CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2724|Reply: 1

[Pelbagai] Apa yang terdapat di sebalik Buku Tanda Merah???

[Copy link]
Post time 29-12-2014 03:00 PM | Show all posts |Read mode
Mungkin tidak ramai yang tahu apakah itu sistem Tanda Merah. Ia bukanlah perkara yang sinonim dalam kalangan generasi muda pada masa kini. Tanda Merah merujuk sistem buku yang digunapakai di perpustakaan untuk mengawasi buku yang dilabel menyentuh sensitiviti masyarakat seperti agama, perkauman dan politik.
Namun, sejauh manakah buku kategori ini masih boleh dibaca pada masa kini. Sebenarnya, masih wujud buku sejarah tanah air yang diawasi menerusi sistem Tanda Merah dan ia masih boleh dibaca pada masa kini.

Buku gerakan haluan kiri antara bahan bacaan yang mencatat permintaan tinggi iaitu kerap dibaca khusus dalam kalangan mahasiswa.
Secara prinsipnya, buku yang dilabel Tanda Merah ini tidak boleh di bawa keluar dari perpustakaan dan harus dikawalselia di dalam bilik khas yang menyimpan segala khazanah yang dikhuatiri tersebar luas.
​
​Tidak dinafikan banyak buku sebegini diasaskan daripada pemikiran mereka yang pernah menyertai Parti Komunis Malaya (PKM).

​Antara buku sejarah berhaluan kiri Tanah Melayu yang dilabelkan sebagai Tanda Merah adalah Gerakan Kiri Melayu Dalam Perjuangan Kemerdekaan (Mohamed Salleh Lamry), Sejarah Dan Perjuangan Kemerdekaan (Abu Samah Mohd Kassim), Abu Samah Abdul Kassim : Pejuang Kiri Kemerdekaan Zurian Dato Bahaman (Mohamed Salleh Lamry) dan Siti Norkiah Mahmud : Srikandi Dari Pahang Utara (Mohamed Salleh Lamry).
&#8203ensyarah Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dato' Dr. Mohammad Agus Yusoff berkata, bukan semua pejuang Melayu berhaluan kiri adalah komunis.
"Seperti Ahmad Boestaman dan Pak Sako, agenda dan menifesto mereka bertentang dengan kerajaan tetapi untuk apa? Untuk kebaikan rakyat, dan Tanah Melayu juga. Cuma, mereka gopoh dan tidak sabar mahu mendapatkan kemerdekaan," katanya kepada Malaysian Digest.

Mengenai pengawalan buku sejarah berhaluan kiri ini yang diibarat menipu rakyat, beliau menegaskan bahawa generasi muda pada masa kini khusus golongan mahasiswa mempunyai keinginan untuk mengetahui lanjut di sebalik sesuatu perkara secara lebih mendalam.

“Sebab kegopohan gerakan haluan kiri sebenarnya telah menyedarkan pihak British untuk mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka ini ekstrim dan sebab menggunakan keganasan, pihak British mula rasa tergugat," katanya.
Katanya, atas faktor sedemikian kerajaan menegaskan bahawa buku-buku yang dikawal rapi ini tidak boleh diedar secara terbuka.
"Minda harus mencapai peringkat matang sebelum membuka mukasurat pertama pun. Kalau otak pun diletak dibawah telapak kaki, interpretasi sejarah itu akan menjadi lain. Elok tak ekstrim, boleh bertukar jadi provokasi dan seterusnya demonstrasi," katanya. http://ow.ly/Gww9H

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2015 08:20 PM | Show all posts
berhaluan kri?maksud perkataan tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.060988 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list