View: 2406|Reply: 5
|
Taiwan musnahkan 16,000 ternakan
[Copy link]
|
|
Taiwan musnahkan 16,000 ternakan
-
Kakitangan jabatan pertanian memusnahkan angsa di ladang di daerah Chiayi, Taiwam. Foto: AFP
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]
TAIPEI - TAIWAN. Sebanyak 16,000 angsa dan itik disembelih di Taiwan dalam usaha kerajaan untuk membendung penularan wabak selesema burung.
Jumaat lalu, pihak berkuasa mengarahkan pemusnahan ayam di sebuah ladang ternakan di daerah selatan Pingtung selepas sampel didapati positif H5N2, salah satu jenis selesema burung.
Menurut AFP, susulan penemuan itu, pegawai memusnahkan 7,500 itik di sebuah ladang di Pingtung dan 8,500 angsa di lima ladang di Yunlin serta Chiayi selepas dua ladang itu dikesan positif H5N8.
Menurut Ketua Biro Kesihatan Haiwan dan Pemeriksaan dan Kuarantin Tumbuhan, Chang Su-san, virus H5N8 tidak pernah ditemui di Taiwan sebelum ini dan ia dipercayai dibawa oleh burung yang berhijrah ke negara itu.
"Kebanyakan pemilik ladang ternakan angsa dan itik diminta mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak mencampurkan spesies ayam dengan burung," katanya.
Virus H5N8 sebelum ini telah melanda Eropah, Korea Selatan, Jepun, Kanada dan Amerika Syarikat.
kredit:sinar harian
|
|
|
|
|
|
|
|
"Virus H5N8 telah melanda Amerika Syarikat"
itu yg aku nak dengar tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau virus h5N8 landa Malaysia pulak? |
|
|
|
|
|
|
|
Harap2 tak sampai ke Malaysia le |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn le..minta dijauhkan dri Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tau positif kalau ada wabak camni serang malaysia? Harga ayam turun....macam masa H5N1 dikesan kat danau Kota dulu. Virus tu jumpa kat situ aje, tapi harga ayam satu malaysia jatuh RM4 sekilo |
|
|
|
|
|
|
| |
|