WASHINGTON – Beberapa teleskop radio di Bumi memancarkan sejumlah 90,000 pesanan ke Marikh kelmarin sebagai meraikan pelancaran kapal angkasa robotik pertama ke planet berkenaan 50 tahun lalu.
Sebuah firma Amerika Syarikat (AS), Uwingu menganjurkan program tersebut bagi meraikan ulangtahun ke-50 misi Mariner 4 oleh Pentadbiran Aeronautik Dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) di samping mengumpul dana projeknya yang lain.
Melalui program Beam Me To Mars itu, peserta boleh menghantar nama mereka, pesanan dan gambar ke Marikh menerusi gelombang radio dengan bayaran antara AS$5 (RM16.90) hingga AS$99 (RM334.85).
Program unik itu menarik perhatian beberapa selebriti termasuk aktor dan pelawak, Seth Green serta pelakon siri televisyen Star Trek, George Takei.
Pancaran gelombang itu bermula sejurus selepas pukul 3 petang (waktu AS) kelmarin.
Gelombang radio yang bergerak pada kelajuan cahaya itu akan mengambil masa 15 minit untuk sampai ke Planet Marikh.
“Walaupun tiada sesiapa menerima pesanan-pesanan itu di Marikh, penduduk di Bumi dapat mendengarnya dengan jelas,” kata Uwingu dalam satu kenyataan di laman webnya.
Sejak kejayaan Mariner 4 melewati Marikh dan menghantar pulang gambar pertama permukaan planet itu, lebih 20 kapal angkasa lain telah berjaya melewati, mengorbit atau mendarat di permukaan Marikh. – Reuters
mattzzx posted on 30-11-2014 04:40 PM
Sapa yang baca kat sana?
Ini hanyalah satu acara simbolik untuk meraikan kejayaan manusia menghantar Mariner 4 spacecraft ke planet Marikh 50 tahun lepas. Wang yang dikumpulkan itu akan digunakan untuk space education
The space funding organization Uwingu is eagerly awaiting the day after Thanksgiving, but their excitement has nothing to do with doorbuster deals.
The space organization Uwingu is eagerly awaiting the day after Thanksgiving, but their excitement has nothing to do with doorbuster deals.
That’s the day they’ll be beaming over 90 thousand messages to Mars.
Organizers chose the date because of its significance. November 28th marks the 50th anniversary of NASA’s Mariner 4 launch. After travelling for 7 months, the craft took the first images of Red Planet.
The notes being transmitted on Friday were provided by ‘Beam Me To Mars’ fundraiser participants who paid anywhere from about 5 to a hundred dollars to send their names, thoughts, and photos into space.
Uwingu collected the sentiments between mid August and early November of this year.
Among the submitters are several celebrities and people well known in space circles, including Seth Green, George Takei, and Bill Nye.
Former agency officials such as Chris Hadfield, who served as the commander of the International Space Station, and Lori Garver, a former NASA deputy administrator also took part.
The information launch has been set for 3pm Eastern Time, and the total transmission is expected to take about 15 minutes.
Money collected from the endeavor will go towards furthering studies in space sciences.