Nissan Sway pamerkan konsep hatchback kompak masa hadapanNissan memberikan sekilas pandangan reka bentuk hatchback kompak akan datangnya dengan Konsep Sway pada 2015 Geneva Motor Show baru-baru ini. Kecil, hatchback berbentuk telur mengkombninasikan elemen penggayaan kereta pertunjukan Nissan sebelum ini dipakejkan menjadi sebuah kompak lima pintu yang cukup menarik. Apa yang pasti, Nissan tidak menyebut tentang powertrain kompak ini.
Ciri paling menarik pada Sway adalah hud melengkung yang membawakan gril berbentuk V mendalam seperti konsep Lannia. Elemen reka bentuk ini diapit lampu LED berbentuk bumerang, dan terdapat sedikit sentuhan kreatif dengan warna aksen oren di bawah pengambilan udaranya. Motif bumbung terapung Nissan juga membuat penampilan di sini, walaupun ia tidak cukup sebagai jelas pada kenderaan yang lebih besar.
Bahagian dalamnya muncul sebagai tempat yang selesa untuk memandu dengan bumbung panorama kaca dan cermin depan yang terangkat atas kepala penumpang di hadapan. Pemandu pula mendapat kluster instrumen ringkas yang yang dikuasai oleh hanya dua tolok, tetapi terdapat sebuah tablet di tengah-tengah papan pemuka untuk memberikan maklumat tambahan.
Menurut Nissan, seluruh motif utama Sway adalah untuk membawa gaya hatchback kompak ke arah yang lebih berani.
Sumber : Autoblog
kredit:www.arenakenderaan.com