Apakah perkataan pertama yang akan kamu katakan pada bekas kekasih sekiranya kamu berdua terserempak di pusat membeli belah?
“Hi, Apa khabar ?”
Atau adakah kamu mempunyai ‘sapaan’ yang lebih cool untuk menyembunyikan luka lama kamu ?
Tak kisahlah macam mana sekalipun kamu ingin tegurnya tetapi jangan sesekali gunakan 4 ayat ini, kerana ternyata ia sudah basi dan tidak relevent untuk digunakan lagi.
“Ini kekasih baru awak ?” Mungkin niat kamu sekadar ingin bertegur dan berbual, namun persoalan seperti ini menunjukan kamu seorang yang agak suka menyibuk tentang hal peribadinya.
Silap hari bulan kekasih barunya itu pon naik jelek dengan sikap kamu. Tak seronoklah begitu! Betul tak ? Jadi, cuba cari altenatif lain untuk mulakan pembicaraan.
“Lainnya you sekarang!” Ingat ya, jika kamu sudah tidak rapat lagi dengan bekas kekasih, jangan sesekali cuba memberi pandangan tentang perubahan fizikalnya. Kamu tidak tahu apa yang dia sudah lalui dan bagaimana susahnya mereka ingin pulih dari ‘virus patah hati’.
Jadi,, anggap sahaja seperti tiada perubahan yang berlaku. Sebaiknya beri sedikit pujian padanya dan tunjukkan sikap profesional kamu.
“Macam mana dengan kehidupan sekarang ?” Kata-kata seperti ini menunjukan kamu mengharapkan sesuatu yang tidak baik untuknya walaupun hakikat niatmu tidaklah sebegitu.
Selain dari bertanya soalan sebegitu lebih sopan jika kamu menggunakan ayat “wah, kamu nampak lebih bahagia sekarang!” .
“Are u okay ?” Tak perlu tanya soalan ini padanya. Jika dia tidak okay tidak mungkin dia akan sihat berjalan di pusat membeli belah bukan ? tentu-tentu dia dalam keadaan okay sahaja.
Sepatutnya tanya soalan ini pada diri sendiri adakah kamu okay bila berhadapan dengannya seperti ini atau sebaliknya, tak gitu ?
Mana satu ayat paling x boleh blahh bagi anda? Sila vote
Last edited by bellaa on 5-12-2014 03:56 PM
|