Joyce (atau dikenali sebagai Candy Makeup Artist), 23, sangat meminati bidang solekan sejak berusia 14 tahun. Pada usia 16 tahun, beliau membuat keputusan untuk menyertai sekolah make-up artist di Amsterdam. Di sana, beliau banyak memperoleh ilmu mengenai solekan disamping telah memupuk minatnya terhadap penggayaan. Sekarang, Joyce telah melakukan pelbagai penggayaan seperti penggayaan kepala, pakaian tanpa jahitan, latar belakang fotografi dan sebagainya. Setiap kerja seni Joyce memerlukan banyak tenaga dan masa kerana beliau melakukannya sendirian daripada penggayaan, solekan sehinggalah kepada fotografi. Namun, bagi Joyce, hasil titik peluhnya berbaloi dan mampu membuatkannya gembira setelah melihat semua karya hasil usahanya sendiri terhasil dengan cantik. Sebagai contoh, 15 gambar di bawah merupakan hasil seni solekan ekstrem daripada Joyce yang diinspirasikan daripada dunia fantasi gelap. Sangat menarik! ![](http://cdn.wanista.com/wp-content/uploads/2014/12/1275998_700881389939705_1270264664_o2__700-637x1024.jpg)
sumber:wanista.com
|