View: 6082|Reply: 10
|
Warna blok, transformasi fesyen masa kini
[Copy link]
|
|
Color Block, transformasi fesyen masa kini
FESYEN warna kontra atau color block menyinari dunia fesyen tahun 2014. Ia merupakan gabungan warna terang pada penampilan dan aksesori seperti warna merah jambu dan kuning, hijau dan merah, biru dan oren serta pelbagai lagi gabungan berbeza.
Biarpun sebelum ini fesyen warna kontra dilihat sebagai suatu yang pelik, kini tidak lagi kerana bukan sahaja menjadi kegilaan selebriti, malahan menjadi ikutan kerana pemilihan warna secara sesuka hati ini tidak memerlukan kita mengeluarkan belanja yang besar.
Pada masa kini, ramai wanita yang semakin berani mengenakan fesyen dengan warna kontra tanpa mempedulikan lagi pandangan ortodoks mengenai perbezaan warna dalam berfesyen.

Malah, warna-warna terang bermotifkan luar daripada kebiasaan ini sememangnya menangkap pandangan dan memberikan aura berganda yang memberikan gambaran bahawa si tukang gaya seorang yang bijak, sofistikated, berani dan pandai memancing tumpuan umum.
Seperti mana corak dan rekaan pakaian, warna juga mengalami perubahan dan transformasi dari semasa ke semasa, sesuai dengan kematangan dan kemajuan pemikiran masyarakat masa kini. Yang sebenarnya mudah untuk menggayakan pakaian yang mempunyai warna kontra asalkan anda tahu teknik padanan rona yang sesuai.
Aksesori yang digunakan juga boleh menimbulkan impak blocking atau kontra. Ia tidak semestinya pada pakaian malah jam, tas tangan, rantai leher atau gelang juga boleh digayakan dengan warna kontra dengan rona pada pakaian asalkan tidak terlihat padat dan berserabut.
Jangan takut untuk melakukan percubaan kombinasi warna kerana dengan cara yang betul, ia mampu menghasilkan kelainan pada penampilan dan personaliti diri.
Bagaimana menjadi penggaya color block yang menarik dan menawan? Ikuti beberapa tips dan perkongsian WOW dalam isu kali ini dan dapatkan juga pandangan umum mengenai fesyen color block masa kini.
Memilih warna pakaian
1. Kita boleh gayakan sesuatu pakaian tidak melebihi dari 3 warna. Untuk kelihatan lebih menarik dan ceria, gabungkan warna semula jadi seperti putih, coklat krim, kelabu mahupun hitam bersama warna-warna ceria seperti hijau pucuk pisang, biru muda, oren, kuning, jingga, peach, merah jambu mahupun merah. Gabungan ini mampu membuatkan anda nampak lebih ceria & muda.
Namun yang demikian, jika anda tidak yakin bermain dengan warna, gayakan sahaja 1 warna seterusnya pakai aksesori seperti rantai, gelang mahupun tudung yang lebih menyerlah & warna-warna ceria.
Contoh penggayaan yang sesuai: baju warna biru, seluar/skirt warna merah & tudung warna kuning atau gabungkan warna tudung merah & biru.
2. Jika anda ingin memakai baju bercorak bunga, abstrak dan sebagainya, padankan seluar/skirt corak kosong (plain) warna senada dengan baju. Perlu diingati, jangan sesekali memakai baju corak bunga, seluar & tudung juga bercorak. Apabila semua yang dipakai bercorak, ia hanya akan nampak berserabut. Ini harus di jauhi.
Contoh penggayaan yang sesuai: baju corak bunga, seluar/skirt dan tudung corak kosong (plain) senada.
3. Anda juga boleh menggayakan corak kosong untuk baju, corak garisan lurus untuk seluar dan corak bunga untuk tudung.
4. Sebelum memilih warna pakaian, anda kena tahu bentuk tubuh badan terlebih dahulu. Tip berikut memandu anda memilih pakaian mengikut tubuh & warna kulit.
Memilih warna pakaian ikut bentuk badan
1. Badan gempal dan tinggi
Individu seperti ini sesuai menggayakan baju warna gelap seperti hitam, coklat gelap, biru gelap, hijau gelap kerana warna-warna ini mampu membuatkan anda kelihatan langsing.
Serlahkan juga penampilan dengan corak bunga-bunga kecil. Untuk kelihatan ceria harus bijak bermain dengan warna. Awas, elakkan memakai pakaian warna terlalu terang dan corak bunga besar kerana ia akan menampakkan kegempalan anda.
2. Badan kurus dan rendah
Serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna baju yang lebih cerah dan corak bunga sedikit besar. Corak garis menegak sesuai dipakai supaya anda nampak lebih tinggi. Lengkapkan penampilan dengan memakai kasut tinggi wedges, ia mampu membantu menambahkan ketinggian dan pastinya anda akan kelihatan lebih elegan dan trendy!
3. Badan kurus dan tinggi
Anda sesuai memakai warna cerah seperti merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru muda dan coklat serta boleh juga menggayakan corak melintang dan bunga baju yang besar supaya mengurangkan anda dilihat terlalu kurus. Corak melintang dan besar mampu memberi gambaran anda lebih berisi.
|
|
|
|
|
|
|
|
color block trend warna musim summer je...bila musim panas mereka pakai pakaian warna2 yang bold dan ceria macam fuchsia,tangerin,green....
kalau gi europe bulan 9 orang kat sana akan pelik tgk kita pakai colour block .....sebab bulan sembilan dah masuk fall.....warna lebih redup sesuai cuaca
tapi biasalah orang malaysia dressing memang meriaah,tak cukup tudung fareeda warna bertingkek, campur brooch sejibik.....baju lagi,hndbag,kasut.mata plak lens kaler2,dah tak tau kat mana focus point depa
|
|
|
|
|
|
|
|
en asben sy x suka sy pakai color block.
mcm pink + torquise.
mmg cantik tp pada mata dia nmpk pelik.
dia suka sy pakai color pastel. |
|
|
|
|
|
|
|
Menarik tp me x berani pakai... |
|
|
|
|
|
|
|
kadang kadang blocking warna ni ikut orang jugak, ada yg sesuai dan ada yg x sesuai.
it depends how you carry yourself bila berfesyen. takut nanti akan jadi fashion disaster plak.
|
|
|
|
|
|
|
|
tahun ni raya buat baju ( baju saja ) kaler merah makngah.. siap berlabuci kaler gold.. nak match kain kaler apa ntah.. kalau pakai merah jugak.. kang 4 kilometer dah nampak ..
konon nk buat color block laaa.. tp idea tak mari  |
|
|
|
|
|
|
|
la ni bru sbuk dgn color block....sebelum ni org kata color block ni ala2 dressing sytle K pop....itu la dulu kita dok ngata Bangla2 tu....color meriah2 campur ni org kta mcm Bangla.....sekrg tgk K pop pun ikut....kita kta color block padahal Bangla dah lama dgn style color block2 ni....trend ka..tgh in ka design color2 ni....tk berminat pun.....memang bukan sesuai untuk semua org lagi pun....salah match macam sarkas.... |
|
|
|
|
|
|
|
meklin posted on 13-7-2014 08:55 PM
tahun ni raya buat baju ( baju saja ) kaler merah makngah.. siap berlabuci kaler gold.. nak match ka ...
Leh cari idea kt the pefect palette..me sk bukak website kalu nk cr idea psl kaler block.. |
|
|
|
|
|
|
|
Noks mak kalut klau nk match2 bloc colour ni. Penin arr pala makk. Tp mak minat tgk org pakai. Cantek Aja , makk sukaa |
|
|
|
|
|
|
|
meklin posted on 13-7-2014 08:55 PM 
tahun ni raya buat baju ( baju saja ) kaler merah makngah.. siap berlabuci kaler gold.. nak match ka ...
pakai kain kaler gold. mesti cantik..
sbb labuci dah kaler gold.. |
|
|
|
|
|
|
|
haziqah posted on 17-7-2014 08:27 AM 
pakai kain kaler gold. mesti cantik..
sbb labuci dah kaler gold..
tq haziqah dan @retnoel 
...
ha ah .. me beli kaler kuning .. xler kilat2 .. sebb nk match kan dengan kaler gold tu ..
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|