CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1460|Reply: 15

[Dunia] WC 2014: Rakyat Thai tonton semua 64 perlawanan secara PERCUMA

[Copy link]
Post time 13-6-2014 09:56 AM | Show all posts |Read mode
Bangkok: Peminat bola sepak Thai boleh menonton semua perlawanan Piala Dunia di kediaman masing-masing secara percuma selepas junta tentera campur tangan dalam usaha melebarkan ‘kegembiraan’ selepas rampasan kuasa bulan lalu.

Pertelingkahan berhubung hak siaran mengancam penduduk negara itu tanpa akses kepada sebahagian besar perlawanan terbabit yang bermula awal pagi ini di Brazil.


Tetapi dengan upacara perasmian tinggal beberapa jam, pihak berkuasa penyiaran Thai bersetuju membayar AS$13 juta (RM42 juta) kepada syarikat hiburan tempatan, RS, bagi berkongsi hak siaran secara langsung semua 64 perlawanan di saluran televisyen awam.



Langkah itu diambil selepas junta Thai mendesak Suruhanjaya Telekomunikasi Penyiaran Kebangsaan menyelesaikan isu berkenaan.


“RS perlu menyiarkan semua 64 perlawanan. “Matlamat kami ialah membenarkan semua rakyat Thai menonton perlawanan itu,” kata Pesuruhjaya Suthiphon Thaweechaiyagarn.


RS pada mulanya bersetuju berkongsi hak untuk 22 perlawanan dengan stesen televisyen percuma.

Saluran 5, saluran televisyen yang dikendalikan tentera kini akan menyiarkan 38 perlawanan.


Langkah itu dianggap sebagai usaha untuk menggembirakan seluruh negara.

“Kami berharap rakyat Thai bergembira. Itu lebih penting daripada wang,” kata seorang jurucakap junta kepada wartawan, semalam.


Persetujuan itu akan melegakan peminat bola sepak Thai yang tidak boleh menonton perrlawanan itu di bar dan restoran kerana pelaksanaan perintah berkurung di kebanyakan kawasan. - AFP

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2014 09:58 AM | Show all posts
berkat perlaksanaan GST kat sana kut kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 10:02 AM | Show all posts
bongok rtm tak amik live game belgium
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 10:06 AM | Show all posts
rtm dapat berapa siaran jer?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 10:11 AM | Show all posts
duhhh...sukan terutamanya bolasepak adalah satu satu escapism.diorg kan tgh bergolak,rakyat tgh protes.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 10:16 AM | Show all posts
kalau nak sgt tonton free WC sila la migrate ke thailand.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2014 10:16 AM | Show all posts
Malaysia Military Chief...Tidooooooooooooooo
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 10:18 AM | Show all posts
negeri2 berdekatan, kalo takde asteruk
leh bungkus kain baju pindah ke siam skrg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2014 10:43 AM | Show all posts
itulah beza negara kafir berkebajikan dengan neggara islam sunni pusat ahlus sunnah wal jamaah berpaksi kapitalisme
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 10:44 AM | Show all posts
Bola sepak adalah sbg memesongkan perhatian...selain daripadanya ianya melalaikan dan mengajar manusia menjadi Sakai
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 10:59 AM | Show all posts
so........?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
mirage_46 posted on 13-6-2014 10:02 AM
bongok rtm tak amik live game belgium

Rtm memang bongok pon
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 11:02 AM | Show all posts
dualchicks posted on 13-6-2014 10:16 AM
Malaysia Military Chief...Tidooooooooooooooo

huh???
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
untungla sape kt msia yg ade parabola siam.... n juga sesape yg hampir dgn sempadan siam...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 11:36 AM | Show all posts
serupa je...kalau kt malaysia time ni nk dekat2 pru sure kerajaan yg memerintah akan amik hati rakyat dengan WC percuma...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 11:43 AM | Show all posts
sana bukan takat siaran WC aja..

tapi tv satelit pun percuma.. byk gile stesyen kt thai
baya decoder piring, terus pakai smpai meletup, tarak byar bulan2, free..

kalu malaysia, mu kene bayo la nk tgk HD.



kalu yg duk malaysia ada open decoder, bole ja pusing 4 degree dri angle satelit measat, pastu tembak tuk dptkn siaran IPM ni.. tapi paham2la 90% siaran ni ckp siam..dh tv siam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41527 Replies : 253
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 1227 Replies : 5
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21609 Replies : 63
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 203440 Replies : 4848
yes that's right
Mrperfect2yes that's right
Views : 6080 Replies : 32
PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
rizalra75PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
Views : 6480 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74553 Replies : 2996
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12237 Replies : 5
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 12678 Replies : 195
PERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
LaracropPERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
Views : 4192 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 1.374000 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list