CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3467|Reply: 13

Catalonia mahu teruskan tuntutan kemerdekaan dari Sepanyol

[Copy link]
Post time 11-11-2014 11:06 PM | Show all posts |Read mode
AFP - PENYOKONG pro-kemerdekaan memegang bendera Catalonia ketika pengumuman keputusan pungutan suara simbolik di Barcelona, Sepanyol kelmarin.




Advertisement






BARCELONA – Pemimpin Catalonia berikrar meneruskan usaha menuntut kemerdekaan daripada Sepanyol selepas seramai dua juta pengundi memilih untuk merdeka dalam satu pungutan suara simbolik yang dijalankan di wilayah berkenaan kelmarin.
Presiden wilayah Catalonia, Artur Mas menganggap pungutan suara berkenaan yang dijalankan secara tidak rasmi adalah satu kejayaan yang besar.
“Keputusan undian ini jelas menunjukkan bahawa penduduk Catalonia mahu pemerintahan sendiri,” katanya.
Dalam pungutan suara berkenaan, pengundi yang berusia 16 tahun ke atas perlu menjawab dua soalan.
Soalan pertama: Adakah anda mahu Catalonia menjadi sebuah negara? dan soalan kedua: Adakah anda mahu negara itu merdeka?.



Timbalan Presiden wilayah Catalonia, Joana Ortega berkata, keputusan referendum menunjukkan seramai dua juta pengundi atau 80.7 peratus menjawab ‘Ya’ untuk kedua-dua soalan.
Madrid bagaimanapun menganggap pungutan suara berkenaan sebagai sia-sia kerana bercanggah dengan perlembagaan negara dan tidak diiktiraf oleh mahkamah negara itu.



Begitupun, Mas berharap keputusan pungutan suara berkenaan bakal menguatkan lagi tuntutan kemerdekaan Catalonia daripada Sepanyol dan didengar oleh kerajaan Eropah yang lain.
Ujarnya, Catalonia akan meneruskan usaha menuntut satu pungutan suara kemerdekaan dijalankan secara rasmi dan meminta sokongan antarabangsa bagi mendesak kerajaan Sepanyol membenarkan proses itu. – AFP




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2014 02:57 AM | Show all posts
apa perbezaan Catalonia yg menyebabkan mereka mahu berpisah dgn Sepanyol?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2014 05:43 AM | Show all posts
duri_durians posted on 12-11-2014 02:57 AM
apa perbezaan Catalonia yg menyebabkan mereka mahu berpisah dgn Sepanyol?

Catalonia ni kira macam wilayah autonomi la. Mcm England-Scotland, Philippines-Mindanao, Indonesia-Acheh, S.Korea-Jeju Island. Barcelona adalah salah satu wilayah dlm Catalonia ni. Lepas financial crisis kat Spain, diaorang rasa terancam dari segi kewangan, unemployment rate pun makin tinggi, bahasa dan culture diaorang pun tergugat, kira macam kes Scotland jugaklah..
But of course, Spain tak kan kasik Catalunia keluar.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2014 06:07 AM | Show all posts
machiko posted on 12-11-2014 05:43 AM
Catalonia ni kira macam wilayah autonomi la. Mcm England-Scotland, Philippines-Mindanao, Indonesia ...

ada barcelona kot.. memang tak la dorang nak bagi keluar.. nanti team Barca takleh main dalam La Liga dah.

just kidding

on a serious note, do they think they can survive as a country after so many years under Spain.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2014 03:10 PM | Show all posts
duri_durians posted on 12-11-2014 06:07 AM
ada barcelona kot.. memang tak la dorang nak bagi keluar.. nanti team Barca takleh main dalam La L ...

Mestilah boleh

Tengok apa jadi di East Timor sekarang

GDP East Timor dan melebihi Indonesia

Singapore pas keluar dari Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2014 03:10 PM | Show all posts
orang2 catalan tak cakap sangat bahasa spanyol
they speaks catalan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2014 03:13 PM | Show all posts
encikWawad posted on 12-11-2014 03:10 PM
orang2 catalan tak cakap sangat bahasa spanyol
they speaks catalan


yup...diorg speak catalan....masa kat sana last year, tourist guide pun sebut2 pasal hal nak berpisah nie...diorg mmg nak sangat berpisah....
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2014 03:20 PM | Show all posts
midori888 posted on 12-11-2014 03:13 PM
yup...diorg speak catalan....masa kat sana last year, tourist guide pun sebut2 pasal hal nak ber ...

wah sempat pulak tourist guide tu sharing
ada tgk satu dokumentari pasal catalonia ni
memang tempat dorang mmg cantik dgn coastline nya
dengan kewewahannya
boleh faham la kenapa dorang nak kuar dari spain
tak memasal hasil dorang nak sharing dengan orang lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2014 03:35 PM | Show all posts
encikWawad posted on 12-11-2014 03:20 PM
wah sempat pulak tourist guide tu sharing
ada tgk satu dokumentari pasal catalonia ni
memang tem ...


sebab tu lah diorg nak berpisah....rugi woo.....tgk perbezaan antara madrid dan barcelona dah cukup....madrid tu takyah pergi pun takper....selain dari nak tgk stadium bola madrid tu.... Last edited by midori888 on 12-11-2014 03:37 PM

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 07:14 AM | Show all posts
La liga akan kurang seri jika barcelona tiada
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 01:42 PM | Show all posts
duri_durians posted on 12-11-2014 06:07 AM
ada barcelona kot.. memang tak la dorang nak bagi keluar.. nanti team Barca takleh main dalam La L ...

In a way it's true jugak..

Biasanya yg ada kuasa autonomi ni berani nak keluar. Macam Scotland, ada banyak minyak. Mcm Acheh, ada minyak dan natural gas.
Catalonia adalah one of the major tax payers in Spain, tapi merasakan banyak ketidakadilan from the govt.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 11:37 PM | Show all posts
negeri yg ada minyak kat malaysia pun patut tuntut keluar dari malaysia memandangkan bayar royalti 5% jer, kerajaan kelantan lagi haru.....habuk pun tak dapat, elok keluar malaysia jer
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 06:57 PM | Show all posts
Akulah7E. posted on 13-11-2014 11:37 PM
negeri yg ada minyak kat malaysia pun patut tuntut keluar dari malaysia memandangkan bayar royalti 5 ...

Betul.Itu lah sebabnya Sabah dan Sarawak nak keluar dr Persekutuan Malaysia.Rasa tak berbaloi selepas 51 tahun.Segala2nya masih tertinggal jauh..Dari makan hati baiklah bercerai..Ye tak...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 12:11 PM | Show all posts
jijigren posted on 12-11-2014 03:10 PM
Mestilah boleh

Tengok apa jadi di East Timor sekarang

yup yup betul tu. Kalau Sabah keluar? Sabah byk kelebihan. malang kerajaan persekutuan meng-anaktirikan mereka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.067090 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list