|
Pemain pertahanan Barcelona, Dani Alves yakin Brazil akan bangkit daripada kesilapan ekoran perancangan tidak teratur menjelang sepak mula Piala Dunia.
Bercakap pada majlis di Sao Paulo, Alves berkata negara Amerika Selatan itu boleh belajar daripada isu-isu penting apabila bersedia untuk kejohanan itu.
Dalam temubualnya di UOL.com melaporkan, "Kami akan (suka) segala-galanya disiapkan lebih awal, tetapi kami tidak boleh terlalu memikirkannya. Jika tidak kami mungkin tidak dapat menjayakan acara besar seperti Piala Dunia.
"Apa yang telah berlaku biarkan berlalu. Apa yang berlaku dijadikan pelajaran. Penambahbaikan akan berlaku ke atas negara jika anda melakukan kesilapan."
|
|