Versi terbaru ini diberi gelaran Agera RS dan ianya didatangkan dengan 1,160HP dengan menggunakan enjin 5.0-liter V8 yang sedia ada. Jika dibuat perbandingan, model semasa Agera R hanya menghasilkan 960HP dan Agera S pula mampu menjana sehingga 1,016HP. Yang menarik sekali, Kereta Koenigsegg Agera RS ini menghasilkan output 1,160HP hanya dengan menggunakan minyak biasa. Koenigsegg One:1 dan Regera kekal sebagai kereta yang lebih hebat dengan penghasilan output sehingga 1,341HP dan 1,500HP bagi setiap model. Selain dari enjin yang lebih berkuasa tinggi, Agera RS ini juga mengambil sedikit sebanyak penambahbaikan dari model One:1 yang termasuk pengedap udara ringan dan komponen aero dengan tujuan untuk menambah daya tujahan ke bawah. Ini termasuk splitter hadapan, sayap kecil hadapan dan pengudaraan di belakang tayar hadapan. Transmisi yang digunakan bagi kereta ini ialah dwi-klac 7-kelajuan. Pembeli juga turut diberikan pilihan tambahan yang banyak bagi menambah prestasi kereta ini. Ini termasuk pakej aero yang berbeza, sistem suspensi aktif dan penyerap hentak aktif. Hanyak 25 contoh kereta Agera RS akan dibangunkan bagi produksi dan sudah 10 slot ditempah buat masa ini. Koenigsegg menyimpan hasrat untuk membuat rekod catatan masa terpantas bagi kereta produksi di Nurburgring yang kini dipegang oleh Porsche 918 Hybrid pada tahun 2013 yang lalu. kredit:www.arenakenderaan.com
|