Abd Majid Bin Md Isa, dilahirkan pada 66 tahun yang lalu. Berasal dari Kerabat Diraja Jembal (Kerajaan Tua Negeri Kelantan Lama) dan tinggal Kg Kepala Bukit, Gurun, Kedah Darulaman. Mula bergiat dalam Seni Silat Gayung pada 20hb Jun 1956, melalui Mahaguru Meor Abd Aziz, Daing Uda Mohd Hashim (Bapa) serta Tuan Guru Haji Hussain Dol (seorang alim ulama).
Beliau merupakan Pengasas dan Guru Utama Pertubuhan Silat Seni Pusaka Gayong Malaysia setelah ditubuhkan 1978 kerana jawatan Gurulatih Kanan PSSGM beliau dilucutkan oleh Mahaguru ekoran berlakunya fitnah ke atas beliau. walaubagaimanapun, hubungan beliau dengan mahaguru tidak pernah berubah dan pihak PSSPGM tidak pernah menafikan Dato' Meor Abdul Rahman sebagai Mahaguru.
Beliau telah diarahkan oleh Mahaguru Meor Abd Rahman (adik Mahaguru Abd Aziz) dan Allahyarham Dato' Oon Jaafar mendalami ilmu persilatan ini di pusat latihan Seni Silat Gayung School Wood Land Singapura pada tahun 1959, selama setahun. Setelah segalanya selesai beliau pulang ke Kedah dan menjadi jurulatih di sana sebagai Guru Tertinggi pada tahun 1960. Pada penghujung tahun 1961 sekali lagi beliau ke Singapura mendalami ilmu bermain senjata (keris) dan paada pertengahan 1962, beliau pulang semula ke Kedah dan di sini beliau melatih murid-murid bermain senjata sehingga kini. Tempat-tempat yang pernah beliau ajar seperti di Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Trengganu, Kelantan, Selangor, Perak, Perlis, Penang dan Medan Indonesia. -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Website Rasmi Pertubuhan :
http://www.pusakagayong.org
|