CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3225|Reply: 11

Terapi api di China

[Copy link]
Post time 7-12-2014 07:43 AM | Show all posts |Read mode

Seakan tidak masuk akal tapi itulah yang digunakan oleh pengamal perubatan di china. Bukan api kecil seperti kaedah berbekam yang diamalkan di sesetengah negara tetapi pesakit disiram dengan alkohol dan dibakar. Bagi kebanyakan orang terapi api ini sesuatu yang menakutkan tetapi ada segelintir berpendapat ia mampu merawat penyakit.

Terapi api ini dikatakan boleh menghilangkan tekanan, merawat ketidakhadaman, mengatasi masalah kesuburan malah menyembuhkan kanser.  Rawatan ini dikatakan sudah digunakan sejak beberapa ratus tahun lalu dan baru-baru ini mendapat liputan meluas media di negara itu.
Bagaimanapun, tiada bukti perubatan yang boleh mengesahkan kaedah ini berkesan, tetapi pengesahan itu bukanlah satu perkara penting bagi pengamal terapi api terkenal China.


Zhang Fenghao yang melatih pelajar di sebuah pangsapuri lama di Beijing dan mengenakan bayaran 300 yuan (RM154) bagi rawatan selama sejam. Dia menyapukan badan pesakit dengan pes herba terlebih dulu dan bahagian yang hendak dirawat itu ditutup dengan tuala. Tuala itu kemudiannya dibasahkan dengan air bercampur alkohol (yang digunakan untuk membersihkan luka).


Pesakit berkenaan yang hanya mahu dikenali dengan nama keluarganya, Qi, baring meniarap dan mendiamkan diri ketika Zhang menyalakan pemetik api yang menyambar ke atas tuala tadi. Api berwarna kuning jingga dan biru seolah-olah menari di badan Qi.


Ramai penduduk China tidak mampu untuk mendapatkan rawatan yang mahal bagi penyakit kronik dan jumlah perlindungan dalam insurans kesihatan kerajaan pula terhad. Ini menyebabkan rawatan alternatif yang lebih murah mendapat sambutan amat menggalakkan.


Rawatan alternatif ini mula mendapat perhatian penduduk negara itu awal bulan ini selepas gambar terapi api dilakukan pada bahagian kemaluan seorang lelaki yang dimuat naik di Internet tersebar luas di media sosial China sehingga ada yang menjadikannya sebagai topik jenaka.


Sejak itu, media rasmi negara berkenaan mula menjadi saluran bagi menyejukkan keghairahan penduduk terhadap terapi api dengan me-nyiarkan beberapa laporan mengenai pengamal perubatan yang tidak bertauliah dan diragui kemahirannya, malah ada yang hanya menyediakan sebaldi air sebagai langkah keselamatan jika api menjadi marak.


“Memang ada kecederaan apabila pesakit melecur di muka dan badan kerana tiada standard khusus bagi terapi ini.  - AFP


Last edited by Cluster77 on 8-12-2014 07:12 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2014 11:38 AM | Show all posts
Takut juga tapi kalau ada kaedah lain lebih baik cari yang lainlah....
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 08:36 AM | Show all posts
xde bukti perubatan lak tu...sape yg brani amek risiko
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 09:55 AM | Show all posts
seram aku.....melecur kulit
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 12:44 PM | Show all posts
Cam menakutkan je tak pasal2 boleh melecur kalau silap cara Last edited by Artemesiaa on 8-12-2014 12:46 PM

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 04:03 PM | Show all posts
ari tu tgk kt Bobby Chin pasal detox ada tunjuk si Bobby wat rawatan nih... lepas dia wat rawatan nih, nurse tu pesan kt dia takleh mandi utk beberapa ari ( lebih kurang camtu laa)... tgk rawatan dilakukan pun cam gerun melihatnya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2014 04:32 PM | Show all posts
ni rawatan nk bg baik penyakit atau nk cari penyakit..? silap2 haribulan mau mati melecur..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 06:53 PM | Show all posts
Nanti kena rawat kes terbakar plak.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2014 10:01 PM | Show all posts
Ingatkan sapelah yg kaki ter api-api macam mengapi-apikan, jadi batu api
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 12:12 PM | Show all posts
Alcohol evaporates.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 01:14 PM | Show all posts
tak sanggup nak buat....
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2015 12:35 PM | Show all posts
takkan terbakar ke pesakit tu ???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.059185 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list