CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1781|Reply: 5

[Dunia] Kes perceraian termahal Britain, isteri terima RM1.79 bilion

[Copy link]
Post time 29-11-2014 03:25 PM | Show all posts |Read mode
     

      Chris Hohn                                                  Jamie Cooper-Hohn

LONDON 28 Nov.
– Isteri seorang pegawai kewangan di London, Chris Hohn dianugerahkan 337 juta pound (RM1.79 bilion) dalam satu kes penyelesaian penceraian paling mahal yang diputuskan oleh mahkamah Britain.

Maklumat pembayaran kepada Jamie Cooper-Hohn, 49, didedahkan semalam selepas draf keputusan mahkamah itu diserahkan kepada peguam sebelum diumumkan.

Peguam wanita tersebut dilaporkan sedang menimbang untuk mengemukakan rayuan bagi mendapatkan pembayaran yang lebih besar.
Jamie berpisah dengan Chris selepas berkahwin selama 15 tahun dan mereka berebut aset bernilai lebih 700 juta pound (RM3.2 bilion).

Pasangan suami isteri itu bertemu ketika mereka belajar di Universiti Harvard dan mempunyai empat orang anak.

Chris pada awalnya dilaporkan menawarkan Jamie suku daripada jumlah aset tersebut, namun isterinya mendakwa kemewahan yang dicapai itu adalah hasil usaha mereka berdua.

Pakar undang-undang menyatakan, kes itu merupakan kes penyelesaian penceraian antara paling mahal di Britain, namun sukar untuk mengetahui sama ada ia merupakan yang paling tinggi kerana maklumat mengenainya tidak didedahkan.

Bagaimanapun, pembayaran itu mengatasi kes perceraian yang dipercayai paling mahal di Britain melibatkan mendiang hartawan Rusia, Boris Berezovsky pada 2011.

Berezovsky dilaporkan membayar antara 165 juta pound (RM877 juta) dan 220 juta pound (RM1.169 bilion) kepada bekas isterinya, Galina Besharova. – AFP



Last edited by Mary_jane on 29-11-2014 03:24 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2014 04:08 PM | Show all posts
Banyak tuhh... Bole shopping seumur hidup dan simpan dua, tiga ekor hanak hekan utk mengubat hati yg lara. Gitteww.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 04:12 PM | Show all posts
Ex bini nampak mcm nenek dah pun
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 04:48 PM | Show all posts
org kapir bercerai nasib bini terbela..org islam bercerai,bini tuntut hak,tapi org islam lain dok pi gelak kat bini tu..

cth rita...jantan sng buat ank lain ngan ini baru.bini ssh payah jg anak.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 05:38 PM | Show all posts
Duit banyak boleh wat plastic surgery baik punya,
pastu carik la anak hekan sekor dua..pastikan yg terbaik dari ladang gandum yer makcik..anda buleh!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 05:51 PM | Show all posts
dh tua bangka makcik tu..patut kena cerai...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.078947 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list