CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3588|Reply: 8

Suami Hodoh dicerai Isteri

[Copy link]
Post time 4-1-2015 11:36 PM | Show all posts |Read mode

Gambar Hiasan


PATNA - INDIA. Dunia sudah terbalik, itulah yang terjadi di Patna, apabila kuasa ‘cerai’ beralih tangan kepada golongan wanita.

Wanita dari Bihar di India dilaporkan akan meninggalkan suami masing-masing dek kerana pasangan mereka ‘hodoh’ dan tidak ‘sepadan’, lapor Agensi.

Sejak sebulan lalu, sekurang-kurangnya tiga pasangan pengantin perempuan telah meninggalkan suami mereka ekoran ‘kehodohan’ pasangan masing-masing.

Sementara pada 9 Disember tahun lalu, seorang pengantin perempuan dari Daerah Muzaffarpur meninggalkan suaminya kerana hodoh, hanya selepas lima hari berkahwin.

“Saya bersetuju mengahwini suami yang tidak pernah dilihat wajahnya demi menggembirakan ibu bapa, tetapi sebaik sampai di rumah mentua selepas berkahwin dan melihat wajah suami secara dekat, saya rasa benci dan jijik.

“Dia terlalu hodoh.  Akhirnya, saya memutuskan untuk meninggalkannya. Saya tidak akan kembali kepadanya walau apa pun yang berlaku,” kata wanita itu kepada polis di Patna.

Sementara kejadian sama dilaporkan di ibu negeri wilayah itu, Gardanibag iaitu awal bulan ini di mana pengantin perempuan melarikan diri daripada rumah mentua sehari selepas berkahwin.

Saintis tempatan percaya kejadian seperti ini berlaku kerana kehendak generasi muda (wanita Bihar) terlalu mencari kesempurnaan-SH


[url=]
[/url]



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2015 12:46 AM | Show all posts
kalau suami baik.. penyayang, jujur, pandai cari duit, rugi le awok patna oiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 05:14 AM | Show all posts
dia lawa bebenor ke??....tapi nak wat camne....dia ikot ayat "dari mata turun ke hati"...kalo kat pringkat mata dah fail....macam mana nak ke peringkat seterusnya...tak gitu....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 10:22 AM | Show all posts
uishh..bru 5 ari kawen da kne ceraii.sadisss
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 01:20 PM | Show all posts
kalau dah kahwin tak tengok rupa, gini lah jadinya.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 01:45 PM | Show all posts
Sian kena rejact
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2015 01:49 PM | Show all posts
Abis madu sepah di buang... hehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 05:52 PM | Show all posts
kesian laki kena cerai hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2015 11:49 AM | Show all posts
rupa tu luaran je, jgn lah kisah byk sangat kat luaran tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.089754 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list