View: 18674|Reply: 36
|
10 Lokasi Sarang Maksiat Yang Terkenal Di Dunia!
[Copy link]
|
|
10 Lokasi Sarang Maksiat Yang Terkenal Di Dunia!
Maksiat semakin berleluasa saban hari ke hari.. Sejajar dengan arus permodenan yang kian berkembang pesat, begitulah itu industri maksiat ini berkembang. Malah ianya turut menjadi tarikan pelancong untuk berkunjung di bandar-bandar utama ini...
Jadi jom kita selongkar antara lokasi sarang maksiat di Bandar-bandar utama dunia..
1. Pattaya, Thailand - Ibu Kota Pelacuran
![](http://3.bp.blogspot.com/-vTmz9K9CI44/UvL90h0AYJI/AAAAAAAAuJc/Y5HGFGwtqxo/s1600/Kota+Pattaya.jpg)
![](http://2.bp.blogspot.com/-0BxpoS_kHJc/UvRDuLNz71I/AAAAAAAAuLs/7x6ziuFPYes/s1600/Pattaya+Night+Life.jpg)
Pattaya: Ibu Kota pelacuran Pattaya adalah syurga kepada aktiviti seks di dunia. Sebut apa jenis pelacuran, semua boleh didapati di sana termasuklah pelacuran kanak-kanak!. Thailand membenarkan aktiviti pelacuran dijalankan dengan sebebas-bebasnya bagi menarik minat pelancong-pelancong asing bertandang ke Thailand.
Di Pattaya, pelancong tidak perlu menunggu malam untuk memuaskan nafsu. Siang hari pun boleh jalan!
Pattaya sememangnya dipenuhi dengan pekerja-pekerja seks.
2. Amsterdam - Ibu Kota Dadah
![](http://3.bp.blogspot.com/-le0hKlIJmHI/UvL-OKz11fI/AAAAAAAAuJk/eBTy4QXz3oQ/s1600/Coffee-Shops-in-Amsterdam.jpg)
![](http://1.bp.blogspot.com/-PPqbfu6Q-gQ/UvL-sqf8yXI/AAAAAAAAuJs/hcTR_FsuQw8/s1600/3953_fullimage_coffeshop.jpg_560x350.jpg)
Amsterdam: Ibu Kota dadah
Amsterdam tidak perlu diperkenalkan lagi. Semua orang tahu bahawa Amsterdam adalah salah sebuah kota di Belanda yang menempatkan sebuah kelab gergasi Eropah iaitu Ajax Amsterdam. Namun, ramai yang tidak tahu bahawa Amsterdam adalah bandar yang membenarkan rakyat mereka menjual beli dan menggunakan dadah secara sah tanpa kekangan undang-undang. Bukan itu sahaja, bagi yang mempunyai naluri seks songsang, di sinilah tempatnya. Anda boleh berkahwin, memadu kasih atau bercekerama tanpa ada mata-mata liar yang memerhatikan anda. Syurga dunia!
Namun, yang peliknya mengenai bandar ini walaupun membenarkan penjualan dadah secara terang-terangan, ia tidak pula dipenuhi dengan para penagih tegar seperti di negara dunia ketiga! Pelik bukan?
Amsterdam meghalalkan penjualan dadah dan pelacuran
3. Manama, Bahrain - Ibu Kota Pesta
![](http://1.bp.blogspot.com/-MxzYTr1DObc/UvRACFhp4II/AAAAAAAAuKo/xUFDvKXvX2k/s1600/Bahrain.jpg)
Manama: Ibukota pesta di padang pasir
Bandar Manama atau al-Manamah adalah ibukota bagi aktiviti malam bagi orang Arab. Terletak di negara Bahrain, bandar ini mampu membuatkan pengunjung menghabiskan malam dengan mabuk dan berjoget. Pengunjung terbesarnya adalah sheikh-sheikh Arab yang kehausan seks dan hiburan. Bandar Manama mula menghala kepada ‘kehancuran’ apabila pemerintah Bahrain mula berpandangan Liberal(bebas) dan mula menolak nilai-nilai moral dan etika Islam.
Bandar Manama merupakan bandar yang paling memalukan dunia Islam ditambah pula ia terletak di tanah para Anbiya dan Auliya. Inilah harga tinggi untuk dibayar apabila Allah swt memberikan kenikmatan duniawi. Nauzubillah.
4. Las Vegas - Ibu Kota Perjudian
![](http://2.bp.blogspot.com/-45Ccb7sdy0I/UvQ81DIbbyI/AAAAAAAAuKM/b-2kshwk0PU/s1600/DNA-Paternity-Testing-Las-Vegas-NV.jpg)
Las Vegas: Ibukota Perjudian
Terang-terangan kota ini adalah kota maksiat apabila papan tanda untuk memasuki bandarnya tertera ‘Go on and Sin’. Hakikatnya, Las Vegas adalah sebuah kawasan tandus dan kering ketika sebelum diteroka untuk dijadikan kota perjudian. Kota ini dibuka ketika era pembangunan semula Amerika Syarikat selepas krisis ekonomi tahun 30-an dengan perjudian telah dikecualikan undang-undang pada 31 March 1931. Kota ini berkembang secara berperingkat sehinggalah kepada kemuncaknya pada tahun 60-an apabila Howard Hughes(pernah dilakonkan oleh Leonardo DiCaprio dalam filem The Aviation) telah melabur jutaan ringgit untuk membuka pusat perjudian di sana. Pada tahun 80-an, Las Vegas sudah pun terkenal sebagai pusat pejudian terbesar di dunia sehinggakan diibaratkan bahawa seorang pope yang tua pun jikalau singgah bermalam di sana akan terpengaruh dengan kenikmatan duniawi di Las Vegas.
5. Rio de Janeiro - Ibu Kota Bogel
![](http://4.bp.blogspot.com/-V3kf5JGNrzc/UvQ9Fgu8GSI/AAAAAAAAuKU/Oc6U2t9tkj8/s1600/RIO.jpg)
Rio de Janeiro: Ibukota bogel
Ibukota Brazil ini memang tidak pernah lari daripada pesta dan seks. Kota penuh dosa ini sering dihiasi dengan wanita-wanita sawo matang Brazil yang berseparuh telanjang dengan tanpa rasa malu berpelesiran di pantai-pantai dan resort. Pantai paling terkenal di Rio adalah Ipenama Beach yang terletak di selatan bandar Rio de Janeiro.
Saban hari, pantai ini dihiasi dengan pelbagai aktiviti maksiat seperti pesta tarian dan mabuk-mabuk malahan jangan terkejut jika terdapat warga tempatan atau pelancong asing melakukan hubungan terlarang secara terbuka di sini. Apa komen anda?
|
|
|
|
|
|
|
|
6. Moscow - Ibu Kota Disco
![](http://2.bp.blogspot.com/-uKsnGoQxU0s/UvQ_QU3IY3I/AAAAAAAAuKg/8vm3RjDyUp4/s1600/ritz-carlton-moscow-package.jpg)
Moscow: Ibukota Disco
Kerajaan Rusia melarang aktiviti pelacuran dan aktiviti malam yang menjangkaui siang hari. Namun, ia masih boleh didapati di sini tanpa ada pihak berwajib melakukan serbuan. Sepertimana di tempat lain termasuk di Malaysia, dengan suapan wang, segala macam boleh jadi. Dan bergitulah juga di Moscow. Jika di saat pemerintah Soviet, disco dan lagu-lagu barat dilarang dibina dan dimainkan kerana bimbang rakyatnya terpengaruh dengan idealogi Barat. Namun, dengan runtuhnya rejim Komunis pada tahun 1991, budaya disco secara beransur-ansur meracuni rakyat Moscow dan Rusia.
Dan akhirnya Moscow menjadi terkenal sebagai destinasi tarian bogel gadis Rusia yang cantik dan tidak terlepas pandang juga tarian daripada kaum Adam yang menghiburkan hati wanita semasa Lady Night. Terliur? Penulis ingatkan supaya lupakan sahaja. Neraka jawapannya!. |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun Singapore dah ada Marina Bay Sands, tapi Genting tetap gah.
Bangga.. |
|
|
|
|
|
|
|
Gelinyaa ![](static/image/smiley/default/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tempat2 camni laa yg menjana ekonomi negara2 tersebut... dgn adanya tempat2 camni, manusia dari seluruh pelusuk dunia akan dtg dan membazirkan wang utk hiburan keduniaan semata... ![](static/image/smiley/default/shocked.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
nikmat duniawi yg sementara... duit, pompuan, arak, dadah... |
|
|
|
|
|
|
|
waaa!! camna blh lepas pulok amik gmbar kt red light district kt Amsterdam tu? setau aku takleh.plus, klo diorang nmpak ko pegang tepon,diorang rampas n hancur kt ctu gak.huhu..
|
|
|
|
|
|
|
|
genting pon masuk? ohh maiii..terbesar di asia lak tu![](static/image/smiley/miluegg/cry.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Bukit Bintang tak masuk list kah?? |
|
|
|
|
|
|
|
Genting...sedihhh![](static/image/smiley/onion/orz.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
genting sebaris las vegas?
ermm iols org pahang x penah naik genting highland ni takat lalu genting sempah adalah..
tak terasa teringin pun nk g situ
walopun masa kecik2 dulu kalo berdiri kat depan umah bleh nmpk genting dr jauh
mcm kat atas awan je kelihatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni tahun berapa punya list agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
jauhilah dr tempat2 mcm ni...jgn tempah tiket ke neraka yer bg yg muslim...... |
|
|
|
|
|
|
|
pattaya, bali, genting...semua dekat je |
|
|
|
|
|
|
|
teringin nak p
5. Rio de Janeiro - Ibu Kota Bogel
mana tahu. alang-alang boleh nampak neymar bogel. lol
|
|
|
|
|
|
|
|
Amsterdam sampai dua kali? |
|
|
|
|
|
|
|
anees~nuhara posted on 15-12-2014 09:24 AM ![](static/image/common/back.gif)
genting pon masuk? ohh maiii..terbesar di asia lak tu
bangga kerajaan mesia ye dok ![](static/image/smiley/default/sweat.gif)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|