Aksesori Bermotifkan Makanan — WOW!
Norihito Hatanaka merupakan pereka aksesori makanan palsu. Kebiasaannya, kilang beliau mewujudkan ‘industri seni model makanan’ untuk dipamerkan di restoran. Sehinggalah pada suatu hari, beliau terfikir ingin membuat sesuatu yang lain daripada yang lain dengan menggunakan kepakaran seni mereka.
Beliau memikirkan apa yang perlu dibuat untuk mengetengahkan makanan palsu kepada umum. Jadi, beliau yang turut meminati fesyen, mengambil keputusan untuk membuat aksesori yang mempunyai motif makanan. Beliau mendapatkan sumber inspirasi daripada pemandangan seharian dan berkata, makanan biasa yang boleh dijumpai setiap hari sebenarnya adalah sangat menarik walaupun tidak ramai yang menyedarinya. Rantai leher kari Gelang tangan dan anting-anting bacon Rantai leher buah-buahan Cekak rambut spaghetti Rantai leher spaghetti dan telur Aksesori pancake Rantai leher spaghetti tomato Anting-anting kentang goreng dan burger Cekak rambut bacon dan telur Aksesori donut Rantai leher spaghetti bolognaise Anting-anting spaghetti Cekak rambut french toast Rantai leher dan cincin omelet Cantik dan menakjubkan hasil seni beliau! Penulis sendiri sukakan Rantai leher spaghetti tomato, anda? Sumber: Boredpanda
wanista.com
|