CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 980|Reply: 1

[Dunia] Boko Haram culik 20 ibu muda

[Copy link]
Post time 11-6-2014 11:38 AM | Show all posts |Read mode

TIGA pelajar perempuan yang melarikan diri selepas diculik kumpulan Boko Haram di Kampung Chibok bercakap kepada media dalam keadaan berselubung di Lagos pada 5 Jun lalu. - REUTERS



MAIDUGURI, Nigeria - Sekumpulan anggota kumpulan militan Boko Haram yang lengkap bersenjata bertindak menculik sekurang-kurangnya 20 ibu muda dekat sebuah bandar di timur laut Nigeria, menurut beberapa sumber semalam.

Kumpulan militan tersebut pernah menculik lebih 200 pelajar perempuan di sekitar bandar berkenaan, Chibok hampir dua bulan lalu

Setakat ini, terdapat laporan bercanggah berhubung jumlah wanita yang diculik dengan seorang pemimpin tempatan memberitahu, bilangan mereka melebihi 40 orang.

Penculikan terbaharu pada Sabtu lalu itu berlaku di sekitar kampung Garkin Fulani yang terletak 8 kilometer dari Chibok, dalam negeri Borno.

"Berdasarkan maklumat yang diterima, kumpulan lelaki bersenjata itu muncul sekitar waktu tengah hari dan menculik 20 wanita serta tiga pemuda yang ditugaskan untuk menjaga kampung tersebut," kata seorang anggota pasukan kawalan kampung, Alhaji Tar.

"Semua lelaki di kampung tersebut keluar untuk menggembala lembu apabila kumpulan penculik itu datang," tambahnya.

Setakat ini, masih tiada maklumat tentang lokasi wanita tersebut dibawa manakala kumpulan penculik juga tidak membuat apa-apa permintaan.

Dalam pada itu, sebuah persatuan penternak lembu tempatan memberitahu, seramai 40 orang ibu muda di kampung tersebut dibawa menaiki beberapa buah kenderaan menuju ke satu lokasi yang tidak diketahui.

Kumpulan Boko Haram berjuang untuk menubuhkan sebuah pemerintahan Islam di utara Nigeria. - AFP


p/s- negara2 afrika ni xpenahnya nk aman...pastu asyik nak gunakan perkataan Islam sebagai moto perjuangan...cmne la puak2 barat xpandang negatif kt Islam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2014 11:57 AM | Show all posts
negro rupanya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 1.192246 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list