Tahukah anda ada Program Second Honeymoon atau Program Bulan Madu Kali Kedua? Program pasca perkahwinan ini yang dilaksanakan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dikatakan telah berjaya menyelamatkan hampir 98 peratus rumah tangga pasangan yang menyertai program itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Muhammad Pehimi Yusof berkata, daripada 772 pasangan yang menyertai program itu, hanya lapan pasangan yang tetap meneruskan hasrat mereka untuk berpisah.
Bagi peserta yang bakal menyertai program ini, mereka diharuskan menghadiri kursus 1 hari dan nanti peserta kursus akan dihantar menyertai program Second Honeymoon. Akan tetapi, program ini hanya untuk yang berkahwin bawah 5 tahun sahaja. Pasangan akan dibawa ke percutian tiga hari dua malam di resort sekitar Terengganu diantaranya Arwana Perhentian Eco Resort.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah :
1. Bengkel pertama adalah suai mesra dan cakna pasangan. Padangan dikehendaki memperkenalkan diri dan beritahu keistimewaan pasangan masing-masing.
2. Candle light dinner. Pada waktu ini, suami tunggu di lobi, isteri akan menyiapkan makanan. Mereka akan diberikan 1 pinggan, 1 sudu, 1 pisau,1 gelas, 1 mangkuk untuk makan bersama-sama. Hari berikutnya, giliran para suami menyediakan makanan untuk para isteri.
3. Ada juga bengkel Pengurusan Konflik dan Stress dan juga bengkel kedua iaitu Pengurusan Sumber Kewangan.
4. Akhir sekali terdapat sesi Ikrar Cinta dimana setiap pasangan diberikan masa untuk menulis ikrar cinta terhadap pasangan masing-masing.
Program Second Honeymoon yang diperkenalkan sejak 2010 ini menunjukkan hasil setelah hanya 1.2 peratus sahaja daripada jumlah pasangan yang menyertai program ini tetap meneruskan hasrat mereka untuk berpisah.
Sumber info & gambar : Berita Harian & Marinahunny.blogspot.com
sumber:wanista.com
|