|
Microsoft mengumumkan ia telah menandatangani perjanjian dengan 11 pengeluar peranti Android termasuk Samsung untuk membawa aplikasi dan perkhidmatan Microsoft kepada tablet dan peranti Andorid. Di bawah perjanjian itu, aplikasi seperti Microsoft Office dan Skype akan siap dipasang pada peranti tersebut.
Microsoft Office Dan Skype Pada Peranti AndroidMicrosoft mengumumkan ia telah berjaya menandatangani perjanjian dengan 11 pengeluar peranti Android, termasuk Samsung, untuk menyertakan Micosoft Office dan Skype pada peranti Android keluaran mereka. Selain kerjasama dengan Samsung yang diumumkan di MWC 2015, syarikat itu juga telah berjaya mengadakan kerjasama dengan syarikat seperti Dell, TrekStor, JP Sa Couto, Datamatic, DEXP, Hipstreet, QMobile, Tecno, Casper, dan Pegatron.
Bagi pengeluar, perjanjian ini akan meningkatkan nilai peranti mereka dan bagi Microsoft pula, ia akan membantu mereka mencapai visi “mobile-first, cloud-first” mereka. Ia menyelesaikan masalah di mana pengguna memerlukan aplikasi produktiviti terbaik dengan menyertakannya terus pada peranti berbanding memerlukan pengguna membeli dan memuatturunnya dari web.
Ini bermakna aplikasi Microsoft akan didatangkan siap dipasang bersama-sama aplikasi Google seperti Gmail, Google Drive, Google Docs, Google Sheets, dan Google Slides.
Walaupun Microsoft bersaing dengan Android di arena telefon pintar dengan platform Windows Phone (akan dinamakan semula seperti Windows 10 for Phone), syarikat itu telah menikmati perhubungan yang menguntungkan dengan para pengeluar peranti Android.
Baru-baru ini ia telah mengumumkan kerjasama dengan Xiaomi untuk mengeluarkan ROM khas yang membolehkan OS Windows 10 dijalankan pada Xiaomi Mi 4.
kredit:www.techkini.com
|
|