
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]SEORANG remaja perempuan berusia 13 mengalami pengalaman perit apabila kakinya reput selepas dipatuk ular. [size=0.98em]Gadis yang tidak dikenali itu dibawa ke Hospital Carcaras, Venezuela selepas dia gagal dalam rawatan tradisional selama sebulan untuk memulih kakinya yang mereput sehingga meninggalkan tulang. [size=0.98em] 
Doktor yang merawatnya turut terkejut dengan penyakit remaja berkenaan sebelum dimaklumkan bahawa dia pernah dipatuk ular berbisa. [size=0.98em]Seorang Doktor dari Liverpool, Arun Ghosh yang melihat gambar tersebut berkata, kaki remaja terbabit mereput kerana bisa tersebut telah mematikan sel dan tisu.
[size=0.98em]"Gambar itu jelas menunjukkan bahawa tisu pada kaki remaja terbabit telah mati sepenuhnya dan yang tinggal hanya tulang," katanya. [size=0.98em]Berdasarkan gambar itu juga, doktor berkenaan tidak menolak kemungkinan bahawa remaja terbabit berisiko untuk maut selepas ini.
|