View: 2191|Reply: 1
|
Pemain bola sepak mati ditembak
[Copy link]
|
|
Kapten yang juga penjaga gol pasukan bola sepak Afrika Selatan, Senzo Meyiwa. Foto oleh AP
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]
KAPTEN yang juga penjaga gol pasukan bola sepak Afrika Selatan, Senzo Meyiwa terbunuh selepas ditembak di rumah teman wanitanya, di Vosloorus, selatan Johannesburg.
Menurut kenyataan Polis Afrika Selatan, kejadian tersebut dilaporkan sebagai cubaan pecah rumah. Ketika kejadian, dua orang lelaki telah memecah masuk rumah tersebut, manakala seorang lagi berada di luar rumah.
Ketiga-tiga suspek berjaya melarikan diri selepas tembakan mengenai Meyiwa dilepaskan. Meyiwa dimaklumkan meninggal dunia ketika tiba di hospital.
“Kehilangan Meyiwa member kesan yang sangat besar kepada keluarga sertas pasukannya, Orlando Pirates dan kepada Negara,” kata Pengerusi Pirates, Irvin Khoza.
Dalam pada itu, pihak polis menawarkan sebanyak AS$14,000 untuk maklumat yang membawa penangkapan kepada ketiga-tiga suspek.
Untuk rekod, pemain berusia 27 tahun itu bermain untuk Orlando Pirates, serta mewakili Afrika Selatan dalam empat kelayakan Piala Negara Afrika.
Kali terakhir pada Sabtu, Pirates menewaskan Ajax Beat 4-1 dalam separuh akhir Piala Liga Afrika Selatan.
Tahun lalu, Orlando Pirates merupakan naib juara Liga Juara CAF, selepas kekalahan agregat 3-1 kepada al-Ahly dari Mesir.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
takziah la... gf dia penyanyi kan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|