CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3827|Reply: 5

JPJ perkenal program baharu MyLesen

[Copy link]
Post time 19-8-2014 02:22 AM | Show all posts |Read mode
BERA 17 Ogos - Bagi memastikan golongan muda dan remaja di negara ini mempunyai lesen kenderaan yang sah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan program khas yang dinamakan MyLesen bagi memudahkan mereka mendapatkan lesen.



Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, program yang dijangka dilaksanakan pada tahun ini akan melibatkan golongan muda berumur 16 tahun ke atas termasuk pelajar sekolah.



"Sebenarnya golongan yang tidak ada lesen ini bukan sahaja orang tua tetapi juga golongan muda termasuklah mat rempit yang berada di bandar dan pinggir-pinggir bandar.



"Jadi untuk mereka ini, kita akan merangka program khas bagi memastikan semua rakyat Malaysia yang memerlukan lesen akan mempunyai lesen," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penutup program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) di Dewan Semai Bakti Tembangau 2 di sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan, Datuk Mohd. Fadil Osman dan Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Supritendan Haizal Zainal Abidin.



Pada majlis itu, seramai 420 peserta program SKSJ terdiri daripada individu berusia 45 tahun ke atas menerima lesen memandu masing-masing.
Menurut Ismail, melalui program baharu itu, pihaknya akan merangka pakej khas menarik kepada golongan muda berumur 16 tahun ke atas untuk mendapatkan lesen memandu yang sah.



Katanya, modul khas itu juga akan menyasarkan pelajar sekolah yang menggunakan motosikal ke sekolah bagi memastikan mereka dilindungi oleh insurans sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2014 02:27 PM | Show all posts
phuii...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 02:54 PM | Show all posts
Kalau masih ramai lagi yang tak ada lesen tak tau lah nak buat macamana lagi??
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 04:09 PM | Show all posts
skang ni dah ada pekej "gerenti sampai lulus".. topup duit sikit jer.. dpt lesen walaupun fail JPJ.. nalerekek!!...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 02:45 PM | Show all posts
daripada bayar untuk dapat lesen, baik buat deposit moto... tu yg ramai tak de lesen..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2014 12:47 PM | Show all posts
lesen makin mahal nak mmpus. sampai sekarng aku tak settle lagi phuuii
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.124561 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list