CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6391|Reply: 1

Tips Musim, Cuaca Dan Suhu Di Jerman

[Copy link]
Post time 15-2-2015 01:10 PM | Show all posts |Read mode
BY KHAIRUL ABDULLAH
Mengikut kalendar ekuinoks, di Jerman ini musim terbahagi kepada 4, iaitu musim sejuk, bunga, panas dan luruh. Secara rasminya musim akan bertukar setiap 3 bulan sekali pada 21 haribulan.
Berikut adalah jadual perubahan musim di Jerman.
—————————————————————————————————————-
Musim Bunga (Spring) – Mac, April, Mei (22 Mac – 21 Jun) Suhu di antara 3 – 15 darjah celcius
Musim Panas (Summer) – Jun, Julai, Ogos (22 Jun – 21 Sept) Suhu diantara 15 – 30 darjah celcius
Musim Luruh (Fall/Autumn) – Sept, Okt, Nov, (22 Sept – 21 Dis) Suhu diantara1 – 9 darjah celcius
Musim Sejuk (Winter) – Dis, Jan, Feb (22 Dis – 21 Mac) Suhu diantara negatif15 – 2 darjah celcius
—————————————————————————————————————-
Namun begitu, perubahan cuaca atau suhu adalah tidak tetap seperti tarikh yang ditunjukan di atas. Tidak bermakna apabila masuk tarikh 22 haribulan, suhu dan cuaca terus berubah. Ia mengambil masa di dalam 2 minggu awal atau akhir dari tarikh tersebut dan perubahan dirasa secara beransur-ansur dari panas kepada sejuk dan sebaliknya.
Terdapat beberapa petanda atau simptom yang menunjukkan musim tersebut sedang berubah.
Musim Bunga (Spring)
Permulaan Musim Bunga – Hellbrun Park Palace, Salzburg Austria

Musim bunga bermula apabila semua ranting-ranting pokok mula mengeluarkan daun, dan ada pokok yang berdaun (tidak gugur di musim sejuk) mula mengeluarkan bunga. Di dalam tempoh sebulan hampir kebanyakan pokok mula kembali berdaun lebat dan yang berbunga akan galak mengeluarkan bunga. Tumbuhan di dalam apartment saya akan turut mengeluarkan pucuk dan tunas baru ketika musim ini (sepanjang 3 musim yang lain pokok tersebut hanya diam membisu). Pokok yang paling galak berbunga adalah Cherry Blossom ataupun dipanggil Sakura.
Tulips mula memenuhi taman-taman dengan pelbagai warna. Bagi yang allergik dengan debunga, agak sukar berjalan-jalan di taman kerana proses pendebungaan sedang berlaku bagi menuai hasil (buah) di musim panas nanti.
Musim Panas (Summer)
Penghujung musim panas di Black Forest, Baden-Wuttermberg

Musim panas adalah musim yang paling digemari. Pancaran terik matahari merupakan satu rahmat yang tidak ternilai. Musim panas juga merupakan musim cuti. Masa yang sesuai untuk berjalan makan angin.

Lalat sudah mula kelihatan (sudah bangun dari hibernisasi) manakala burung-burung mula bernyanyi riang


Permulaan musim panas dapat dilihat apabila bunga-bunga mula berguguran dan matahari mula memancar terik seawal jam 5.15 pagi. Pokok-pokok sudah mula berdaun hijau yang gelap. Lalat sudah mula kelihatan (sudah bangun dari hibernisasi) manakala burung-burung mula bernyanyi riang. Gadis-gadis Jerman mula berseluar pendek dan berskirt singkat. Padang atau kawasan rumput di taman-taman mula dipenuhi degan manusia yang berjemur.
Matahari terbit seawal jam 4.40 pagi di musim panas dan hilang disebalik horizon ketika jam 9.45malam – ertinya siang hari yang sangat panjang. Sangat sesuai untuk bercuti ketika ini, kerana mempunyai banyak masa untuk berjalan-jalan. Namun harus diingat yang kadar harga hotel dan tiket penerbangan dan juga keretapi adalah mahal ketika ini kerana dikira sebagai “peak season”.
Oh Ya…jarum jam akan dianjak sejam kehadapan bagi mengikut Daylight Savings Time. Sila baca tulisan saya sebelum ini.
Musim Luruh (Fall/Autumn)
Golden Autumn – penghujung musim luruh di Frankfurt

Ketika ini tekak mula terasa panas, hidung mula berair dan terasa seperti hendak demam akibat perubahan cuaca panas ke sejuk dengan langit yang sentiasa mendung dan hujan sekejap-sekejap.

Ketika ini akan sibuklah orang-ramai membeli stok-stok makanan, baju dan jaket tebal, video games, buku dan sebagainya untuk persiapan “berhibernisasi” juga


Petanda musim luruh mudah dilihat apabila daun-daun pokok mula bertukar warna kepada merah, coklat dan juga perang dan kemudiannya kesemua daun-daun tersebut mula gugur. Ada juga spesis-spesis pokok yang tidak berubah yakni tidak berhibernisasi di sepanjang musim sejuk di mana daunnya tetap kekal hijau. Suhu akan mula jatuh dari sekitar 21-25darah celcius kepada 12-19darjah celcius. Apabila masuk pertengahan bulan oktober makan suhu akan berada sekitar 2-10darjah celcius.
Ketika penghujung bulan November, semua pokok akan hanya tinggal batang dan ranting (kecuali pokok yg tidak berhibernisasi) maka petanda awal yang musim sejuk sudah hendak tiba. Ketika ini akan sibuklah orang-ramai membeli stok-stok makanan, baju dan jaket tebal, video games, buku dan sebagainya untuk persiapan “berhibernisasi” juga.
Musim Sejuk (Winter)
Pandangan dari tingkap apartment saya

Musim sejuk pula tidak semestinya bersalji. Salji memang sentiasa dinantikan ketika menjelang Krismas iaitu pada 25 Disember. Namun salji juga adalah seperti hujan, tidak turun setiap hari dan tidak turun sepanjang hari. Ketika cuaca musim sejuk yang agak baik, salji hanya turun sekali sekala, mungkin 3-4 kali sepanjang musim, bagi kawasan tanah tinggi, salji lebih kerap, hampir setiap hari sepanjang musim. Namun tidak sepanjang hari, hanya sekejap-sekejap.

Sekiranya ada pejalan kaki yang jatuh akibat tergelincir di hadapan rumah anda (akibat salji yg tidak dibersihkan) anda akan disaman!


Ketika ini hospital sering dipenuhi pesakit yang terjatuh akibat tergelincir (terpijak black ice – ais di bawah lapisan salji). Pekerja majlis bandaraya akan sibuk seawal pagi menabur pasir di laluan pejalan kaki (bagi memberi cengkaman lebih) dan jentolak mula membersihkan jalan-jalan utama.
Sekiranya tinggal di rumah bertanah (landed property – bukan apartment) anda diwajibkan membersihkan laluan di hadapan rumah anda. Sekiranya ada pejalan kaki yang jatuh akibat tergelincir di hadapan rumah anda (akibat salji yg tidak dibersihkan) anda akan disaman!
Pada 2010 salji turun awal pada bulan November dan cuaca sangat buruk – seluruh Eropah bergelumang salji tebal. Banyak penerbangan dibatalkan, begitu juga perkhidmatan pengangkuan awam yang lain – banyak tergendala dan terkandas.
Pada 2011 pula salji hanya turun beberapa kali bermula selepas Krismas dan beberapa kali di bulan Januari.
Jika anda berhajat untuk datang bercuti ke tika winter, sila baca tips di sini.
——————————————————————————————————————
Pada tahun ini, cuaca agak sejuk tidak seperti tahun lepas yang lebih “warm”. Musim panas tahun ini agak singkat yang mana hanya 2-3 minggu sahaja cuaca betul-betul panas dari sepanjang 3 bulan yang diperuntukkan. Selebihnya adalah dingin dan memerlukan jaket nipis untuk keluar dari rumah.

Pada 28 September nanti jarum jam akan dianjakkan sejam kebelakang dan akan menjadi lewat 7 jam


Dijangkakan musim sejuk akan datang awal tahun ini dan pasti salji akan lebih tebal dari tahun sebelumnya. Maka akan bermulalah episod muram dan sepi sepanjang 3 bulan. Siang sangat pendek, dimana pukul 4.30 petang sudah mula gelap. Tidak boleh keluar berjalan-jalan kerana sangat sejuk.
Oh ya..masa juga akan berubah, kalau sebelum ini Jerman adalah 6 jam lewat dari Malaysia (DAYLIGHT SAVINGS TIME), dan pada 28 September nanti jarum jam akan dianjakkan sejam kebelakang dan akan menjadi lewat 7 jam kembali ke waktu asal (LOCAL STANDARD TIME). Sila baca tulisan saya sebelum ini.
Apa yang saya nak buat musim sejuk nanti? ENTAHLAH..I dont know…mungkin hanya duduk di rumah dan menggemukkan diri.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2024 02:15 AM | Show all posts
[AceHand SPECTaceLAR]

Museng panas pong sejok...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.073832 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list