McLaren P1 GTR siap sedia ke trekMcLaren mungkin pembuat kereta lumba pertama, tetapi ia juga telah dikenali sebagai pembuat supercar hebat sejak beberapa dekad lalu. Kali ini di Geneva, mereka pamerkan sesuatu di antara kedua-dua jenis ini, yakni sebuah kereta mempunyai kedua-dua ciri tersebut.
Mempersembahkan McLaren P1 GTR baru, dan ianya telah membuat penampilan secara langsung di Geneva Motor Show semalam. McLaren P1 GTR ini direka berdasarkan hypercar hibrid jutaan dollar McLaren P1, tetapi ditala khusus untuk trek. Di pendekkan cerita, McLaren P1 GTR ini telah dibuat khusus bagi peminat berduit sebagai alat mainan mereka dalam litar tertutup.