ini adalah salah satu acara dalam Silat Lincah Malaysia dimana Mahaguru Omar Din menguji kekebalan anak-anak muridnya dengan parang!!!
Silat Lincah Malaysia adalah seni silat yang diperturunkan dari Laksamana Hang Jebat yang dikatakan menderhaka kepada Sultan Melaka kerana membela saudaranya sendiri Laksamana Hang Tuah.. silat di Malaysia yang dikaitkan dengan Laksamana Hang Tuah pula adalah Silat Gayung Pesaka dan Silat Gayung Malaysia..
masa sekolah dulu di Malaysia cukup takut tengok budak2 dari 2 aliran silat ni gaduh2 sebab kononnya bela anak buah sendiri sebab, kalau bertemu dua jenis aliran silat ni memang hancur macam2 benda kat sekolah tu..
gerakan Silat Lincah Malaysia ada la macam gerakan Kung Fu (gerakannya memang pantas dan lebih kepada serangan jarak yang amat jauh), manakala gerakan Silat Gayung lebih kepada mengutamakan pertahanan, Silat Gayung Pesaka lebih memerhatikan gerakan lawan dan akan dikunci dengan gerakan penyudah dengan bermacam2 jenis gaya (dari silat Gayung Pesaka timbulnya lebih banyak gerakan2 sub seperti gaya harimau dan gaya helang, silat gayung pula lebih kepada serangan jarak dekat)
semasa era tahun 1970an dulu dunia persilatan Melayu ni cukup terkenal dengan ilmu mistik seperti ilmu kebal (seperti yang anda saksikan dalam video ni) dan juga halimunan yang dikenali sebagai insiden "PARANG TERBANG".. dikatakan ahli Kung Fu Bruce Lee dari Hong Kong yang amat terkenal kalah kepada salah satu jenis silat di Malaysia ni.. untuk memperoleh ilmu kebal seperti dalam video ni anda perlu mandi minyak yang amat mendidih dan mandi darah ayam dahulu (ada orang kata mandi darah kerbau..).. wa tatau la sebab wa pernah masuk Wushu je..haha
Teacher : Mahaguru Haji Omardin bin Mauju (founder)
Language : Cantonese . Originally from Malay documentary titled - Selangkah ke Alam Batin (A Step into the Inner World) released by Singaporean Cathay-Keris in 1985. English version titled, One Step into the Beyond.
Time : late 70s or early 80s
Trivia :
# The Thai movie Queens of Langkasuka featured silat Melayu.
# Hollywood's 2007 film 300 DVD commentary reveals that silat was used for the movie's fighting sequences.
# Thailand's action star Tony Jaa utilizes a variety of traditional martial arts in the movie Ong Bak 2, including the Malaysian style of tiger silat.
berun posted on 13-8-2014 06:04 PM
Siapa dia sebanarnya??? Ajaran mana dia ikut?
omar din? mahaguru silat lincah. menurut anak murid silat gayung omar din ciplak ilmu silat gayung. menurut omar din dia pergi pulau besar dan dapat ilmu silat lincah melalui penunggu pulau besar.
alkisahnya omar pergi pulau besar sebab nak berubat kaki nya yang tempang. tp penunggu pulau besar offer pakej combo? nak sihat atau nak bersilat. omar pilih nak bersilat.
lepas balik daripada pulau mula muka kelas perguruan silat lincah.
silat lincah latihan dia keras pukul takde main2.
tp menurut google image akak lagi suka dato meor badan sasa pukul brucee lee sampai koma dekat hongkong.
bab2 ilmu kebal ni akak tak berkenan. kalau dh kebal pergi bantu palestin saudara se islam bukan tunjuk power rangers.
rasulullah s.a.w. pun tak kebal siapa dia nak kebal badan??? rasulullah s.a.w dijamin masuk syurga? dia ada jaminan ke? kita ikut mana ilmu silat tak bertentangan dengan akidah. yang mengarut dan langgar akidah tinggalkan.
sebab tu belajar silat kena ada asas akidah kuat bukan main ikut tuk guru je. kdg2 ilmu kebal ni marketing tuk guru konon dia handal bersilat. tu je.
Post time 15-8-2014 12:45 AMFrom the mobile phone|Show all posts
kebal ni pakai jin..org dlu kebal sebab jin la..dok jamu jin kt pokok jerai...aku taw sebab mak aku cite pasal tok sedara aku..kene tembak x lut..tpi tok sedara aku mati senang plak..sempat bertaubat kot..
kebal??>.....tahyul satu, main silap mata pun satu.macam mandi minyak panas tu, macam la orng tak tahu yang minyak tu sebenarnya dah campur cuka, jadi suhu dia tak sampai pun 100 degree Celcius, tu yang tak melecur tu.soalann,...Dia boleh ghaib sekali dengan kerusi roda dia tak?
keh keh keh
yang wa tahu la...lincah ni sebenarnya pecahan gayong malaysia..
lepas dato meor meninggal, 3 orang kanan dia bawa haluan masing-masing...
atan gayong bukak gayong indrasakti... pandak majid bukak gayong pusaka...bakhtiar kompromi dengan omar din yang tak reti bersilat tapi banyak ilmu jin bukak lincah...