CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3641|Reply: 13

Xiaomi Redmi 2 Akan Dilancarkan Di Malaysia

[Copy link]
Post time 10-3-2015 01:25 AM | Show all posts |Read mode
Pengeluar peranti berkos rendah, Xiaomi sedang dalam proses melancarkan sebuah peranti di Malaysia dan agak mudah untuk mengagak peranti yang akan dilancarkan adalah Xiaomi Redmi 2.

Xiaomi Redmi 2 Akan Dilancarkan Di MalaysiaXiaomi Redmi 2 merupakan sebuah telefon pintar tahap permulaan yang telah diperkenalkan Januari lalu namum belum memasuki pasaran Malaysia sehingga kini dan nampaknya itu bakal berubah 11 Mac ini.

Telefon pintar ini dilengkapi skrin 4.7 inci 720p, pemproses 64 bit quad core Snapdragon 410 dengan sokongan 1GB RAM LPDDR3, ruang storan 8GB dan didakwa mempunyai prestasi 50% lebih baik berbanding Redmi 1 sebelumnya. Kamera utamanya berkeupayaan 8MP f/2.2 dengan lensa 5 elemen manakala kamera hadapannya berkeupayaan 2MP yang boleh merakam video 720p.

Baterinya berkapasiti 2,200mAh yang dibangunkan Samsung dan dilengkapi teknologi pengecasan pantas QuickCharge yang mempercepatkan proses pengecasan sebanyak 40%. Walaupun mempunyai bateri yang lebih besar, telefon pintar ini lebih ringan dan nipis berbanding model sebelumnya dengan berat/ketebalan 133 g/9.4mm berbanding 158 g/9.9mm untuk model Redmi asal. Redmi 2 menjalankan Android 4.4 dengan antaramuka MIUI 6 terbaru dan menyokong rangkaian 4G LTE.

Terdapat juga varian Redmi 2 dengan 2GB RAM dan 16GB ruang storan, namun tidak dapat dipastikan samda Xiaomi akan membawa masuk varian ini atau varian 1GB RAM/8GB ruang storan atau membawa masuk kedua-duanya.
Redmi 2 dipasarkan di China pada harga CNY799 atau lebih kurang RM 470, namun jika disertakan GST 6% yang akan bermula April ini, harganya akan menjadi lebih kurang RM 498.20.

kredit:www.techkini.com

                               
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2015 07:33 AM | Show all posts
Ramai cakap yang 2GB RAM tak masuk. Cuma 1GB RAM je.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2015 10:15 PM | Show all posts
RajaBatinDotCom replied at 10-3-2015 07:33 AM
Ramai cakap yang 2GB RAM tak masuk. Cuma 1GB RAM je.

yeke? setahu sy plg tidak pun hanya makan beberapa ratus mb je

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 06:56 PM | Show all posts
ducat replied at 16-9-2015 10:15 PM
yeke? setahu sy plg tidak pun hanya makan beberapa ratus mb je

apa yg hanya makan beberapa ratus? haha.
redmi 2 ni pakai 1gb ram pon dh okay. aku dh test mmber aku punya.
online pon laju. sbb dh support 4g lte
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2015 02:11 AM | Show all posts
milooaiss replied at 18-9-2015 06:56 PM
apa yg hanya makan beberapa ratus? haha.
redmi 2 ni pakai 1gb ram pon dh okay. aku dh test mmber  ...

ramai jugak yang cakap pasal redmi 2 ni best. org kata camera dia gambar lawa.
betul ek? kalau ambik wide shot gambar still terang tak pecah-pecah
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2015 12:19 PM | Show all posts
yumentos replied at 19-9-2015 02:11 AM
ramai jugak yang cakap pasal redmi 2 ni best. org kata camera dia gambar lawa.
betul ek? kalau am ...

yep. aku dh try ambik gambar kt atas bukit. mmg lawa terang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2015 04:47 PM | Show all posts
berbaloi tak kalau ambik redmi ni dengan pelan? ke mcm mana? sbb ada mmber keje celcom kata skrg celcom wat offer pelan utk telepon 4g.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2015 07:24 PM | Show all posts
yumentos replied at 21-9-2015 04:47 PM
berbaloi tak kalau ambik redmi ni dengan pelan? ke mcm mana? sbb ada mmber keje celcom kata skrg cel ...

bagi aku berbaloi sbb kau dpt pakej internet sekali. bayar muka 250, byr tepon 238.
okay la jugak. kalau bli fon saja, nanti kna amik plan jugak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2015 10:01 AM | Show all posts
beli cash sudey.. redmi 2 skrg bwah 500 je rege dia
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 05:44 PM | Show all posts
kalau aku better amik pelan ni. trus dpt internet call sms smua dlm satu pelan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 05:46 PM | Show all posts
johnlee89 replied at 22-9-2015 10:01 AM
beli cash sudey.. redmi 2 skrg bwah 500 je rege dia

kau boleh cek apa yg kau dpt kalau bli redmi ni dgn pelan. https://www.celcom.com.my/personal/devices/android/overview/xiaomiredmi2

pastu kau compare kalau beli cash pastu nk langgan bil lg. internet lg.
takkan tanak guna internet kan. huhu

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 07:09 PM | Show all posts
milooaiss replied at 22-9-2015 05:46 PM
kau boleh cek apa yg kau dpt kalau bli redmi ni dgn pelan. https://www.celcom.com.my/personal/devi ...

btul jugak kan. apa guna pakai telepon 4g kalau takde internet.
yg optimiser ni apa?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 07:56 PM | Show all posts
yumentos replied at 22-9-2015 07:09 PM
btul jugak kan. apa guna pakai telepon 4g kalau takde internet.
yg optimiser ni apa?

optimiser ni kalau quota asal abis, celcom tambah lg. so dpt la free, tak kena caj pon.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 07:58 PM | Show all posts
so pelan redmi 2 ni celcom tambah optimiser 3gb + 3gb internet
pastu 600 sms + 600 masa panggilan.
berbaloi baloi weeii..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.056964 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list