Dinding ini dari jauh kelihatan cantik dan berwarna-warni. Tetapi jika dilihat dari dekat, mungkin anda akan menarik balik pujian yang anda berikan. Dinding di Seattle, Amerika Syarikat ini sebenarnya dilekat dengan berjuta-juta gula-gula getah yang dimakan oleh pelancong yang lalu lalang di situ. Menurut penduduk di sekitar itu, gula-gula getah yang pertama dilekatkan di dinding itu adalah pada 20 tahun lalu dan semenjak itu ia telah diberi jolokan ‘bubble gum alley’ ( lorong gula-gula getah ) dan menjadi tarikan pelancong di seluruh dunia. Selain itu juga, tarikan pelancong itu pernah dinobatkan sebagai salah satu tarikan pelancong paling kotor di dunia oleh TripAdvisor, dengan beberapa lapisan beberapa inci tebal dan setinggi 15 kaki.
sumber:wanista.com
|