CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2618|Reply: 7

ok.. korang silakan pilih nak kentut perisa apa..

[Copy link]
Post time 17-12-2014 07:22 PM | Show all posts |Read mode
Wow !!! Pil ubah KENTUT dari busuk kepada wangi berperisa Coklat dan Bunga Ros


Seorang saintis dan pereka cipta yang berasal dari Perancis, berjaya mencipta sejenis pil yang mampu meng­ubah bau kentut manusia menjadi wangi.

Portal berita mirror.com melaporkan, Christian Poincheval, 65, mendakwa pil tersebut bukan sahaja memudahkan penghadam­an, tetapi mampu membuatkan kentut berbau seperti coklat atau bunga ros.

Jelas beliau, pil itu sangat sesuai untuk hadiah Hari Krismas.

Sebelum ini Poincheval telah menjual pil kentut dengan bauan mawar, tetapi kali ini dia mengeluarkan versi coklat hanya untuk perayaan itu.

Katanya, sebotol pil kentut itu dijual pada harga 7.90 hingga 9.99 pound (RM52.14-RM89.50) dan menawarkan beberapa manfaat lain seperti mengurangkan angin dan baik untuk perut kembung.

Poincheval berkata, dia mula menjual pil itu yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi melalui laman webnya, pilulepet.com pada tahun 2006 dan mendakwa jualan pil tersebut sa­ngat menggalakkan.

“Ada yang membelinya kerana masalah perut kembung dan ada juga sebahagian mereka membelinya sebagai jenaka untuk dihantar kepada rakan-rakan. Setiap kali Hari Krismas, jumlah jualan sentiasa meningkat.

“Pil ini diperbuat daripada campuran sayur-sayuran, arang, Adas, lithothamne (rumpai laut), propolis (resin tumbuhan) dan blue­berry,” katanya

sumber : http://www.utusan.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2014 09:28 PM | Show all posts
susah2 je, perisa dereyan satu.

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 10:48 PM | Show all posts
Siaran ulangan tiap kali nak xmas ada je citer ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
creative nya
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 08:29 AM | Show all posts
asterukkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 12:15 PM | Show all posts
pelik-pelik aih. dah kalau makan bercampur macam-macam, nak juga ke keluar bau ros?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2014 12:21 PM | Show all posts
kekeke..tahun lps punye dia blom cipta perasa cekelat..tu yg ulang semula kot..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2015 12:40 PM | Show all posts
bau ros mesti perempuan sukakan hahahah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.063553 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list