi protein yang tinggi seperti kekacang, makanan hasil daripada tenusu, daging serta minuman bergas (carbonated drinks). Jika angin yang keluar daripada faraj itu berbau busuk, masalah ini perlu dirujuk kepada doktor kerana ini menunjukkan terdapat saluran (fistula) yang menyambung antara usus dan faraj. Terdapat juga kemungkinan jangkitan kuman pada faraj yang memerlukan rawatan antibiotik.

Apakah angin yang keluar daripada faraj membatalkan wuduk?

Di dalam sepotong Hadis, Nabi S.A.W. bersabda maksudnya: “Apabila seseorang kamu mendapati sesuatu di dalam perutnya, maka dia berasa ragu adakah telah keluar sesuatu daripadanya atau tidak? Janganlah dia keluar (iaitu keluar untuk mengambil wuduk) sehingga dia mendengar suara atau terhidu bau.” Riwayat Muslim. Berdasarkan Hadis ini, fuqahak Mazhab Syafi’ei dan Hanbali berpendapat angin yang keluar daripada salah satu daripada dua jalan, iaitu qubul dan dubur membatalkan wuduk. Manakala fuqahak Mazhab Hanafi dan Maliki berpendapat tidak batal kerana keluar angin gadipada qubul bukanlah daripada perkara yang biasa dan tidak ada dalil yang jelas menunjukkan membatalkan wuduk. Oleh kerana tiada dalil yang jelas maka mereka berpegang kepada kaedah fiqhiyyah “asal sesuatu perkara itu kekal kecuali ada yang merubahnya”. Kalau kita teliti huraian yang diberikan di atas mengenai angin daripada faraj dan angin daripada dubur, jelas kedua-duanya ada perbezaan. Angin daripada faraj adalah udara yang berligar di sekitarnya, sedangkan angin daripada dubur adalah yang keluar daripada dalam usus. Dan Hadis di atas adalah merujuk kepada angin yang keluar daripada dalam usus dan Nabi S.A.W. menyebut “Apabila seseorang kamu mendapati sesuatu di dalam perutnya,…”

Justeru itu, penulis secara peribadi lebih cenderung kepada pendapat fuqahak Mazhab Hanafi dan Maliki.

WallahuA’lam.

Sumber : http://jomvitamin.com/v1/kentut-faraj-kentut-vagina/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2014 10:02 AM | Show all posts
jadi makanya.. kentut faraj juga batal air semayang btul tak
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2014 11:00 AM | Show all posts
hak posted on 20-5-2014 10:02 AM
jadi makanya.. kentut faraj juga batal air semayang btul tak

rasanya x batal....
tapi x sure la pulak
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2014 12:01 PM | Show all posts
kalau tak kawen lg dara lg cane...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2014 02:51 PM | Show all posts
” Riwayat Muslim. Berdasarkan Hadis ini, fuqahak Mazhab Syafi’ei dan Hanbali berpendapat angin yang keluar daripada salah satu daripada dua jalan, iaitu qubul dan dubur membatalkan wuduk. Manakala fuqahak Mazhab Hanafi dan Maliki berpendapat tidak batal kerana keluar angin gadipada qubul bukanlah daripada perkara yang biasa dan tidak ada dalil yang jelas menunjukkan membatalkan wuduk. Oleh kerana tiada dalil yang jelas maka mereka berpegang kepada kaedah fiqhiyyah “asal sesuatu perkara itu kekal kecuali ada yang merubahnya”

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 10:36 AM | Show all posts
hak posted on 20-5-2014 10:02 AM
jadi makanya.. kentut faraj juga batal air semayang btul tak

Jika diikutkan dari yang dijelaskan di atas, yang mana diambil dari mazhad hanafi dan maliki, tidak batal air sembahyang. Udara itu datangnya dari sekeliling, bukan dari dalam badan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-5-2014 11:45 AM | Show all posts
Pertama; menurut jumhur ulamak (iaitu mazhab Syafi'ie, Abu Hanifah dan Ahmad); batal wudhuk.
Kedua; menurut mazhab Maliki; tidak batal wudhuk.

Dinisbah kepada kemaluan hadapan, keluar angin darinya merupakan suatu yang luar biasa (jarang berlaku). Maka mengikut pandangan jumhur, ia tetap membatalkan wudhuk. Bagi Imam Malik pula; tidaklah membatalkan wudhuk kerana bagi beliau; perkara-perkara yang jarang keluar melalui kemaluan tidak membatalkan wudhuk.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2014 09:46 PM | Show all posts
tq for your info..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2014 10:47 AM | Show all posts
tq for the info~~
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2014 11:22 PM | Show all posts
mmmmmmmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2024 08:27 AM | Show all posts
OK...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2024 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
tq for the info
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2024 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih atas infonya
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2024 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.236915 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list