CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7979|Reply: 29

kisah kawanku

[Copy link]
Post time 18-1-2015 02:52 PM | Show all posts |Read mode
hi,selama ini saya merupakan SR tegar di MPS. namun, hati saya telah digaru2 untuk berkongsi cerita. Eh, maaf, kita kembali ke cerita asal.

                    ok ceritanya macam ni. saya ada seorang kawan, kita gelarkan dia sebagai SYU lah ye. SYU ni bekerja sebagai akauntan disalah sebuah syarikat disekitar bandar saya tinggal. biasalah kerja sebagai akauntan ni, baliknya tak menentu kadang kala awal,kadang2 OT sampai lewat malam. tapi, opismate yang senior selalu pesan,jangan balik lepas jam 7.tapi SYU malas nak ambik port. Dipendekkan cerita, malam tu SYU terpaksa balik lewat sebab waktu ni hujung bulan(waktu ni,dia baru masuk kerja,first time OT) dia kena buat kerja ape ntah. kita bukan org akaun,so,kita tak tau... malam tu,dia OT sorg2 sebab opismate semua dah balik. Tiba2 dia dengar bunyi org bejalan, mula2 dia malas nak kisah,mungkin pak guard ronda2. tapi, makin dia buat tak layan, makin menjadi je bunyi2an aneh. bunyi cawan belaga la,bunyi kerusi la. tapi SYU ni jenis org yang agak cekal hatinya, dia teruskan kerja yang dia buat.
                     
                   melihat kedegilan SYU,mungkin benda tu marah.TUP, kepala syu dibaling dengan kertas yang digumpal2.(diorg kutip dlm bakul sampah kut)
mereka main lempar2 pulak. SYU pon cakap dgn diorang ni. "maaflah ye,kalau saya menggangu,saya tengah buat kerja ni,bagi saya habiskan kerja dulu,dah tu saya balik". lepas SYU cakap mcm 2, tetiba nampak ada kelibat hitam berjalan laju menuju kearahnnya,tapi setengah jalan je la. dah tu,hilang. SYU sambung balik kerja,kertas yang diatas meja jatuh, dia pun kutip. dah dia angkat kepala dia NAMPAK jeng jeng jeng....


                   benda tu bertengek atas divider ofis,dapat bayangkan x. dia kata benda tu pakai jubah hitam,rambut panjang,sampai cecah meja. muka pulak tak nampak sebab ditutup rambut. SYU tak tahan,dia capai beg, call tunang dia mintak jemput.sebab rumah tunang dia dekat je dengan ofis. waktu dia tunggu pulak satu hal, tunggu depan ofis,dia nampak makhluk lain pulak usha dia, macam kanak2 tapi telinga dia panjang,tajam diatas dok main cak2 dekat tiang bangunan sampai la tunang dia jemput. dah tunang dia sampai, dia tengok si SYU ni pucat semacam. dia ajak la SYU ni minum2 dikedai. waktu tu la SYU cerita dekat dia apa yang dah jadi.


                   lepas minum2, depa dua ni gerak la pulang ke rumah SYU. lupa nak cakap, tunang SYU ni naik moto waktu jemput SYU. dia pesan kalau nampak apa2,cubit lengan dia. dah otw ni, mereka dua tak cakap apa2,sampai lah disebuah selekoh, SYU terkam lengan tunang dia (padahal tunang kasi cubit je)  sebab dia NAMPAK, seekor makhluk berambut panjang, muka putih sambil jelir lidah dekat dia. lidah dia syu cakap, panjang sampai jejak tanah, mulut dia pulak macam koyak. tunang syu pulak paksa dia tutup mata lepas tengok benda tu. tapi,SYU ni degil. tutup sekejap je,dah tu dia bukak balik. waktu bukak tu,dia nampak pulak ada benda terbang sebelah moto diorang ni,sambil senyum simpul menjeling kearah diorang. apalagi,terkejut la dia. dia kata, benda tu ikut terbang sampaila dekat simpang masuk lorong rumah,dah tu hilang. sampai dirumah dia terus cerita dekat parents. diorang tenangkan SYU,tunang pulak, terus balik.
              esoknya, SYU terus diserang demam panas. dapat MC. dia call bos dia. bagitau dia dapat cuti dan mintak maap sebab tak siap keja n tak tutup komputer.hahaha..katanya nasib baik, benda tu tak kacau lebih2. Alhamdulillah, lepas kejadian tu,opismate pesan macam2 dkt SYU.dia pun dah kurang degil and tak OT dah.ade keja tak siap dia buat kat rumah je.
kalau ada masa saya cerita lagi kisah2 yang saya alami pulak ye.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2015 02:57 PM | Show all posts
SYU jenis yg terbuka hijab nya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2015 03:03 PM | Show all posts
sekel replied at 18-1-2015 02:57 PM
SYU jenis yg terbuka hijab nya

tak tau la. dia waktu dkt asrama dulu slalu nmpk yg pelik2. tp dia buat2 bodoh je. dia ni memang berani sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2015 06:01 PM | Show all posts
best la.. ada marka ada sixth sense..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2015 07:52 PM | Show all posts
biasa kalau ada 6th sense ni, org ni kuat semangat
nak kata berani tu tak juga, maybe mcm dah lali la
aqua ada sorang kwn, mmg dia boleh nampak benda2 ni

sampai 1 tahap dia terpaksa berubat sbb 6th sense ni study dia
terganggu, dia terpaksa extend sem sbb asyik missed class
kesihatan kejap ok selalu tak ok

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2015 01:07 AM | Show all posts
lavender_aqua replied at 18-1-2015 07:52 PM
biasa kalau ada 6th sense ni, org ni kuat semangat
nak kata berani tu tak juga, maybe mcm dah lali  ...

mmg kuat semangat. pernah satu hari 2, wktu lepak2 tgh malam dkt koridor hostel(sptutnya dah tak leh kluar bilik,waktu tutup lampu). dia ternampak sumthing. tapi dia boleh pulak dia cover mata kita guna tgn dia n cakap jgn menjerit,pdahal waktu tu dia yg nmpk...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-1-2015 01:13 AM | Show all posts
Dewa19XKangen replied at 18-1-2015 06:01 PM
best la.. ada marka ada sixth sense..

tp kdg2 takut nak dekat dgn dia ni.hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2015 08:05 AM | Show all posts
kevsgurls replied at 19-1-2015 01:07 AM
mmg kuat semangat. pernah satu hari 2, wktu lepak2 tgh malam dkt koridor hostel(sptutnya dah tak l ...

mcm lawak tp seram juga

aqua pernah je balik lambat
dekat tangga yg paling dekat utk balik ke bilik aqua, ada pokok besar,
tinggi dia sampai ke tingkat paling atas, tingkat 4, aqua pulak tinggal kat tingkat 4
pernah la selalu rasa semacam tau, as if ada orang perhati
tapi tak layan la perasaan tu, kuatkan semangat dan langkah tiap 2 anak tangga
tu la sapa suruh balik lambat, tp nak buat mcm mana, assignment banyak
buat sorang2 ada part kita tak reti, jadi buat bersama2 dgn classmate yg tinggal kat tingkat bawah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2015 10:55 AM | Show all posts
ni terbuka hijab la ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2015 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
lavender_aqua replied at 19-1-2015 08:05 AM
mcm lawak tp seram juga

aqua pernah je balik lambat

haaa,mmg,lagi2 balik memalam.,,memang seriau..teringat. kita ni slalu lepak bilik kwn,sedar2 dh pkl 2.huhu.mcm2 yg kita kena lalu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2015 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 19-1-2015 10:55 AM
ni terbuka hijab la ni..

mungkni la,tp dia ni..x la all the time tgk....biasa,kite lak tgk jd rupa org lain..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2015 12:10 PM | Show all posts
kevsgurls replied at 19-1-2015 11:23 AM
haaa,mmg,lagi2 balik memalam.,,memang seriau..teringat. kita ni slalu lepak bilik kwn,sedar2 dh pk ...

tu la banyak kenangan dan pengalaman sebenarnya
tak kira di hostel atau ofis
tinggal benda tu nak tunjuk diri atau tak je

nnt sambung lagi cerita
seronok baca

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2015 12:19 PM | Show all posts
sila sambunggg lagi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2015 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
lavender_aqua replied at 19-1-2015 12:10 PM
tu la banyak kenangan dan pengalaman sebenarnya
tak kira di hostel atau ofis
tinggal benda tu na ...

In Sha Allah, klau free,hr ni kite type cite ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2015 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
khailya replied at 19-1-2015 12:19 PM
sila sambunggg lagi..

nnti kite type ok.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2015 11:34 PM | Show all posts
        ok, kali ini saya nak bercerita pasal kwn saya yg bernama ina. kisah ni berlaku ketika kami masih di darjah 6. pada waktu ni, kami sedang menghadiri perkhemahan sempena tamat darjah 6. kira macam aktiviti penutupan kokurikulum la. biasala kanak-kanak lagi waktu tu, nakal pun memang YA AMPUN. waktu perkhemahan ni, kami semua tidur didalam kelas yang agak usang (ayah saya pun pernah bersekolah di sini). walaupun ade je block baru, tapi maybe cikgu nak kami rasa susah sikit.kenapa saya kata susah.
kesemua pelajar kalau nak mandi, kena pergi ke toilet block baru. jauh yang amat. ok2, berbalik kepada cerita

          malam tu, malam kedua kami tidur disekolah,malam tu ada aktiviti unggun api. kira ada buat talent show la bagai.kira-kira pukul 11.30 malam tu,aktiviti pun tamat la. dah di tempat tidur tu, kita budak perempuan pun start la menjoyah pasal seorang budak lelaki. dia pun ikut menyanyi sekali tadi. apalagi, memang riuh la bercerita pasal dia. Memang riuh giler la waktu tu. tapi tengah riuh-riuh tu, tetiba ada bunyi berdehem di tingkap. rupanya cikgu Mat tengah mengintai kitaorang yang tak tidur lagi.
tetiba lak, cikgu mat ni, bagi arahan kesemua budak bilik kitaorang ni supaya keluar dan dapat hukuman la nampaknya.

            cikgu mat suruh kitaorang beratur dalam barisan, dekat dalam becak air lumpur. dah tu dia pon membebel. pukul 2.30 baru lah dia lepaskan kami ni,sorang demi seorang yang dia pilih untuk dilepaskan pegi tido . bayangkan berdiri punya lah lama, nak membasuh kaki kena pergi ke block baru yang tak berpenghuni,sorang-sorang pulak tu  huhu. Alhamdulillah, saya takde jumpa apa-apa waktu tu. ina ni pulak merupakan salah seorang ajk tertinggi badan beruniform dia( x ingat lak apa) dan guru yang memimpin diorang pulak adalah cikgu mat. Apalagi, memang kaw-kaw la ina ni punya hukuman,sebab tak larang budak bising and waktu dia sampai ditempat tidur, dia ni termengah-mengah dan pucat. dah la masuk baring celah-celah kitaorang. kitaorang pon pelik la sebab dia tak nak tido dengan besfren dia fatin tapi memasing mengantuk,so buat tak tau je. esoknya waktu breakfast,kami pon paksa dia bercerita.

                              ina pon bukak la cerita.waktu cikgu mat lepaskan fatin,dia siap buat isyarat kat fatin suruh tunggu dekat toilet. x lama lepas tu kan, ina ni pon pergi la macam budak lain, mencuci segala kekotoran. mula-mula kena lalu deretan bangunan darjah 1, lepas tu, lalu , kena lalu bangunan darjah 5 dan bila sampai ditoilet, dia ni nampak si fatin ni duduk atas sinki,macam. ala,duduk macam mencangkung tu, tapi kepala dia dekat lutut. paham idak? ina pon kata ke fatin. "mengantuk lah tu, kejap ye" dan dia pon terusla masuk kedalam toilet. dah selesai segala aktiviti nya didalam toilet dia pon keluar,dan bangunkan si fatin yang tak bergerak-gerak di atas sinki. "wei, bangun, cepat. aku dah selesai" tapi si fatin ni masih jugak statik tanpa bergerak. kejut punya kejut, ditambah pulak dengan kecabulan mulut ina(tak ingat dia cakap apa, tapi ada word hantu2 la.) tiba-tiba si fatin niangkat muka dan menyeringai dekat si ina. ina kata, mata dia putih je, mulut di besar. ina ni terus berlari balik ke bilik. nasib baik sempat balik ye dak, kalau pengsan?.

              sampai dibilik, dia terus pergi baring dekat kitaorang, xnak pergi sebelah si fatin.dan dalam samar-samar tu, waktu dia nak menidurkan diri,dia nampak ada budak putih macam cina,pakai cekak rambut kaler merah tengah tengok dia,dah tu dia tertidur dan dia kata,sampai sekarang dia tak tau siapa amoi yang dok usha dia malam tu.

*(sbnrnya ada lagi kisah ina ni mlm tu,tp lupa,sorry)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2015 01:35 PM | Show all posts
cekalnye buat ot sampai malam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2015 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
wafeloren replied at 20-1-2015 01:35 PM
cekalnye buat ot sampai malam

kena la ot,dh keje x setel..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Dasat gak cite ina tu.

Darjah 6 kecik la lagi.

Kalau aku,tak langkah seribu pengsan dulu kat situ kot
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Best cite ko tt.

Parking sini.

Nanti ada story sambung lagi ek
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.136039 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list