Abu Hurairah r.a sering menyebut kata-kata beliau:
"Aku dibesarkan dalam keadaan yatim, aku berhijrahdalam keadaan miskin, aku pernah bekerja mengambil upah dengan Bisrah bintiGhazwan dengan bayaran sekadar cukup untuk mengisi perut aku. Aku membantuorang ramai ketika mereka turun dari binatang tunggangan dan aku mengangkatbarangan mereka ketika mereka menunggang. Lalu Allah mengahwinkan aku dengannya(iaitu Bisrah binti Ghazwan). Oleh yang demikian segala puji bagi Allah yangmenjadikan agama dapat berdiri tegak dan menjadikan Abu Hurairah sebagaiseorang pemimpin.
Mengapa nama Arabdipilih?
Pertama Malaysia adalah sebuah negara Islam.Nama arab akanmemperkenalkan Malaysia sebuah negara Islam yang prihatin dan peka dengankucing. Kedua Abu Hurairah r.a adalah seorang sahabat yang amat menyayangi kucing.Nama beliau r.a dipilih kerna kasih sayang dan prihatinnyaterhadap kucing dan wajar dijadikan tokoh teladan.
Mengapa di MELAKA ?
Melaka adalah sebuah negeri pelancongan yang terkenal pelusuk dunia.
Kewujudan HADIQAH ABI HURAIRAH akan menarik berbilion pelancong peminat kucing.
![](https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/v/t1.0-9/1391913_633395843350009_332073232_n.jpg?oh=72a3479882547a9411cfe32d0916cdd7&oe=5460519D&__gda__=1417635433_bfb45fc3f86c43fd819d8e02d0cebef0)
|