View: 2601|Reply: 11
|
Demi Rekod: Maraton berkasut tumit tinggi
[Copy link]
|
|
Lari maraton guna kasut tumit tinggi

ECKERT berlatih berlari menggunakan kasut tumit tinggi sebagai persediaan menyertai pertandingan Maraton London pada April tahun depan.
LONDON – Seorang wanita di sini berazam mencipta rekod dunia sebagai individu pertama menamatkan larian maraton dengan memakai kasut tumit tinggi.
Wanita itu, Natalie Eckert, 37, merancang menyertai larian Maraton London pada April tahun depan sejauh 42 kilometer dengan memakai sepasang kasut yang mempunyai tumit setinggi 12.7 sentimeter.
Ibu kepada dua orang anak itu berkata, dia menjalani latihan berlari dengan memakai kasut tumit tinggi selama dua hari seminggu sebagai persediaan menyertai pertandingan maraton tersebut.
Walaupun tidak pernah menyertai larian maraton sebelum ini, Eckert yakin dia mampu menamatkan larian tersebut dengan memakai kasut tumit tinggi dan berazam menamatkan larian dalam tempoh empat jam.
“Saya sangat menyukai kasut tumit tinggi dan ketika di sekolah rakan-rakan pernah mentertawakan saya kerana memakai kasut tumit tinggi ketika menyertai sukan di sekolah,” katanya.
Menurutnya, dia merancang untuk mengutip dana berjumlah £5,000 (RM26,437) ketika menyertai larian tersebut dan wang berkenaan akan didermakan kepada sebuah badan amal. – Agensi
|
|
|
|
|
|
|
|
Cari penyakit. Terseliuh nnt saja je. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau terpeleot nt sah2 sakit x leh masuk pertandingan.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tamat larian dgn high heels tu pon kebarangkalian ko nak dpt back pain adalah tinggi..apa2 pun sukati ko lah minah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak cari nama dan glamer lah tu... |
|
|
|
|
|
|
|
oo wow berlari? ai nak jalan 10 langkah pun tak mampu...
hehe good luck |
|
|
|
|
|
|
|
hadoii mahu rosak tulang belakang nih!! pompuan xder buat revision ker!? |
|
|
|
|
|
|
|
4 jam tuuu  |
|
|
|
|
|
|
|
12cm????
giler la, ptt la tinggi2 pmpuan skrg.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|