View: 2998|Reply: 12
|
Kereta F1 jadi kereta peronda
[Copy link]
|
|
![](http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2015/0112/Kosmo/Dunia/du_03.1.jpg)
KERETA F1 model Caparo T1 yang diubahsuai menjadi kereta peronda polis dipamerkan di Pameran Sukan Permotoran Antarabangsa di Birmingham, Britain kelmarin.
BIRMINGHAM – Polis Britain memperkenalkan sebuah kereta lumba Formula 1 (F1) yang diubah suai menjadi sebuah kereta peronda bagi menangani masalah pemandu yang gemar memandu laju.
Kereta F1 model Caparo T1 yang mempunyai kelajuan melebihi 322 kilometer sejam itu kini dipamerkan di pameran Sukan Permotoran Antarabangsa di sini kelmarin.
Bagaimanapun, kereta tersebut tidak akan digunakan di jalan raya tetapi dijadikan sebagai salah satu kempen keselamatan jalan raya oleh pihak berkuasa.
Seorang jurucakap polis, Superintendan Paul Kessey berkata, pameran tersebut adalah peluang terbaik kepada pihak polis untuk berhubung dengan golongan yang meminati kereta berprestasi tinggi.
“Golongan ini biasanya sukar untuk berbincang atau berjumpa dengan kami tetapi melalui pameran kami boleh berkongsi mengenai kempen keselamatan jalan raya dengan mereka.
“Mereka yang meminati kereta berprestasi tinggi sudah pasti tidak melepaskan peluang melihat kereta peronda polis ini dan kami akan menggunakan kesempatan itu untuk bergaul dengan mereka,” katanya. – Agensi
|
|
|
|
|
|
|
|
wahhhh penjenayah skrg mesti susah nak lari diri hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Berapa kali terbakor masa test drive... |
|
|
|
|
|
|
|
Guna ni haa...sekali sondol tercampak terus
Idea dr FnF6..2012 F1 Ramp car
![](http://f.ptcdn.info/600/005/000/1369710753-CustomBuil-o.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Baru lah persalah lalu lintas atau penjenayah takut....
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak pun Batmobile macam dalam Batman Begins |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak buat salah kenapa nak lari??
|
|
|
|
|
|
|
|
ni utk tuju kt org yg bersalah laaaa![](static/image/smiley/default/sweat.gif) yg x slh dok je la diam2..xyah lari2
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus....
Saya tau awak baik orangnya...
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh ronda ke hahaha terlalu pantas takleh nampak surrounding pun hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan lah bawak laju sangat, tengok kawasan yang sesuai lah.....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|