Audi menunaikan janjinya dengan membawa model Audi R8 e-tron ini ke 2015 Geneva Motor Show untuk tatapan umum. Model Audi R8 e-tron ini dikuasakan oleh bateri dan mula-mula diberi bayangan pada tahun 2009 ketika keluarnya versi konsep kereta tersebut. Produksi kereta ini sudah lama disahkan tetapi kekurangan sambutan dan teknologi yang sesuai membuatkan projek ini ditangguh. Kereta ini didatangkan dengan bateri lithium-ion berbentuk T yang diterapkan ke dalam rangka kereta ini di bahagian tengahnya. Bateri itu mempunyai kapasiti 92-kWh yang mampu menggerakkan kereta Audi R8 e-tron ini sehingga anggaran jarak 450km. Audi juga turut mengatakan yang bateri kereta ini boleh dicas sepenuhnya kurang dari 2 jam. Kebanyakan struktur kereta ini diperbuat daripada gentian karbon bagi mengimbangi semula berat beban yang ditambah oleh pek bateri yang besar itu. Output kereta ini dikatakan lebih kurang 456HP dan 919Nm tork hasil daripada dua motor elektrik pada bahagian belakang kereta tersebut. Kereta ini juga dibina dengan sistem rear-wheel-drive sahaja atas sebab keberkesanan reka bentuknya. Audi R8 e-tron ini mampu membuat pecutan 0-100km/j dalam masa 3.9 saat sahaja sebelum ianya mencapai kelajuan maksimum dalam lingkugan 210 sehingga 250km/j. Audi mengatakan yang platform Audi R8 e-tron ini merupakan satu tikus makmal bagi menghasilkan “kereta elektrik bercirikan sedan.” Ini sedikit sebanyak memberikan kita konsep yang Audi sedang cuba untuk bersaing dengan Tesla dalam kategori kereta elektrik sedan. kredit:www.arenakenderaan.com
|