|
Aksi Fazli dalam perlumbaan pertama di Temerloh, kelmarin.
JUARA dua kali, Ahmad Fazli Sham memulakan musim baharu cemerlang setelah muncul juara Kategori CP130 Pusingan Pertama Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2015 di Temerloh, Pahang, kelmarin.
Penunggang Petronas Yamaha Maju Motor itu menamatkan 18 pusingan perlumbaan dengan masa 13:30.577s, 0.754 di hadapan penunggang Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing, Zamri Baba.
“Jentera kami berada pada keadaan begitu baik pada perlumbaan pertama ini. Meskipun kami masih menggunakan jentera 2014, namun kami menggunakan enjin yang dipertingkatkan kuasa ke tahap terbaik.
“Pengurus kami, Yong Ying Hoe menjelaskan kuasa enjin kami belum berada pada tahap optimum dan masih boleh ditingkatkan lagi,” kata Ahmad Fazli yang kini mendahului kedudukan keseluruhan pelumba.
sumber:sinar harian
|
|